Monday, August 27, 2012

there is no trait of IMAN to be inherited

Selalu, mereka mengatakan;

'Aku tidak mampu menjadi solehah kerana keluargaku tidak soleh!'

tapi, kataku pada mereka:



'punyai ibu bapa soleh dan solehah bukan syarat baru kita layak menjadi soleh dan solehah, itu semua hanya anugerah. hakikatnya semua bermula dari dalam diri juga. kefahaman, kesedaran dan kemahuan itu jauh lebih penting dalam memandu hati kepada penghijrahan ke arah soleh dan solehah. kerana semuanya bermula dari hati yang benar-benar mahu, bukan hati yang tandus malah terpaksa pula untuk mahu.'

ketahuilah, segala amalan itu bergantung kepada niat yang bersungguh-sungguh dalam hatimu.
salam mujahadah wahai teman-teman
 
 
sini 

Thursday, August 23, 2012

Tetamu yang sememangnya diundang :)

Assalamualaikum and a very good night i bid to everyone

alhamdulillah, a great moment have been spent with Ezzah Zulaikha Ramlan, Ummu fatimah Al-Za'arah Zulkifli, Nur Iman syamilla Zainal Kamar, Fitrah Rozanna Mohd Zain, Nur Farhanah Mustafa Bakri, and Sharifah Nadiah Syed Idrus.

mereka merupakan sahabat sepersekolah yang pertama menjejakkan kaki ke rumah ini. greattttt :) a lot of things to share but time doesnt wait and keep moving. hanya sempat berbual tanya khabar ala kadar, makan-makan dan sesi fotografi.

This is a memory to remember! syukran for those yang sudi menjejakkan kaki ke rumah ini. dan juga kepada pakcik zainal kamar yang sudi menghantar mereka ke rumah saya. :)




Wednesday, August 22, 2012

persoalan Eidulfitri 1433H

Alhamdulillah tsummal hamdulillah !

Eidulfitri 1433H Allah memberi peluang buat diri pulang ke sabak bernam selepas solat raya dan bersalam salam dengan saudara mara side ayah di N9. Perjalanan yang sepatutnya 4 jam jadi 6 jam sebab jammed. Oh mai, kenapa semua balik pagi raya termasuk diri ini? sighh -.- 

OTW from N9 to damansara takde probs but nak ke sabak bernam memang jammed teruk. guna highway guthrie tak jammed lagi tapi bila sampai kuala selangor, alahai, Allah memang ingin menguji sejauh mana keberkesanan tarbiyyah ramadhan. Jammed teruk ditambah dengan panas, memang ramai yang patah balik. so, daripada merungut, it is better to read something yang boleh menenangkan atau lebih baik diam. lebih tak tahan bila tengok-tengok sebab jammed tu adalah perayaan kaum dotdotdot sempena pembukaan tempat ibadat mereka yang baru. kereta penuh parking tepi jalan so, daripada 3 lane jadi 2 lane. kalau highway takpe lagi, ni jalan tepi rumah orang. fasobrun jamil ! 

rupanya, Allah nak hadiahkan sesuatu yang luar biasa pada hari raya kali ini. 

tahu tak betapa seronoknya bila Allah takdirkan semua adik beradik side ibu balik beraya tahun ni kecuali pak usu? Ibu ada 13 orang adik beradik. bayangkan betapa ramainya dalam rumah. kalau dah biasa jumpa takde lah seronok sangat macamni tapi disebabkan ada yang berbelas tahun tak jumpa, tu yang jadi luar biasa. kalau bergurau senda, rasa bergegar rumah. kesian orang sebelah, heh.

ya, saya ada sepupu-sepupu yang hampir berbelas tahun tak jumpa bukan sebab duduk overseas ke apa cuma, entahla. mungkin sebab bila dia balik kampung, saya berada di tempat lain, and vice versa. amboi, mengalahkan orang duduk overseas. sarcasm. dah la memang selalu balik. sarcasm lagi. sampai opah pun tak cam muka eh ni anak siapa nak datang beraya padahal cucu sendiri. atok pulak, dah salam dengan dia siap cium pipi segala tiba tiba tengah makan beliau bersuara eh mana cucu atok yang belajar kat sarawak tu? tak balik ke?  mengalir air mata syawal.

raya kali ini barulah jumpa sebahagian yang tak pernah jumpa berbelas tahun. ada lagi yang tak jumpa raya tahun ini mungkin boleh cukupkan istilah berpuluh tahun pulak tak jumpa. haihh. sejujurnya, kalau ditakdirkan allah terserempak dengan sepupu2 ni tengah jalan, memang tak kenal. yela, dulu masa jumpa time kecik kecik gigi pun tak habis tumbuh lagi. bila jumpa sekarang, nahhh, dah jadi mak/bapak orang pun. kawen memang dijemput tapi malangnya diri ini sentiasa sibuk mengalahkan YB. okay, alasan lagi padahal memang ada habit tak suka pergi kenduri kawin.

