Friday, September 26, 2014

Aku memang pantang betul dengar lelaki cakap 'eh boleh buat bini ni' bila tengok perempuan yang dia rasa berkenan. Atau lebih islamik "eh ada ciri ZAUJAH nii. Zaujahnyeee".

Boooo!

Aku taktahu perempuan  lain mungkin rasa bangga, tapi aku rasa 'murah' .

Tak salah pun kau nak cari 'tulang rusuk' yang kau x-ray kononnya 'HILANG' tu.

Tapi kalau HILANG ADAB pun kena cari juga tahu?!

Hidup beradab. Tu motto sekolah aku. Sekarang aku faham kenapa cikgu disiplin cipta motto tu.


Gurau pun jangan sampai hilang adab bro!

Monday, September 22, 2014

20-9-2014

21 tahun hidup, 1st time duduk dalam majlis akad nikah.

Jadi, 'hari ini dalam sejarah' itu telah berjalan dengan baik. Macam tak percaya tengok hana akad nikah. Sangat cool okay majlis dia! Ibu pun sampai harini asyik bercakap pasal bestnya majlis hana tu. Apa yang best dan istimewanya majlis mereka?

Sangat sempoi.

-Takde pun nak berbalas balas dulang hantaran, yang ada dari pihak lelaki je (3/4 dulang) macamtu.

-Jemputan sangat terhad untuk orang terdekat. Bagi aku benda ni memang patut sebab majlis akad nikah je kan? Nanti walimah baru jemput ramai².

-Pertemuan Hana dan pasangan ni memang misteri. Tetiba je dapat jemputan akad nikah. Aku sangat faham hana jenis yang macamana, means tak peduli apa orang nak cakap. Yang penting redha Allah. Aku pasti perkenalan mereka sangat singkat (roomate kan, mestilah tahu) dan tak panjangkan benda ni lama², terus ambil keputusan begini.

Majlis yang ringkas dan berkat. Terasa ketenangan dalam majlis ni :)

Kalau 1 perkataan untuk aku describe hana, aku akan cakap dia ni "toughest". Duduk masjid sampai malam then lepas isyak baru balik (hampir setiap hari) , masjid Azhar kat Hussin tu dah jadi tempat lepak dia dan kitorang panggil dia 'siak masjid'. Selalu pergi solat Jumaat kat Azhar walaupun setiap hari Jumaat ada rusuhan. Semua ni dia pergi SORANG². Takde musyrif.

Kalau isu keluar malam, aku memang sependapat dengan hana. Kadang² bukan taknak minta musyrif  tapi 'penolakan' tu yang perit! Jadi, tawakkal je dan Allah memang pelihara Hana. Alhamdulillah. Pernah hana menangis sebab tak dapat musyrif untuk ke kelas. Allahu. Hana. Memang sangat kuat.

Hana memang jenis yang sanggup berkorban untuk orang lain. Bayangkan aku pernah keluar berdua dengan dia pukul 9.30 malam pergi sorofah. Jalan kaki berdua. Otw balik rumah dah pukul 11 malam. Bukan dengan aku je, semua orang.

Aku dan hana suka buat kek. Dia suka cheesecake. Suka sangat²!

Macam tribute untuk dia pulak kan? Haha. Tapi memang agak 'terasa kehilangan' lepas hana dah kawin ni. Pernah cuba jadi macam hana balik malam sorang² tapi tetiba rasa takut, lepastu tak buat dah. Haha :p

Allah mudahkan hana dapat yang halal untuk bahagia sampai syurga.

May Allah bless you Hana! Selamat bercinta sampai syurga!

Friday, September 12, 2014

The 5 Love Languages (Dr. Gary Chapman) - versi Muharikah

Ada 5 bahasa cinta:
1) Kata-kata
2) Khidmat / servis
3) Hadiah
4) Sentuhan Fizikal
5) Kualiti Masa

Kita perlu mengetahui bahasa cinta orang yang kita kasihi dan luahkan dengan cara tersebut.

Ada orang suka dipeluk
Ada orang suka dapat hadiah
ada orang suka kata bunga-bunga
ada orang suka jika dia dibantu
ada orang nakkan kita spend masa kita dengan dia.

Fahamilah mereka yang disayangi itu. Lain kasih sayang yang dipinta pasangan, anak-anak dan juga orang tua kita. Santunilah mereka dengan bahasa cinta yang menyentuh hati mereka.

