Thursday, May 23, 2013

Farahin anak ke berapa dalam family?

Anak ke2 daripada 5 orang.

Semua adik beradik perempuan ke?

Taklah, semuanya lelaki.

Hah??? Betul ni? Tak tipu?

*soalan serta respon yang sama dari beratus ratus orang yang tanya. Ye, saya sorang je ade sex chromosomes XX berserta 22 autosomes yang lain. Manakala sorang abang serta tiga adik lelaki XY serta 22 autosomes yang lain.

Ayah ibu. Dua insan yang menjaga mendidik saya. Takpernah lepaskan saya kepada mana mana pengasuh. Tipulah andai saya kata semuanya perfect tapi alhamdulillah Allah hantar mereka berdua sebagai ibu ayah. Tak pernah abaikan saya. Tak pernah lari dari tanggungjawab.

Kesemua kami lima beradik tak pernah dibeza bezakan. Mungkin yang rapat dengan saya boleh menyimpulkan saya anak manja keluarga dahla sorang perempuan kan. Tak. Anda silap. Kami berlima memang manja. Sungguh.

Abang tu sampai sekarang sikit sikit ada masalah call ibu. Masih lagi ibu yang settlekan urusan seharian beliau. Makan pakai. Oh takpayah cakap, semuanyalah. Adik lelaki yang 3 dibawah semuanya sama. Masih lagi ibu yang settlekan urusan seharian makan pakai. Stokin sekolah sendiri pun tanya kat mana bila masuk hari isnin.

Ibu. Ibu. Macamtulah beliau. Semuanya atas bahu beliau disebabkan ayah yang memang busy outstation. Sejak kami kecil kecil. So sebabtu lah semuanya sikit sikit merengek nak ibu. She's our everything. Beliau sangat kuat, tabah. Segala galanya ada pada beliau. Ingat senang nak uruskan hal anak anak yang banyak kerenah ni berseorangan?

Ayah pulak tak payah cakap kuatnya beliau. Keringat digunakan sepenuhnya demi kami walaupun perasaannya berat untuk tinggalkan kami. Bayangkan, kami hanya jumpa ayah 1/2 kali sebulan. He is tough enough. Pernah juga ditolak untuk berkhidmat di negara padang pasir demi keluarga. Meskipun begitu, beliau akan call rumah sehari 2/3 kali. Setiap kali waktu makan mesti ayah call tanya dah makan, rumah macamana, ada apa apa berlaku harini? Ayah. Ayah.

Kalau beliau nak beri hadiah pada saya, yang lain turut dapat sama. Ok, ayah belikan kakak laptop, abang motor, adik psp. Adil. Caranya tegas dan strict dan paling penting jaga masa. Tak banyak cakap dan kelakar. Suka berbahas dengan saya mengenai sesuatu isu sampai di hujungnya saya merah muka dan akhirnya beliau cakap, banyakkan membaca. Memang pandangan beliau selalu berbeza dengan saya dengan tujuan supaya saya rajin mengkaji. Mencabar. Suka physco orang.

Kalau nak timbulkan isu pengorbanan, sampai sekarang mereka berkorban perasaan. Bukannya tak tahu. Ayah, nampak je cool tapi dalam hati sebenarnya berat nak lepaskan. Kalau ter cerita tak sihat kena injection itu ini, boleh kata beliau akan termenung 2 jam memikirkan solusi kemudian call  bagi nasihat itu ini. Lain pula dengan ibu. Bagitahu tak sihat terus jelas riak sedih pada raut wajah, suara. Seolah olah diri beliau dapat merasakan sakit tu.

Nasihat ayah yang memang tersemat dalam hati : ingat, ini masa depan awak. Apa yang awak buat harini kesannya akan datang. So, buat untuk apa yang awak nak untuk masa depan. Ayah ibu bila bila boleh pergi dan kami takde tinggalkan apa apa melainkan yang kami boleh beri ialah pelajaran.

Itulah ibu yang sangat cekal, ayah yang sangat kuat. Bukan sebab berkorban keringat kerana ibu ayah orang lain juga berkorban keringat demi keluarga. Tapi ibu ayah saya berkorban perasaan mereka demi melepaskan saya di sini. Jadi, pastikan pengorbanan mereka ini benar benar berbaloi dengan apa yang mereka korbankan. Semoga allah balas jasa mereka dengan sebaik baik balasan.

This is redeem post regarding birthday ibu, birthday ayah dan hari ibu.

Sayang ibu ayah :D

Monday, May 20, 2013

Its time to wake up OR you will sleep with a nightmare.

Thursday, May 16, 2013

'99 : Mentari Kindergarten
'00-'05 : Sk seksyen 7, kota damansara
              : KAFA Integrasi seksyen 7, kota damansara
'06 : Smk seksyen 10, kota damansara
'06 - '10 : Smk seksyen 18, shah alam
'11 - '12 : Universiti malaysia sarawak
'12 : Pondok Baitul Qurra' wal Fuqaha', sg. Udang
'12 - '13 : Universiti Al-Azhar, kaherah

Time hari guru macamni memang best mengimbau kenangan lalu.

Btw, selamat hari guru! Jangan lupa bahawa guru pertama kita semua adalah Rasulullah. Next is ibu ayah opah atok nenek pakcik makcik sepupu kawan semuanyaa.

Thursday, May 9, 2013

كنت أصبحت دورا منذ ﻗﻠﻴﻞ

الحمد لله. لقد مرر صداع نصفي من عندي. و أتغيبت من الكلية منذ ثلاثة أيام. كم أنا بحاجة ماسة لدعائكم لأن الامتحان سيكون بعد الأسبوع. بالتوفيق و السداد إن شاء الله.