Timbul satu perasaan yang sukar diungkap. seronok? mungkin..sedih? ada la jugak.. miserable. bila fikir fikir kenapa, baru teringat, oh ye la ini hadiah sebelum berangkat. kenapa bila dah nak pergi baru semua orang muncul? alhamdulillah. allah bagi kesempatan walaupun sebentar. dan haruslah ada sesi bergambar supaya opah dan atok takkan lupa lagi diri ini. oleh itu, akan dihantar seberapa banyak keping gambar yang mungkin agar wajah cucu kesayangan ini sentiasa di hati mereka. 

persoalannya, siapakah sebenarnya yang jarang menunjukkan muka pada kaum keluarga mengalahkan orang duduk overseas? sarcasm.

that's my Eidulfitri 1433H story. Alhamdulillah tsummal hamdulillah. seronok!



Saturday, August 18, 2012

malam raya 1433H.

Assalamualaikum.

Diri ini ingin memohon 1000 kemaafan 
seandainya sepanjang penulisan di blog ini
ada keterlanjuran atau salah di mana-mana
Doakan kejayaan diri ini dan 
Insya'Allah doa itu jugalah yang dipohon buat sahabat sahabiah :)

ayat klise farahin sejak 5 tahun yang lalu.

Salam Eidulfitri
تقبل الله منا و منكم

wishing for the best Eid ever even though just received a sad story just now. Semoga segala kesakitan pakcik makcik sedara mara seislam adalah kaffarah dosa dan meningkatkan darjat mereka di sisiNya kelak insya'Allah. avoid ourselves from doing common sins during this Eid.

ini salah satu daripadanya.
kalau pegang khinzir boleh samak. salam bukan mahram nak samak dengan apa?

Oh ya, by the way, Insya'Allah tomorrow will be back to sabak bernam after perform eid prayer. May Allah bless this journey. Tak sabar nak jumpa sedara mara yang dah bertahun-tahun tak ketemu!



dan juga kena bersiap sedia untuk headshot! oh yes, innallaha ma'ani :]



Friday, August 17, 2012

my twin :)

Mungkin tak ramai yang tau tapi cukuplah setahun di UNIMAS membuatkan ramai yang terpinga-pinga sebab ingatkan kitorang ni kembar seiras. haha. eh. 

bukan setakat kembar muka, tapi..


seriously, we never planned to buy the same shoes but, instinct kembar tu tak boleh dihalang maka bila jumpa lepas cuti sem terkejut sebab kasut baru kitorang sama! masing-masing beli kasut baru then bila jumpa kat kuliah, 

'eh, kasut kita sama!'

 we also share the same interest. for example, gila roti dan sangat pantang masuk kedai roti. Habis semua roti kena picit. Gebuuuunya roti ni..dan roti favourite kitorang ialah :

ROTI CILIA!!

tidak perlu berimaginasi terlalu tinggi kerana saya dahpun google rupa roti cilia tersebut,

this is!!!

zoom sikit cilia tu macamana. yang berselirat atas roti tu la cilia.


the exact name of this bread is cheese bun. hehe. but, nak buat cemana, dah 24 jam tengok roti ni terbayang cilia dalam biologi tu ;

this is microorganism named paramecium

cilia bukan setakat pada paramecium tapi ada jugak kat human.
 
jadi, dah dapat bayangan cilia ?

ahaha. good!

 Sesungguhnya saya mencintai roti dan kembar saya mencintai orang yang membuat roti. 

eh. tak. gurau.

tapi dia pernah cakap nak bakal suami yang boleh buatkan kedai bakery untuk dia.

betul kann? tak baik tipu bulan ramadhan :p


miss you! 


Tuesday, August 14, 2012

syal / rida' yamani.

assalamualaikum.

tiba-tiba teringat pasal syal / rida'. jadi, sementara masih ingat beberapa fungsi rida' ni, boleh la tulis sikit sebagai pengetahuan buat yang baru nak kenal atau untuk diri ini refresh.

1) letak di bahu (sunnah )

sama ada lipat dua dan letak pada salah satu bahagian bahu atau buka lipatan secara memanjang dan sangkut pada leher atau lilit ke. ikut la nak pakai dan gayakan macamana pun tapi kalau waktu solat selalunya ustaz kata macamtulah dan memang selalu tengok orang pakai dua gaya macamtu sahaja melainkan waktu sejuk dia jadi fungsi lain juga.