Dan jika orang tidak memberikan kita cinta mengikut bahasa cinta kita, jangan marah! Teruskan memberitahu bahasa cinta bagaimana yang paling kita sukai.

Ini termasuklah antara anak murid dan guru, pekerja dan majikan , murabbi dan anak usrahnya serta lain-lain lagi.
***
 
" Kakak ni, ibu tengok la kan, tak pandai nak balas kasih sayang orang. Tak pandai nak tunjuk rasa sayang tu "
 
" Hmm. Hmm. Alaa taktau la nak buat macamana."
 
" Ambil berat pasal orang. Tanya khabar pun dah cukup sebagai tanda ingatan kita kat orang. Jangan masa susah / perlukan bantuan baru nak contact orang. Orang tak mengharap hadiah / apa balasan. Cukup sekadar ambil berat, tanda sayang juga tu. Jangan ego sangat kakak "
 
" Fuhhfuhfuhh. Ego? Okay. Okay. " (tapi macam susah jugak tu, desis hati)
 
 
***
 


Dalam dunia ni, aku terlalu banyak terima kasih sayang orang rupanya, tapi aku lupa untuk memberi kasih sayang.
 
Aku suka semua 5 bahasa kasih sayang tu ! Mulai saat ini, berubah okay. Berubah. (senangnye tulis berubah tu. Tapi nak buat? hmmmm) Mula dengan kenalpasti sikap dan orang tu suka jenis bahasa yang mana. Nak mula dengan siapa? Manusia dalam rumah ni dulu.
 
#3daysoflovelanguages.
 
Nanti kita update 3 hari pertama ni dulu okay ? All the best Farahin! :) Demi Allah. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
 
 



Tuesday, September 9, 2014

Sekian lama tak pergi scaling , akhirnya semalam pergi juga. Fuhh

Perkhidmatan paling basic untuk setiap orang okay. Setiap 6 bulan sekali kena jumpa dentist sebenarnya. Ngilu sikit (banyak?). Padan pun dan 3/4 tahun tak pergi. Alhamdulillah rm2 cas perkhidmatan di klinik kerajaan. Klinik swasta dalam rm50-100. Kita ni orang kampung je, padan la harga cenggitu.

Cuma yang tak best, tak boleh duduk² tanya soalan kat dr. macam klinik swasta. Lepas scaling terus kumur² then, you can go to the counter and pay the amount as stated.

( Tuhannn, banyaknye darah. Sucking pipe yang patutnya sedut air liur dah jadi sedut darah ) 

May Allah bless the doctor :)

Sebelum ni ada pergi jumpa dentist kat mesir. Siap kena x-ray gigi sebab gigi bongsu manja baru nak tumbuh so ngengada sakit sikit (sampai demam). Tapi lepastu nak scaling dah tak pergi sebab kak jannah marah pergi bazir duit padahal kat mesia bayar 2 ringgit je tau. Kat mesir scaling 80le. Jadi, beliau pesan jangan membazir, buat je kat msia.

Terima kasih kak jannah! <3

Friday, September 5, 2014

Oh Alhamdulillah natijah dah keluar. Hadiah buat ibu ayah sekali lagi.

Cuma aku tak bersedia untuk jawab bila ditanya tentang cita², tentang kerjaya. Ibu ayah faham soal ni lantas ia tidak perlu dibangkitkan tapi bila ditanya oleh orang aku jadi kelu.

Benar. Bagi aku yang pernah melalui 'turn-up' dalam hidup, aku dah tak mahu fikir. Pertama, cita² dulunya pernah terkubur. Kedua, aku berlumba lumba mengejar cita² yang belum tentu hak aku. Kerana cita² itu belum tentu datang dari diri tapi dari faktor sekeliling.

Jadi, seperti saranan motivator, waktu belajar ini eksplorasi diri anda sebaik mungkin. Kau belum tentu kenal potensi diri kau sebenarnya. Jadi, apa perlu kita buat ? Jumjumjum

1. Niat belajar untuk memberi sebaik² khidmat buat ummat
2. Kenali potensi diri
3. Mohon Allah tempatkan pada Bidang dan Tempat yang terbaik buat diri

Dengar sini aku beritahu.
Jangan pandang orang lain. Kau punya jalan, mereka punya jalan. Pesan aku, 'jalanlah seiring Tuhan' di mana pun kau berada. Kau tak perlu berlumba dengan mereka untuk dapat tempat di hati manusia kerana kau akan penat, kau takkan pernah puas.

Walau seisi dunia membencimu, buatlah demi Redha-Nya :)