Wednesday, June 20, 2012

Redeem Post # 5 - Taman Sahabat & Perpustakaan Awam Kuching.

Assalamualaikum :)

hehe. kali ni post jalan jalan lagi. ahhhh, seronok tahu duduk sarawak sebenarnya? Selangor, tempat tumpah darahku tu pun tak habis jelajah macamni. Sebelum masuk soal jenjalan, i would like to write about our daurah.

Jumaat malam pada tarikh yang telah saya lupa kami ada Daurah JPMU actually di rumah prof Awang. Antara pengisiannya termasuklah 'sesi muhasabah diri' dan esoknya macam biasa, qiam dan sambung daurah sampai tengahari. Ada satu sesi pembentangan or we called as LDK (Latihan Dalam Kumpulan).

We divided into 3 groups. i cant remember it well. satu group muslimat and the others are men. tajuknya ;


klik untuk tumbesaran berganda

cikgu Asrul (Murabbi) suruh muslimat ambil tajuk 1. lagi dua muslimin punya sukahati diorang la nak berebut guane. so, boleh bayangkan respons kami? TT_____TT. err, tajuk klise. but it really happened


Ana ada video rakaman pembentangan tu tapi..tapi..malas nak upload. hehe. ada la gambar sekitar program berlansung macam kat atas ni dan lagi satu

presentation muslimin yang tak guna projector tajuk jemaah

Tamatlah program tersebut.
sesi babai babai
perjalanan belum berakhir. terus ke perpustakaan kuching sebab nak bagi ikan makan walaupun sebenarnya setakat nak bagi ikan makan kat tasik UNIMAS pun boleh. teringin nak pergi since najwa and tasnim kata best sangat. Lepas solat asar, terus dengan aktiviti memberi ikan makan sedangkan perut sendiri berkeroncong.

bermurah hati suruh ikan gigit jari

tengok ikan ni ! banyak sangat sampai berebut makanan
lepas bagi ikan makan, tiba tiba ada muzik macam agak rancak. pandang belakang , tu dia.. mula dah

aerobik session.
beginilah hujung minggu di perpustakaan kuching. meriah kan. tak macam perpustakaan lain. eh, yeke?

Perjalanan belum berakhir. hidup mesti diteruskan. kalini pergi Taman Sahabat pulak. Bukan niat nak pergi sebenarnya tapi sebab tiba tiba terlalu sebelah taman tu. Niat asal nak pergi Boulevard to perform maghrib prayer and had our dinner there. tapi, semua dalam kereta tu meronta-ronta nak singgah. so, inilah dia di taman sahabat ~

haha. for the 1st time i saw, i laughed. panjang leher. 

sorry senget. malas nak rotate. 

monument maharaja china 


ikan kolam versi taman sahabat 



inilah sebenarnya sejarah taman sahabat
laluan masuk @ laluan keluar

dengan meletakkan gambar laluan keluar, maka berakhirlah perjalanan pada hari tersebut.


“dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (8:63)

subhanallah


Monday, June 18, 2012

Anugerah seorang lelaki dari Allah =]

Assalamualaikum :)

It's 1 a.m already and im not sleep yet of course. Kalau dah tidur takkan boleh taip macamni. tak boleh tidur sebab ada sorang lelaki buat saya menangis kerana saya rindu beliau. Jarak yang memisahkan kami.

Saya rindu lelaki yang memang tak sempurna tu. Bagi saya, kalau kita sibuk mencari kesempurnaan sesapa pun insya'Allah takkan jumpa. Dia memang penuh dengan kekurangan tapi kalau kita hargai kelebihan dia yang sikit tu, kita akan betul-betul hargai dan faham kenapa Allah anugerahkan dia untuk kita. 

