Monday, February 28, 2011

..

anugerah kelas 5 Uthman 2010


muka siapa yang sudi diletakkan pada kaki ini.hehe

ape gelak gelak ? lempang kang . tau tak layak .


aisyah yang simpankan baru bagi masa hari ahad haritu . ada lagi satu doorgift jamuan tapi qila yang simpankan . dengar citer mug yang ada tulis nama kita .


rindu 5 uthman tapi aku taknak jumpe korang sebab aku dah gem .


esok reunion hostelian batch 06-08 18th generation je kat tasik shah alam . lelaki dan perempuan . emm , semoga dapat hari yang bahagia plus lepas la rindu masing-masing kan .


ku tak pegi . kirimkan salam aku dekat semua budak budak perempuan dengan lafaz assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh :)



p/s : tahun ni jahit baju kurung sendiri . * big grin *


Sunday, February 27, 2011

kita merancang tuhan menentukan

salam ;)

kan mula mula plan tak boleh bla nak pegi tett tett ( tempat utama kena censored ah , malu ) padahal tak sedar diri dalam area sendiri pun tak lepas . tuhan takdirkan aku dengan aisyah plus safiyyah ( adik aisyah ) pegi OU .

sampai sana terus rasa nak window shopping . jalan jalan survey harga baju . masuk MPH pulak dekat 2 jam padahal beli buku 1 je . ni gara gara buku Egyptian arabic yang aku bekenan sangat uh harga cekik darah , 49 ringgit . padahal tk sampai 100 m/s . buku novel cintun 700 m/s boleh plak kau jual 25 ringgit . asal bende lagha memang saje jual murah kannn . 


perut dah rasa macam ada rama rama beterbangan , plan pg makan . nak carik kdai makan pun satu hal . mcd and kepsi ? sorry la perut i dh tk larat nk telan mendealah tu . carik tempat yg agak sempoi sikit . tk payah la cafe cafe western . i tk selesa . lastly tempat pilihan hati ialah 

sempoi selesa simple


spageti bolognese aisyah + adik die


blck pper grill chckn + herbs rice aku



comotnye makan . menantu siapa ni ?

harge pun boleh tahan sempoi :)p


lepas solat sambng pegi carik baju . ntah kenapa kali ni pegi rasa cam lain . aku rasa aku dah berubah . sejak bila aku pandai shopping baju sendiri ? aku beli skirt . shirts . kasut . kau tau tgh sale sekarang ? discount 70% . kasut harge 39.99 pun jadi 12 ringgit . maksud aku kedai Bata je la . 


jangan harap la kedai GUESS pun sale 70% . tu petanda GUESS bakal jahanam .


lepasni  'u-setan' plak wujud kat ou ganti jusco yg dh tamat kontrak . memang menyetan damansara lepasni .


kesimpulannya shopping kali ni memang kopakkkkkkkkk ! seriously tk pernah macamni . pokai . nak beli pencuci muka pun dah takde duit ni . kena carik sponsor .


dan tak lupa





hadiah buat 2 orang tunang tersayang . eh tak . maksud aku my lil adored niece .



kaler kene beli same kalo tk berdrama plak budak 2 orang uh .












Friday, February 25, 2011

persediaan rapi

wahai 3 orang kawanku , aku telah menyalin map kita esok sebagai persediaan rapi . rasa macam pelancong asing . nak pegi tempat yang kecik macamtu pun perlukan map segala . teruk betul aku ni .

bukan apa , cuma risau memandangkan aku takpernah pergi sana .

yang lain cepat angkat tangan dan doakan kitorang sama sama :



Ya Allah ya Tuhanku , kau permudahkanlah urusan kami
sepertimana dalam rancangan kami esok .
Kau lindungilah kami dari segala malapetaka dan jauhkanlah
kami dari sebarang perbuatan maksiat atau kejahatan .
wahai tuhan yang maha mengetahui ,
sesungguhnya niat kami untuk mengeratkan ukhuwwah 
semoga pertemuan kami adalah pertemuan yang diberkati
dan perpisahan kami nanti perpisahan yang kau redhai .


 aminn ya robb 



yang ni doa khusus :


ya Allah ya Tuhanku , kau jauhkanlah aku
dari kejadian yang tidak dijangka
mahupun ketidaksengajaan yang mengundang luka . 
janganlah sampai dia mengetahui keberadaanku .


aminn ya robb ~


sama sama buat solat hajat dan doa sampai 40 kali .


nina , qila , aisyah
aku tak sabar !


