Time is passing by.
Lepas satu persatu, Allah ajar aku dan sebenarnya semua proses ni Allah perkenankan doa aku. Which is satu benda yang aku tak pernah perasan dulu dan tertanya tanya, kenapa la Allah hantar benda ni.
Tapi, bila fikir baru perasan apa benda yang diminta sebenarnya hampir semua Dia bagi. HAMPIR SEMUA ok! Hanya wasilah yang berbeza. Wasilah "mendidik" untuk dapat anugerah dari Dia.
Dulu aku pernah minta nak jadi doktor tapi dalam masa yang sama aku cakap aku nak ubah diri aku dan manusia sekeliling aku. Aku nak bantu orang sekeliling.
Sekarang, Allah bagi aku kelebihan untuk uji aku. Betul ke aku nak bantu orang sekeliling yang macam 'diniatkan' dulu?
Kalau betul niat kau nak bantu orang, tak semestinya kena jadi doktor. Tahu? :) Tu yang Allah ajar aku.
Terima kasih Allah.
Dulu aku pernah minta nak jadi kuat dan tabah. Tapi kau tahu Allah hantar apa? Ujian lepas satu persatu. Kau tahu untuk apa? Untuk Dia perkenankan doa kau tadi. Kau makin kuat kan?
Terima kasih Allah.
Dulu aku pernah minta nak itu nak ini. Aku minta dan terus meminta tanpa melihat pemberian yang sedia ada adalah doa yang diperkenankan dulu.
Apa lagi yang kau mahu?
Aku mahu redha dan syurga Nya. Melalui apa pun wasilahNya, moga Allah perkenankan doa ini.
Masih lagi tetap mahu bermaksiat? Fikirlah.