Beliau cikgu lelaki pertama saya. Beliau ajar saya menulis dalam buku kotak matematik yang besar besar tu setiap hujung minggu. Tulisan saya buruk, dia pegang tangan saya. Bila terkadang hilang sabarnya dengan tulisan saya, geram melihat saya yang terkadang mencuri tulang ketika disuruh membaca, hinggap rotan sebagai pengajaran. Namun, bila malam sedang saya lena dalam alam mimpi, beliau menyapu ubat sedangkan lukanya memang tak jelas apatah lagi sehingga berdarah. Sengaja buat-buat tak sedar tapi dalam hati terdetik "ohh, dia sayang saya". dan selalu buat-buat tidur dalam kereta walaupun dah sampai rumah supaya ada orang dukung saya bawak masuk rumah.

Beliau ustaz pertama saya. Selalu setiap malam sebelum tidur beliau ajar membaca al-fatihah dan surah lazim lain. Satu persatu huruf, ayat, sehingga saya mampu hafal. Beliau selalu suruh saya pergi ikut usrah walaupun saya tak faham apa tujuan usrah tu selain dapat hafal yaasin. Apa erti usrah? Saya tak faham apa. baru darjah 3 masa tu. 

Berkat doa dia, saya boleh lompat tahun tapi ketika itu lompat tahun telah dimansukhkan. Mana tak nya, saya tadika, tapi dia bagi latihan darjah 1. Begitulah seterusnya. Sentiasa beri lebih dari apa yang saya perlukan.

Saya semakin membesar. Sejak form 1 dimasukkan ke asrama. Kali ini beliau berperanan sebagai pendidik saya. Bukan dia mahu saya terkontang-kanting basuh baju, iron baju sendiri. tapi, dia nak saya tahu bagaimana berdiri atas kaki sendiri. Bagaimana nak hadapi tentangan fizikal, emosi apatah lagi. Saya terlalu cengeng. Saya rasa, zaman ini, dugaan semakin besar dia hadapi daripada saya yang homesick. Hampir setiap minggu tak balik dia melawat kat hostel bawak makanan sedap-sedap. Memang tak makan dah kat DM hujung minggu. Sehingga pernah sorang kawan beliau mempersoalkan "kenapa nak lawat anak tu setiap minggu? dia dah besar. pandai2 la hidup kat asrama," tapi, ayah tak pernah peduli kata orang. Bagi dia, anak perlukan perhatian. bukan sekadar duit yang dihulur hujung minggu.

Pernah sekali saya dapat MC dan kena rehat di rumah sebab demam. Kat rumah memang ada satu peti ubat. Jadi, bila nak makan ubat, tangan menggagau ubat-ubat dalam kotak tu and tetiba terpegang satu ubat. 'Kencing Manis'. Nama : Noordin Bin Ahmad. Reaksi pertama saya, menangis tersedu-sedu. Ayah sakit tapi tak pernah bagitau. Normal. Pergi klinik pun suka sorok2. Hingga menyelinap satu perasaan dalam hati 'aku kena jadi doktor. aku nak rawat ayah dengan tangan sendiri.' Darah muda, penuh dengan semangat yang berkobar-kobar. 

Tamat SPM, Allah campak saya ke sarawak, bumi tarbiyyah. Kalau dulu, ayah boleh lawat hujung minggu dan balik 2/3 minggu sekali dalam sebulan. tapi, sekarang boleh jumpa 3 bulan sekali je. Allah takdirkan, exam first sem sangat sangat teruk. Saya call ayah, menangis, kerana melalui itu sahaja yang mampu saya luahkan kekecewaan saya. Ayah marah saya menangis. Nadanya betul betul menunjukkan dia marah. Seolah-olah peluang saya tertutup rapat sedangkan banyak lagi peluang yang boleh saya usahakan. Banyak lagi exam yang perlu saya tumpukan dan bukan hanya bersedih dengan perkara yang dah lepas. Letak telefon. 5 minit kemudian, saya sudah tenang. Ayah telefon kembali. kali ini kata-kata beliau penuh dengan kata-kata semangat. dan pesanan yang sama dari dulu, "jangan diet sampai boleh rosakkan diri sendiri." 

Begitulah ayah kini. setiap kali call tak pernah sekali. mesti 2/3 kali dalam satu masa. Pernah juga saya telefon beliau pukul 12 malam hanya kerana rindukan beliau sedangkan tahu beliau sudah tidur. Tapi, beliau call kembali. Bukan esok, tetapi saat itu juga.! Subhanallah..nikmat kasih sayang ayah yang tuhan kurniakan.