2) sebagai sejadah

3) kadang-kadang boleh jadi selimut sebab rida' yamani ni sangatlah besar. memang boleh tutup habis satu badan.

4) kalau sejuk, boleh lilit rida' tu kat badan (ala, macam makcik kat ofis selalu buat tu. tapi mostly orang guna pashmina / shawl kan? walau apapun, rida' lebih best.

5) cara di yaman, selalunya kalau nak elak lenguh kaki masa belajar, lilit dan ikat rida' tu pada kaki. mesti tak dapat bayangkan macamana kan? first step duduk bersila, then duduk macam peluk kaki tu ke badan, then ikat la rida' tu keliling pinggang. lepastu boleh muraja'ah sambil makan kuaci. okay, bab makan kuaci tu ustaz yang cakap. bukan saya yang tambah. haha

6) selain itu, kalau style yang belajar pondok, duduk bersila 3-4 jam satu sesi. sehari ada 3/4 kelas. memang confirm kaki berbirat. (dah rasa =D ) lebam jugakla kaki even though duduk dua minggu cuma. alahai manja nya! so, bagi mengelakkan kekejangan atau kesakitan kaki, maka molek juga anda lapik sebagai alas. tapi, jangan jadikan ini sebagai alasan. belajar tetap belajar! priority. kalau nak kerusi empuk je baik duduk rumah.

7) sebagai objek sempadan masa solat. letak kat depan bukan dengan cara melintang tapi memanjang. tapi agak-agak la panjang yang sepatutnya. takdela kalau rida' tu 1.5M, kamu letak memanjanggggg macamtu. dengan kadar ruangan yang perlu untuk sujud. 

dan mungkin ada lagi fungsi lain yang saya lupa. oh, buat pakai shawl untuk raya? haha entah.  and i also have one. very nice. kaler hitam. sama dengan kak huda and kak shima.




orang panggil shawl kan? we called it as syal (tak sure asal bahasa apa. tapi ustaz sebut macamtu la). Benda lebih kurang je. selalunya muslimin yang pakai.





till then. mohon maaf atas segala kekurangan. assalamualaikum





Suatu hari saya duduk breakfast bersama kak ain dan kak anas di dapur ;

kak ain, macam mana kita nak sentiasa ingat dia?

wajah gadis berusia 21 tahun fakulti usuluddin KISDAR itu tenang lantas bersuara

semua ciptaan Allah yang jadikan..means, ble kita tengok daun kita ingat Allah, tengok rumah kita ingat Allah, tengok kawan kita kita ingat Allah...insyaAllah lama2 benda itu akan sebati dengan diri dan jiwa kita dan terutamanya ble kita baca & tadabbur Al-Quran lagi2 la kita ingat Allah..benda2 ini akan lebih merendahkan diri kita dan menyedarkan kita bahawa kita ciptaannya.. sebab apa?.. kita dah ada satu mind set yg mne kita ciptaan Allah..tinggal lagi kita kukuhkan dengan amalan2 suci, baca Al-quran, zikir dll... kalimah "laa ila ha illallah" itu adalah sebaik2 kalimah yang akan membawa kita kenal akan pencipta kita...

Tuesday, August 7, 2012

new mission; al-iman, yaman..

Hadis Nabi:

Berkaitan Ahlulbait : 1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman

sumber


One day Insya'Allah. Rabbi yusahhil. allahumma ameen x40kali.

Monday, August 6, 2012

Friday, August 3, 2012

Salam Ramadhan Kareem :)

assalamualaikum.

harini dah masuk hari ke 14 Ramadhan. Subhanallah cepatnya masa berlalu. Rasa rindu pada BQ tak habis lagi. I never post anything about my Ramadhan right? This is my last ramadhan with my dearest family before i have to leave for somewhere. Hargai masa dan gunakan peluang ini sebaiknya.

semoga allah beri yang terbaik buat pak lang yang dah beberapa hari tak sedarkan diri sejak collapsed disebabkan HBP and his heart stop functioning all of sudden. Doc ada buat small operation and usually after 45mins, patient akan sedar tapi tidak. terus dimasukkan ke ICU and now only depends on machine. and menurut doc, kes macamni selalunya dah takde harapan dan terpulang pada keluarga bila nak cabut machine. semoga Allah permudahkan urusan dan pilihan anak-anak paklang. Keputusan mereka tu nanti hanya asbab sedangkan allah dah tetapkan semuanya sejak azali.

wallahu a'lam.