Tuesday, September 17, 2013

Alhamdulillah. Pertemuan yang Allah aturkan. Semoga pertemuan yang dirahmati dan perpisahannya pula dibebaskan dari segala dosa. Allah Allah Allah. Syukurnya Allah pertemukan orang yang benar benar ikhlas begitu.

Tak perlu menjadi seorang bapa untuk merasa kasih kepada seorang anak, cukuplah menjadi seorang manusia yang berperasaan.

Beliau bersungguh benar mahu menolong. Menelefon, mesej, bagi idea sedang beliau sendiri dalam kesempitan masa untuk berangkat ke tanah suci. Semoga pemergiannya dan kepulangannya nanti dalam keadaan yang baik, mendapat haji yang mabrur, usaha yang diberkati, dosa yang diampunkan dan perniagaan yang tidak akan rugi.

Pesanan beliau agar sentiasa berzikir. Al-waqiah, Al-Mulk, yaasin, ayat manzil, al-ma'thurat dan dalam keadaan yang senyap sembunyi beliau menyuruh agar banyakkan solat sunat taubat. Allahhh

semoga Allah berkati dan rahmati segala usaha beliau.






Menangis. mengenangkan manusia itu. Tegarnya menghancurkan dalam memberi kebaikan? Semoga Allah beri hidayah.

Saya dan kamu dan kita semua.

Thursday, September 12, 2013

walid !

tiba tiba teringat pada seorang insan yang ku gelar walid. Allah rindunya pada beliau. Sifat kebapaan yang terzahir tak mampu diungkap dengan kata-kata. semoga Allah merahmatinya, mengurniakan sebaik baik ganjaran padanya.
Rindu?


baca Al-fatihah untuk walid!

senyummmm ^^,

Wahai anakku,
Satu hari nanti, semuanya akan terjawab. Percayalah engkau bahawa Allah memberikan yang terbaik padamu.

Maka, senyumlah wahai anak kesayanganku. Senyumlah pada kekeliruan hari ini yang engkau tidak faham. Senyumlah pada perkara hari ini yang engkau tidak sudi berlaku.

Senyumlah walaupun bercucuran air mata mu kerana kamu sangat percaya bahawa Allah ada sebabnya untuk membiarkan sesuatu berlaku.

Senyum

Thursday, September 5, 2013

Egypt Review # 2

Assalamualaikum ;)

Mari terus ke topik utama. takpayah nak muqaddimah berjela-jela lah kan.

Antara nasihat yang buat saya menitis air mata dalam kuliah tentunya dari Dr. Sa'ady yang berpewatakan sangat 'physco' . Suatu hari disuruh menghafal lebih kurang 5 ayat Quran dan lebih kurang 20 hadis berkenaan Sunnah Nabawiyyah. But then bila tempoh diberi dah tamat so dia pun mula suruh semua orang berdiri, mula test syafahiyy(syafawiy). Unfortunately, majority tak sempat nak hafal.

" Kamu ni dah ambil ruang orang yang lebih layak dari kamu. Lebih ramai yang kat malaysia tu layak untuk ke sini. Tapi ini semua soal peluang. Macamana kamu guna peluang ni? Kamu sia-siakan! "

tup. tup. tup.

meleleh air mata syawal.

"Balik Malaysia nanti, sekurang kurangnya kamu mesti akan disoal itu ini, atau mintak bagi tazkirah pendek. Mereka bukan tahu yang kamu sebenarnya belajar di Al-Azhar baru tahap tamhidi. Yang mereka tahu, kamu budak Azhar, baru balik dari Mesir. Macamana kamu nak handle semua ni kalau kamu tak usaha dari sekarang? "

ini kata-kata yang aku replay berjuta kali dalam kepala masa nak balik Msia haritu.

Dr. Abdul Hadi pula selalu pesan, balik rumah, ulangkaji, jangan makan dan tidur je. Hoho.

