20-9-2014
21 tahun hidup, 1st time duduk dalam majlis akad nikah.
Jadi, 'hari ini dalam sejarah' itu telah berjalan dengan baik. Macam tak percaya tengok hana akad nikah. Sangat cool okay majlis dia! Ibu pun sampai harini asyik bercakap pasal bestnya majlis hana tu. Apa yang best dan istimewanya majlis mereka?
Sangat sempoi.
-Takde pun nak berbalas balas dulang hantaran, yang ada dari pihak lelaki je (3/4 dulang) macamtu.
-Jemputan sangat terhad untuk orang terdekat. Bagi aku benda ni memang patut sebab majlis akad nikah je kan? Nanti walimah baru jemput ramai².
-Pertemuan Hana dan pasangan ni memang misteri. Tetiba je dapat jemputan akad nikah. Aku sangat faham hana jenis yang macamana, means tak peduli apa orang nak cakap. Yang penting redha Allah. Aku pasti perkenalan mereka sangat singkat (roomate kan, mestilah tahu) dan tak panjangkan benda ni lama², terus ambil keputusan begini.
Majlis yang ringkas dan berkat. Terasa ketenangan dalam majlis ni :)
Kalau 1 perkataan untuk aku describe hana, aku akan cakap dia ni "toughest". Duduk masjid sampai malam then lepas isyak baru balik (hampir setiap hari) , masjid Azhar kat Hussin tu dah jadi tempat lepak dia dan kitorang panggil dia 'siak masjid'. Selalu pergi solat Jumaat kat Azhar walaupun setiap hari Jumaat ada rusuhan. Semua ni dia pergi SORANG². Takde musyrif.
Kalau isu keluar malam, aku memang sependapat dengan hana. Kadang² bukan taknak minta musyrif tapi 'penolakan' tu yang perit! Jadi, tawakkal je dan Allah memang pelihara Hana. Alhamdulillah. Pernah hana menangis sebab tak dapat musyrif untuk ke kelas. Allahu. Hana. Memang sangat kuat.
Hana memang jenis yang sanggup berkorban untuk orang lain. Bayangkan aku pernah keluar berdua dengan dia pukul 9.30 malam pergi sorofah. Jalan kaki berdua. Otw balik rumah dah pukul 11 malam. Bukan dengan aku je, semua orang.
Aku dan hana suka buat kek. Dia suka cheesecake. Suka sangat²!
Macam tribute untuk dia pulak kan? Haha. Tapi memang agak 'terasa kehilangan' lepas hana dah kawin ni. Pernah cuba jadi macam hana balik malam sorang² tapi tetiba rasa takut, lepastu tak buat dah. Haha :p
Allah mudahkan hana dapat yang halal untuk bahagia sampai syurga.
May Allah bless you Hana! Selamat bercinta sampai syurga!