Dan, saya menyedari satu perkara. Nak berkhidmat kepada ayah bukan hanya dengan tangan, bukan hanya dengan menjadi doktor tetapi dengan tembakan doa anak yang soleh. Lebih berharga buat seorang ayah sebenarnya kerana itulah yang menjadi peneman beliau di sana kelak. Jadi, buat kalian, jika anda merasakan apa perlunya anda mendidik diri dan mengislah diri? Salah satu jawapannya untuk membalas jasa ibubapa kita. Doa anak yang soleh itu menjadi peneman saat alam yang menjadi pemisah. Terima kasih tuhan kerana menyedarkan saya. 

Beliau sungguh tak hebat. Beliau banyak kekurangan. Tapi itulah ayah yang Allah beri pinjam buat saya merasakan kasih sayang manusia. Yang tak mampu menandingi kasih sayangNya. Saya tahu, suatu hari nanti Allah mungkin tarik nikmat tu dari saya (atau Allah tarik nikmat itu dari dia dulu) , namun, saya berdoa agar kami sentiasa bersedia dan menghadapinya dengan tenang. Allahu rabbi! Kuatkan kami saat menghadapi sesuatu yang berat buat kami.








Sunday, June 10, 2012

ayat-ayat cinta kota Nabi Yusuf



 In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful :)

Ini adalah catatan hati , ditulis daripada hati menggunakan uslubnya tersendiri . sebelum ia menyapa minda kalian , biarlah ia berteleku di jiwa agar damainya bersimpuh dan tenangnya melingkar . monolog tidak henti – henti  bercempera di kolong atma jika arca ini tidak dileburkan . biar panas kalimantang terasa perih di ubunku , puntung jari tetap setia menaip cebisan arca itu .



Bunyi angin bayu musim luruh membawa gemersik suaramu  walau hakikatnya engkau tidak pernah hadir dalam figura asal . Hanya aku yang bermain dengan illusi . jauh di kolong atma , aku merasakan engkau hadir dengan seribu persoalan . lantas , aku datang dengan wajah seorang kawan yang tidak minta dikasihi dan tidak minta dibenci hanya untuk berkongsi mutiara khatulistiwa yang jauh berbeza dengan mutiaramu . mutiara yang kau kutip dari kehidupan yang jauh dari bumi sendiri tatkala diri terdampar di pesisir pantai Mediterranean. 


 Jauh di sudut hati terbit rasa cemburu terhadap syita’ dan saifi yang engkau lalui . menikmati  pemandangan  sebuah kota kerajaan Fatimiyah sambil meneguk air azimat ilmu di tebing sungai Nil . merasakan sejarah yang diukir oleh Jauhar al-saqali . subhanallah ! sedang aku ? masih membina harapan melihat lazuardi Timur Tengah sambil menyitir debu kota Fustat dan masih melakar satu jalur lintang ke Asia Barat yang jauh dari garis khatulistiwa .


Lantas engkau taburkan benih cinta terhadap kota para wali Allah . menyaduri angan-angan berbaur ilusi menaiki pesawat besi , menjengah langit bumi kinanah yang terik walau pijar membalut tubuh , menyorot suasana khan al-khalili yang macet dengan ribuan warga abnaa’ un-Nil . aku terkesima . begitu indah ? 


Engkau sekali lagi membawaku ke Bumi Busur itu untuk merasai jerih seorang dagang . Soal susah , soal payah , itu lumrah . merintih waktu merasakan diri jauh dari keluarga . Pernah berduka sewaktu jasad ditimpa sakit . Rakyat Kinanah yang tidak lagi mempedulikan soal nabi mahupun wali setelah dibutakan dengan materi . Kepincangan sana sini . walau melirih dalam kewalahan yang mendudu , keberkatan bumi nabi Musa itu tidak menjadikan kau tewas malah lebih teguh berdiri .