Thursday, February 17, 2011

misteri alam tropicana

it has been a week i'm in mutiara tropicana . bila aku sebut je nama tu semua orang tanya dekat mana , dalam negara ke overseas . banyak duit aku nak pegi vacation ?

gambar ihsan pakcik google




jelas sekarang ?

memang wujud tropicana dekat malaysia . dan ia bukanlah terletak di Thailand seperti kata sorang kawan aku. 


dan tropicana juga bukan hutan belantara seperti sangkaan iman . itu hutan hujan tropica man . adeh .


ye . sekurang kurangnya aku telah memperkenalkan tempat baru kepada kamu kan .


jemput la datang tropicana golf & country resort . boleh kita main golf sesama .


tapi kau bayar .


amacam ? care ?

p/s : bila aku nak balik rumah ni weh ? tangan dah gian nak menjahit .

Sunday, February 13, 2011

O.o

....

yasmin : mak ngah , tengok adik ni , die taknak blaja alif ba ta

mak ngah : jom belajar

batrisya : ye . ye . adik belajar la ni .

mak ngah : alif .

batrisya : alif .

mak ngah : ba

batrisya : ba for bear .




Thursday, February 10, 2011

bersamamu

assalamualaikum and a very good morning to my beloved readers .

ustaz : ni buat apa cuti ?

aku : takbuat apa . laptop 24 hours .

ustaz : kenapa ?

aku : dah lama tak menulis . jd tangan rasa nak gerak-gerak kat laptop .

ustaz : pergi tulis ayat quran surah al-baqarah . sambil tu boleh hafal .

amboi . pedih .

perlian 2  . suatu ketika zaman jahiliyyah .

kak timah : lawa kaki . nah stokin . (sambil pijak kaki aku )

nasib baik die bg stokin lawa . time - time tuh jugak sarung .

perlian 3 . surau madani .

~ zikir hasbi rabbi berkumandang ~

penceramah : yang kamu ni cakap ' cukuplah Allah bagiku .tiada apa dalam hatiku melainkan Allah ' . kamu bohong kan ? hati kamu pada dunia . orang lain . lagha .

perlian 4 . surau Madani . Tazkirah jumaat .

ustazah : Allah maha Pemaaf . tapi kalau kita pun susah nak maafkan orang , hebat sangat ke kita ni ? buka hati terima teguran orang lain . anggap itu tandanya Allah sayang kita . Dia taknak kita terus - terusan melakukan kesalahan .


sesungguhnya hati ini merindukan perlian - perlian sebegini .

18 bnyk mengajar aku erti hidup .

cewah . dah . time -time ni nak mengaku sayang 18 . padahal sebelum ni kutuk habis .

tapi serious .


TEGUR AKU KALAU AKU SALAH .


Tuesday, February 8, 2011

Diari 15 hari 13 malam : part 2

assalamualaikum . Bismillahirrahmanirrahim

In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful =)

okeh . Kita sambung perjalanan kita ke Makkah .

 di masjid Bir 'Ali

bagi jemaah dari Madinah , miqat makani ialah di Bir 'Ali and actually banyak lagi miqat makani untuk umrah tapi ehehh biaselah , lupa . those kids in the pics are from Egypt and waiting fr their dad .

 first time sampai

perjalanan dari Madinah ke Makkah agak jauh . lebih kurang macam KL - Kedah naik bus . arrived makkah dalam pukul 11 malam then pukul 12 pegi masjidil Haram buat umrah wajib .  nak tawaf memang  perlu berhati - hati di jalan raya . dengan jemaah negara lain yang bdan tough tough lepastu boleh main tolak tolak . memang terasa kerdil bila tinggi aku setakat paras lengan mereka . 