Okay, budaya orang Arab (mesir) ni, diorang sangat sangat pentingkan ilmu. Rata-rata masyarakat mereka kawin lambat. Jadi, bila fenomena rakyat malaysia di mesir yang berkahwin waktu belajar sampai di telinga mereka, ini sesuatu yang mengejutkan. Ahah. Ni pesan Dr. I'timad :

" tak. tak. tak boleh. ini akan mengganggu pelajaran kamu. saya tak setuju kalau kamu ni kawin awal. nak sediakan makanan dan kelengkapan untuk suami, nak belajar lagi. macamana? lepastu nanti dah ada anak pulak. macamana dengan pelajaran kamu? saya tak sokong benda ni "

aku tahu ramai yang tak setuju dengan pesanan dr. I'timad ni. haha. dalam kelas semua muka berkerut berkedut.

mari kita ke part yang lebih serious.

Suatu ketika, cuti kami hari sabtu ditarik ; maknanya cuti hari jumaat je. so, ramai juga yang tak puas hati dek tak sempat beraktiviti hujung minggu. sebuah petisyen dianjurkan maka cuti hari sabtu dipulangkan semula, KECUALI TAMHIDI. maka timbul isu di sini ; mengapakah? dahla subjek tambah tu istima'. kau faham kan situasinya bagaimana jika 4 jam berturut dihidangkan dengan subjek yang sama. apatah lagi subjek hardcore. sila menangis bila bangun pagi sabtu dan terpaksa bersiap ke kuliah :p
dalam kuliah Dr. Rehab, 'amid kuliah masuk dan kami semua cakap :

" nuriduu ijazahh! , nuriduu ijazahh! " (uish, berani gila bebudak ni)
" tob'ann. walakin Dr. Rehab turid kuliyyah yaum sabt "

sekarang nampak siapa punya idea kelas hari sabtu? hihi

" ya dokturah, nahnu nuriduu ijazahh! "
" mari sini aku beritahu kamu sebabnya. aku lihat hampir keseluruhan senior-senior kamu pelajar malaysia yang walaupun sudah tamat pengajian di al-azhar tapi masih tak boleh cakap arab. aku taknak ini berlaku kepada student-student ku seperti kamu. kamu nak jadi macamtu? " ( eh tetiba dr. rehab cakap malaysia. hehe)

jadi, itulah ceritanya. Mulia kan hati mereka ni? sanggup korbankan cuti mereka demi pelajar. Mereka sangat baik. Jujur! tak sama dengan lecturer malaysia. kalau tak siap kerja, ambil kau tempat luar kuliah sekarang. tapi diorang ni tak macamtu. tak siap h.work sebab taktahu, takpe, tahniah sebab mencuba. mana yang kamu tak tahu? beza kan kan kan?

tapi, ada jugak jenis lecturer yang suka membahan pelajar. haha. macam dr. Esom. kitorang panggil Dr. Osem. pandai pandai je terbalikkan kosa kata huruf nama beliau.

Beliau antara Dr. yang kelihatan sangat muda dan mengajar subjek muthola'ah. Beliau suka bergurau macamni :

" Aku ada sorang kawan (arab mesir) yang dipanggil kerja di Malaysia sebagai dekan MEDIU. Suatu hari aku dapat tahu kawan aku ni jatuh sakit terlantar di hospital beberapa hari dan lebih teruk bila aku tahu penyakit itu hanya disebabkan oleh seekor nyamuk. (Beliau sebut NYAMUQ beserta dengung haha). dan kawan aku panggil aku ke malaysia untuk ganti tempatnya. Tapi aku cakap kat beliau, walaupun aku ditawarkan jadi perdana menteri kat malaysia, aku takkan sekali2 ke sana. Aku takut nyamuk." haha serious muka dia bangga dapat bahan msia.

suatu hari, atas bumbung kuliah bunyi bising sebab ada orang panjat buat renovation. muka kitorang masing masing dah pucat takut atap runtuh pulak tak pasal pasal. lantas beliau bersuara

" la takhoofiin. hazaa laisa TSUNAMI." (perli bak hanggg. pandai sebut tsunami.)

Tapi, benda yang paling diingati ialah, beliau nasihat supaya jangan duduk muraja'ah selagi tak wudhu' dan selalu salam dan cium mak ayah. di situ ada berkat. Kalau bukan kerana doa mak ayah, aku tak dapat phD semuda ini, kata beliau. 


I think it's enough. Cont later i / Allah :)

semoga ini semua masih segar dalam lipatan kenangan tahun pertama di bumi orang :D