 Di sebalik semua itu , aku berdikit – dikit mengumpul sisa mutiaramu . sama ada yang berkilau , hatta yang kusam sekalipun . untuk ku jadikan satu titik . titik yang akan membias menjadi tujuh warna spektrum kehidupan . satu titik yang akan mencapah menjadi seratus jalur cerita . biarpun terkadang diksinya menabrak jiwa dan atma . aku sedar manusia tidak sempurna . Hidup ini bukan untuk mencapai kesempurnaan tetapi untuk menampung kekurangan . 


 Mutiaramu menjadi ayat – ayat cinta pada kota Nabi Yussuf . Lantaran hati terpaut untuk membina sebuah jambatan ke sana . bersama azam yang berdedai – dedai , aku mengimpikan untuk bersama 34 juta warga kota itu bersimpuh di birai tabir telaga Al-Azhar  bagi  menghilangkan dahaga terhadap ma’rifatNya . kita masih muda , penuh dengan semangat serta keazaman . Namun kita lupa dengan tribulasi sehingga memandangnya dengan mata yang separuh terbuka .


 Benar kata orang , jika mahu mengejar sesuatu yang besar , kita akan diberikan ujian yang besar . Adakalanya jiwa diusik , hati ditekan , fikiran dihentak , perasaan memberontak . kita terlalu yakin dengan binaan istana pasir sedang kita lupa dengan kehadiran ombak . kita yakin impian menjadi kenyataan . sedangkan takdir ? ya . kita alpa dengan takdir . Walau hati meredut memancar luka pada epidermis jiwa , apa guna aku menjerit dan merengek jika tiada siapa yang akan membantu ? apa guna memerih semerih hingga terjengil anak tekak jika akhirnya aku yang sendiri tercungap-cungap mengubat diri ?




Yakinlah wahai diri , andai telah termaktub jodoh dengan bumi Kinanah itu , pasti akan terasa juga elusan bayu di Matruh dan Siwa . Mata akan tertancap juga pada rona merah ghurub mentari di pergunungan Sinai . pasti akan merasa juga halus dedebu pasir kering di Sahara .





latest editting
10/6/12 
3:19 pm
nur farahin binti noordin 

Friday, June 8, 2012

syadidnya wanita itu..

Kenapa sesetengah wanita dikatakan syadid macam besi keluli atau kepala tukul??? Kerana:

1- ada wanita yg syadid dalam memilih jodohnya sehingga calon suaminya wajib berkopiah, berjubah, jalan tunduk ke bumi sehingga terlanggar dua ekor himar tepi jalan, atau jalan pejam mata sehingga tak jumpa pintu bas dan tremko.

2- ada wanita yg syadid dalam menjaga penampilan dirinya sehingga nak bermesyuarat pun sembunyi2 seolah2 ikhwah2 yg hadir itu memasang niat utk melihat, seterusnya melamarnya sebagai isteri...wiwitttt.

3- ada wanita yg syadid dalam menjaga identiti dirinya sehingga nak tepon pun tak boleh, nak bincang pun lg tak boleh, nak gambar utk buat name tag tak boleh2 walaupun diminta oleh YDP utk urusan rasmi kerajaan, nak tanya nama utk sebarang urusan pun haram haram haram seolah2 terzahirnya nama itu berdosa besar seumpama zina.

4- ada wanita yg syadid dalam menjaga mukanya yg merangkumi hidung, pipi, dahi, lesung pipit, bulu mata, mata, dan lidahnya sehingga ceramah kat depan pun tak boleh berdalilkan hujjah bid'ah dholalah "jasad wanita itu aurat walaupun dah ditutup seluruh badannya dgn guni beras".

5- ada wanita yg syadid dalam menjaga maruah dirinya sehingga mana2 lelaki yg cuba mendekatinya melalui pelbagai cara seumpama telefon, chat, teguran, surat dll akan dibalas dgn tendangan padu maut yg menyebabkan lelaki2 tadi maut dalam sekelip mata, termasuk yg menjadi mangsa ialah lelaki2 yg cuba menyelamatkannya drpd menjadi andartua seumpama dinasour dan nenek kebayan bersenjatakan penyapu terbang.