kawasan tk berbumbung

disebabkan habis umrah wajib dalam pkul 2 lebih , jadi agak molek untuk tak balik hotel dan terus ready for subuh dalam pukul 4.20 pagi . jadi, merasa dapat solat dekat dengan kaabah macamni . tapi , masa nak keluar lepas solat , subahanallah .~ baik bawak mengucap awal - awal takut tak panjang umur bila ade adegan tolak menolak dekat tangga . and this is based on my experience . pk dah tak hidup dah sebab kena rempuh dengan orang arab . lepastu siap terpisah dengan jemaah lain . T______T . masa tu dalam otak dah tak fikir lain . mati . mati . mati . tawakkal je la ~

that's a miracle bila dalam rempuhan begitu , ada orang tarik tangan aku . isk . isk . terharu . but till now , i dunno who is she . alhamdulillah selamat keluar dari rempuhan lepastu tiba-tiba jumpa ummihumaira then terus dia bawa balik hotel . terasa nak patah tulang bahu . tough aku lepasni .

luar masjidil haram

ladang unta

masjid hudaibiyah

p/s : masid hudaibiyah ni pun miqat nak niat umrah . miqat makani yang agak dekat selain tan'im dan ja'ranah if i'm not mistaken .

tazkirah fr. ustaz zainal (pengiring )

muzium haramaini

on da way back to LTAB Jeddah

Jeddah . comel .

LTAB jeddah .

p/s : masa ni semua org sibuk punggah barang sebab bnyk sangat melontar . aku ? macam takde pape berlaku . dalam dunia sendiri . flight pukul 1 pagi , sampai LTAB Jeddah kul 8 malam . berkurun menunggu . sebab dah buat tawaf wida' kan , so kene kluar makkah dengan segera .
 this is our final destination . 

p/s : Sanaa' , Yemen . first time aku pegi hotel takde kipas mahupun aircond . mula mula pelik takkan takde kipas lansung then after a few hours menggelupur kesejukan . rupanya negara ni memang sejuk .

 terasa disambut dengan meriah .XD

tamatlah sudah cerita diari 15 hari 13 malam . 

p/s : weh , aku rasa fb tu mengganggu gugat ketenteraman aku . baru nak feeling bahagia tiba tiba datang perosak . hampeh . rase nak tempeleng . eh tak tak . 


farahin , jaga hati .



wassalam ;)


Monday, February 7, 2011

Diari 15 hari 13 malam : part 1

assalamualaikum .

mengimbau kenangan lalu : Jun 2010

this is what i wrote on my diary on that time .

HARI 1 :

Alhamdulillah , sekarang aku berada di masjid yang berhampiran dengan hotel kami . Nama masjid ni aku tak perasan pulak tyme masuk tadi tp I just know that masjid ni masjid yg paling dekat dengan hotel Manazeli(  منزلي ) . setelah lebih kurang 16 jam perjalanan menuju ke madinah , seronok dapat dtg sini . first tyme . dalam flight makan , tido , bangun , tido , makan . alhmdulillah . hidup kat sini kene la independent sbb aku sorang je an . so, bilik pun kne dduk ngn orang yang tak kenal , dalam flight pun sama . but ok la . sampai bila nak bergantung kat parents kan ?

p/s : sbenarnya masjid tuh masjid nabawi . astaghfirullah . camane leh tak sedar ? mungkin sebab masuk ikut pintu belakang .

  at LTAB Jeddah while waiting others perform Subuh

this is on the way to the bus that bring us to madinah

this is our bus since we were in Jeddah-mdinah-makkah-Jeddah

and this is what we ate for breakfast . sedap woh .

dalam mr. sate tu ada nasik lemak , ayam , keropok , pisang .
- asal bab makan je kau citer lebih . nampak sangat suka makan -

apa eh nama dia ? baboon kot .

 luar masjid Nabawi .

musim panas sebenarnya . nampak biase tapi kulit aku mengelupas semacam . memang perit nk jengah dunia . dugaan . tapi yang best , musim panas adalah musim terbaik untuk merawat jerawat . habis mati semua jerawat aku . balik malaysia tiba - tiba muka bersih . tapi seminggu je la , lepastu naik balik :XD

p/s : masjid nabawi , security sangat strict . jangan bawak fon , botol kosong nk isi air zam-zam , whatnot . nanti dia rampas . ganas semacam ouh security dia . lelaki ke perempuan dia ni ?

suasana masjid nabawi subuh

at Raudhah 

p/s : pelik cmne camera takleh bawak masuk tp ade gamba dalam raudhah ? ini from camera pak andak . laki security die tak strict sangat . pelik .

