Tuesday, May 31, 2011

kan aku dah cakap

reveal the truth :

X bukan nama sebenar : paen congrates ~~~ u mne ?

aku : unimasssssss sarawak

X bukan nama sebenar : wahhhhhhhhhhh..homesick ne leh dpt srawkkkk..gile lahhhhh..

aku : kah3

see , dah terlakar dalam sejarah 18 , aku ratu homesick .


*****************
perhatian encik , cik , tuan , puan , dato' , datin ,

saya amat berharap kalian tidak membuat aksi yang boleh menitiskan airmata ketika salam , peluk cium saya . saya sensitif dan boleh baca perasaan kalian , memek muka kalian . kalau boleh sila ketawa terbahak bahak .

Dia tahu aku ratu homesick , Dia tetapkan aku pergi jauh . Dia tak pernah menjadikan sesuatu sia sia di bumi hatta sebutir debu sekalipun . faham faham la premises tu dan buat konklusi .

dan encik , ya , im talking about you encik . saya dah tetapkan hati untuk ke sana jadi tak perlulah anda membangkang secara membaby buta . tolong hormat keputusan saya kerana anda bukan siapa siapa kepada saya .

hidup di mana pun ada ujian . tapi , tiada apa yang susah di dunia melainkan di akhirat kelak . ingat tu sampai mati .

oh minta maaf post kali ini agak pedas . cuma tertanya purke encik purke ? anda sabotaj saya ?

Friday, May 20, 2011

klik untuk tumbesaran berganda

salam 'alaik :)

just wanna tell you bahawasanya ramai UiTM's students telah berangkat ke medan juang masing masing . yang pi belah utara semua pergi harini sebab esok dah register , yang selatan pagi esok baru datang . harap semuanya dipermudahkan !~ aminn ya robb

my medical check-up is undone yet . haritu pergi tapi ada masalah kesihatan sikit so dia suruh datang a few days later . so , insyaAllah esok . sebenarnya jantung asyik lupdup lupdup takut nak buat medical check-up . first tyme kott ! sebab masa masuk hostel dulu takdelah medical check-up mane , doktor tu sempoi je tanya ada asthma ? ada sakit jantung ? ada high blood pressure ? ada diabetes ? aku jawab je la tak. tak. tak. tak. ok done !

mak aih sempoi betul medical check-up doktor ni . sambil gigit kuku leh siap .

but not for tomorrow . doktor dah list kan kamu kene buat urine test and X-ray . Oh Tuhan , aku takut tiba tiba doktor diagnosed aku ada itu ini bla bla bla . na'uzubillah min zaalik . dalam minda yang tak berapa nak produktif sejak 5 bulan ni selalu terfikir benda nonsense tu maklumlah tumbesaran otak tak berapa efisyen .

tapi tumbesaran badan memang aktif .

yang paling takut benda ni la

weight :





aku dah lima bulan duduk rumah dan kau agak berat aku increase directly proportional or inversly proportional .




tak payah agak agak






esok insyaAllah tahu .



selain merasakn amat perlu study sesungguh masa kat U
aku juga perlu diet sesungguh



i bet lepasni mesti kurang gile manusia on9 kat fb dan ym . taktahu nak gelak ke nak sedih .

Thursday, May 19, 2011

we have nothing :)

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful =)

 
Lately aku selalu search pasal Sarawak bukan sebab excited tapi cuma nak tahu bagaimana pengalaman pelajar di sana . cant deny 1001 feelings just got miserable enough to me . anxiety , curious , excited , fear etc. etc. etc. apa sebenarnya yang aku runsingkan ?

 
  • terpaksa berpisah jauh dengan family . klise . tahu pulak kau kata klise dah tu ?

 
  • menjadi golongan minoriti dengan agama yang berbeza . masalah makanan Halal dan Haram is too obvious lately . lagi lagi bandar Kuching . i got this from someone

sarawak sebuah negeri yang luas tapi populariti islam hanyalah 30 peratus . jadi
tugasan dakwah terletak di bahu setiap muslim bukan hanya
pada pihak tertentu dan berwajib .
 
  • aku sedih sebab kena berpisah dengan kawan kawan . dah cukup tak payah nak buat cerita sedih . aku terbaca benda ni dalam buku a.ubai :)

 
Pelajar : bukan mudah menerima takdir . apatah lagi menerima hakikat kita kehilangan sesuatu yang berharga .

 
Ustaz : kamu sudah tersilap menilai sesuatu . sesungguhnya kita tidak pernah memiliki apa apa , bagaimna kite perlu merasai kehilangan sesuatu ? semuanya adalah pinjaman dari Allah .

 
pelajar : ya ustaz . teruskan .

 
Ustaz : jadi , jika tuan empunya barang meminjamkan sesuatu kepada kita lalu diambilnya kembali barang itu , adakah wajar kita marah kepadanya ?

 
pelajar : sudah tentu tidak . dia berhak terhadap barangnya sejak awal lagi .

 
Ustaz : ya ! itulah juga konsep manusia terhadap Allah . Jika kamu pernah memiliki sesuatu dan kehilangannya , syukurlah kerana kamu pernah merasai nikmat mempunyai sesuatu itu .

*terasa ubun ubun bagai diketuk dengan bicara ini

assalamualaikum :)

Monday, May 9, 2011

Tanta , bukan jodoh kita .

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh :

Keputusan untuk  perlawanan N9 vs Sarawak vs Tanta tu , aku tengok livescore macamni result dia :

  • Tanta tewas di tangan N9
  • Sarawak berjaya memintas N9

*Sungguh sadis apabila Tanta tewas di tangan N9 sampai mencurah curah enzyme lysozyme aku .
*perlawanan sarawak dan N9 amat amat amat sengit dan senget .

aku mula daftar 4 / 5 Jun sebab beri laluan kepada sarawak untuk berhari Gawai dulu . Jadi , sekarang aku amat busy untuk menguruskan segala dokumen . Babai budak UiTM yang daftar 21 Mei . Babai budak Matriks yang daftar 23 Mei . Babai budak UMP yang daftar 1 Jun . Babai budak KUIN yang daftar 6 Jun .
Babai budak f6 yang daftar harini .

Kita semua berpisah . selatan , timur , utara , barat . tapi tujuan kita tetap sama iaitu belajar . semoga mendapat redhaNya ~

jangan lupa reunion kita lagi beberapa tahun akan datang dannn pastikan ada yang menyahut cabaran daus ! HAHA .

Babai . Salam 'alaik :)

Friday, May 6, 2011

Negeri Sembilan vs. Sarawak vs. Tanta

aku takde jawapan . aku nak minta jawapan dari DIA . Doakan aku .

Tuesday, May 3, 2011