Penyelesaian kpd permasalahan di atas ialah jd lah manusia bercirikan wasotiyah, atau dgn kata lain jd lah manusia yg mempunyai hubungan baik dgn alam sekitar sementara prinsip asal arahan Tuhan tetap diperjuangkan. Wallhu 'alam.

-via Ubat-ubatan Tradisional Mesir
-----------------------------------------------------
 Assalamualaikum :D
i've read this on fb. teringat masa meeting a.j.k muslimat jawatankuasa *dotdotdot* dengan MT Muslimin dulu. pernah saya kata kepada muslimin tersebut yang beliau 'agak' syadid. lantas beliau tanya, syadid dari segi apa? saya cakap dari segi  pergaulan. beliau senyum dan angguk.
beberapa minggu/bulan selepas itu, dalam meeting MT, beliau berkata kepada saya "sebenarnya syadid tu, bergantung pada tahap tarbiyyah yang diterima. contohnya macam pakai cincin. so, terpulang kepada tarbiyyah yang diterima asalkan tidak bertentangan dengan syarak"
( lebih kurang macamtu la maksud dia. dah tak ingat sangat)
benda begini mengundang pelbagai spekulasi. Terpulang kepada anda untuk menilai.

sekian, 
Islah Nafsak, wad'u ghairak :)


Thursday, June 7, 2012

Damansara-rians & KL-ians reunion.

Barbie's expo, One Utama
Assalamualaikum =)

Tuesday, 5/6/2012 I've planned with nina to meet since we haven't met for 2 years. It should be on 31/5 but i've to be in another place. In consequences of that, we postponed it first and i never thought we still have a chance to meet each other. it's our destiny :) alhamdulillah

6/6/2012, qila, aishah n me went to The Curve, mutiara damansara and wait for nina there. luckily, my kind-hearted brother would like to take us there. wohoo, tak payah naik bas meh. pukul 4 pagi baru boleh tidur sebab google bas apa perlu naik untuk ke the curve. Excuse me farahin, it's just THE CURVE, yang 5 minit perjalanan dah gelisah sampai tidur pukul 4 pagi. i dont think i can sleep if nina ask me to be in wangsa walk. aiyoo -.- Oh my, i still owed nina wangsa walk for 3 years. T____T 

we promised to meet at the curve but, suddenly nina said that she was already at One Utama. so,we hv to take taxi there. another 5 minutes journey.

what can i say since we didnt met for about 1 1/2 years is all of us have the same weight increased obviously seen on the cheek. haha ^^. one of the sign to indicate we are so "happy" along this campus life.  -_______- .

yang tengah2 tu memang model barbie's expo ni. HAHA
terima kasih kepada semua yang terlibat bersama melenguhkan kaki dalam OU yang terlalu besar ni. semoga kasih sayang kita atas dasar ukhuwwah ini mampu menuntun kita ke syurgaNya.


masih ramai lagi kawan-kawan yang saya rindui especially for those who staying in shah alam -.-

i hope we still have a chance to meet or else may Allah reunite us in HIS jannah. Amiin ya Rabb =D


SmileyCentral.com

Saturday, June 2, 2012

Dunia..Dunia..




Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ
“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

إن من يمن المرأة تيسير خطبتها وتيسير صداقها وتيسير رحمها
“Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan ath-Thabrani. Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482)
 " Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " - (Surah An-Nisaa’: 4)
 --------------------------------------------------
 mas kahwin (mahar - dalam bahasa arab) 

Jenis Mahar ada 2 : 

  • Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
  • Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.
 Kadar Mas Kahwin Selangor

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Kushrin Munawi menyatakan mas kahwin di Selangor dinaikkan kepada Rm300.00. Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2010. Sejak 1968 , kadar mas kahwin ialah RM80.00 untuk anak dara dan RM40.00 untuk janda.Nilai wang hantaran perlu sekufu dengan 'status quo' seseorang wanita yang akan dikahwini.
-sumber, asal
Mas kahwin dah sesuai rasanya dengan zaman sekarang. Cuma, bab hantaran tu yang buat rasa sakit jantung. dunia..dunia..-.- 

p/s: Takde isu saya nak kawin ke apa. ni sume sebab terpandang pic tu ada orang post kat FB. Kenapa kita perlu "menyusahkan" benda yang mudah ? lagisatu, ni kiranya saya revise balik subjek PSI form 5. lupe habis dah. lagi lagi bab jenayah dan muamalat.