ondaway nak balik hotel 

p/s : luar masjid nabawi memang sesak jual beli . and this pic is taken after solat subuh .
pernah denga pasal kubah hijau tu ?

perkuburan baqi '

p/s : our mutawwif told that ' ahli perkuburan baqi' akan dibangkitkan t'lebih dhulu utk dihisab , yang kita ahli selayang , kedah , hah entah bila ' 

masjid Quba '

p/s : langit nampak biru . tapi hakikatnya memang tak boleh nak bukak mata . terik .

maqam saidina Hamzah Asadullah dan syuhada' yg lain



p/s : sekitar jabal uhud . mutawwif saya kata jabal uhud kaler agak kemerahan kesan daripada darah para syuhada' .

ni kedai kat ladang kurma 

pokok kurma

hotel . makan . makan . makan . 

p/s : ustaz zainal ckp , dekat madinah kita mewah , haaa tunggu dekat makkah nanti . taklah semewah madinah . siap sedia fizikal dan mental . sebab tu saya tak suka jemaah pergi madinah dulu . 

dah . semua ini kisah di madinah selama 5 hari . i'll continue kisah di makkah selama 10 hari di sana . woot woot .

notajarikaki : 2/3 hari ni memang tak tenang . selamatkah ?

" allahumma inni a'uzubika min hamazaati syaitonnn "

wassalam :)

Tuesday, February 1, 2011

Allah maha Penyayang . tak caye ?

salam 'alaik .

aku nak cerita satu kejadian yang baru aku alami dan fikirkan sebentar tadi .. 


aku ada seorang kawan dekat Shoubra . kire cam ustaz laaa . hari jumaat lepas , he told that dia tgh kumpul duit nak balik msia bulan 5 nanti . sebenarnya dia taknak balik memandangkan he's still new there but , emergency case . so , he has to do so .

Dia ckp dalam tangan dia ada LE800 , harga tiket around LE3700 . taktahu mana nak cekau duit lagipun dia seorang student di al-azhar . just harapkan duit sponsor .


memandangkan situasi rusuhan semakin teruk , kau tahu kan gov. msia beri bantuan dengan hantar kapal dan akan hantar diorng dekat jeddah sbgi transit sebelum ke msia . ya , pulang ke malaysia yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan .


dan , kau tahu , pelajar al-azhar DICUTIKAN selama SETAHUN . http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com. tak caya pegi bukak .


aku baca info tuh terus mencurah-curah air mate . bagai mencurah ke ladang gandum . fuh , jadilah coco crunch . teheee




ALLAH MAHA PENYAYANG kan ?


kau hanya perlu sabar kawan .


dan yang di sini , jangan pernah berhenti berdoa untuk mereka di sana .


saya tahu anda tak suka saya nangis . tapi , saya tak mampu tahan air mata . maafkan saya . 


walaupun korang lelaki dan akan lambat sikit sampai memandangkan dia akan dahulukan kaum wanita , tapi , aku yakin yang korang boleh survive dekat sana


Allah ada . Dia Maha Penyayang . have faith in Him .


malaysia boleh . * tiba -tiba *


welcome back to malaysia




bila ada tak tahu hargai . dah hilang baru terhegeh nak cari .

assalamualaikum .

sihat ?

i'm not really care actually hehee .

cer teka mana farhana . haha

senah helwa to the kindest friend of mine , nurfarhanah mustafa bakri . welcome to 18SG , 18PL , dan 18SX . eh tak . jangan jangan . bukan itu tujuan sebenar . semoga usia anda sepanjang 18 tahun ini diberkatiNya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat dan juga sentiasa dalam hidayahNya . amin darab 40kali . take care . selalu selalu la nasihat aku yang masih mentah ni . i love you . hoho . haiyakkk . malu i .


 i baked this just now lepastu makan sendiri . hehe

by the way , alfu syukran kepada skuad perhubungan sementara malaysia mesir kerana mengupdate blog dengan efisyen tanpa mengira waktu . sekurang-kurangnya takdelah nak tggu 8.00 malam berita utama baru tahu update plajar pelajar mesir . juga , kepada bang najib yang berkenan nak bawak mereka balik sini .


semoga korang dapat sampai malaysia dengan selamat .
keep on praying and tawakkal