Redeem post 3# Sarawakian's-food-so-heaven

Assalamualaikum. 

Harini hari sabtu dan saya teringat UNIMAS. sangat sangat teringat. sebab selalunya bila hujung minggu aktiviti saya adalahhhh : 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 study !

study 20% . jalan jalan cari makan 80%. 

saya rasa hampir kesemua kedai Makan kat DI tu saya dah pernah test masakannya. 
dan terlalu malang bila tak menepati selera tekak orang semenanjung.

makanya, 
saya kadang-kadang(selalu sebenarnya) keluar naik kereta pergi cari makan kat Kuching
that's soooooooo heaven. 
kadang-kadang tu sebab nak cari masakan selera semenanjung je

contoh terdekat :
Nasi Ayam Mak Entek (N.A.M.E)
 jom google image jap tengok gambar apa keluar 

lain macam sikit dari gambaran sebenar..kredit gambar




 Nasi ni tak salah saya boleh dapat kat kota samarahan sahaja.
nasi putih biasa tapi wangi dan lembut dan sedap walau dimakan begitu sahaja! ehh.
ada telur rebus half, macam kelapa goreng ape ntah tak tahu beta, sos cair kaler merah
but, most important, ayam beliau yang sangat sedap. taktau diperap dengan apa.
harga : RM 6.50
selalu makan bila elaun asasi dah masuk. harga mahal macamni makan setiap minggu memang bankrap lah hujung bulan. 
entah apa mak entek ni bubuh sampai ramai ketagih -.- 

next is so kesian.
saya suka sangat masakan di sini cuma beta terlupa nama kedai.
jalan sama macam nak pergi airport kuching
 fify si comel yang recommend sebab Nasa nak belanja
group IT kitorang makan sempena last Sem 2 dan final project berjalan dengan jayanya! 
tomyam sangat sedap. saya memang taktahan pedas (org kata evolve sejak duduk sarawak -.-)
sampai mengalir air mata T_T padahal semua orang elok je.
agak berbaloi. 10 orang makan RM100.

tu dia cik fiffy kita yang comel :)
ni apa kes ni fiffy? mungkin lapo sangat.




butter prawn, tomyam, mixed vege (sebelum)


selepas.
orite, next is : 
tempat feveret saya
.
.
.
.
*drum roll*
.
.
.
.
iGlool

tempat ni bukan tempat nak makan nasi dalam igloo versi kutub utara
i dont know how to define that kind of thing
ais dihancurkan sampai jadi halus macam salji 
tapi, bukan macam ais batu campur!
kan saya kata, susah nak explain
ais dia tu berperisa (u can choose your flavors)
dan topping dia pun ada flavors yang kena pilih
one word to describe iGlool ?
KETAGIH.
dahla benda tu asal dari sarawak je kedai dia
haritu teringin sangat last2 pergi website dia cari kedai kat semenanjung
THE SUMMIT! yeay adaaaaaa (tu satu je pun)
kedai kecik je tak macam kat kuching, besar, selesa, boleh order guna kiosk mcm flight haha
dahla murah. ish3~ suka 
(memang dasar suka makan, sumbat ape pun tak kesah haha)

adults room
yang kat tingkap tu bukan hujan. memang design sebegitu. lawa :)
ni kids zone. haritu nak masuk tapi dihalang oleh aina. tsk. malu katanya. 
ni mascot iGlool. coooooooooomeeell <3
meh sini saya tunjuk texture iGlool yang sungguh menarik itu 

delicioussssss
harga? haritu pergi masa mother's day offer dapat 3 rm 10.
kalau tak mothers day mungkin 1 rm4.00-rm6.00 bergantung pada jenis flavor

Duniawi? tak. kalau pandai update niat pergi makan.