Thursday, April 11, 2013

it seems hard. day by day. hour by hour. minute by minute. its ticking and its scrathing. semakin kerap dengar soal itu dibualkan. tak benci pun cuma benci bila sampai tahap hilang fokus kat semua benda. farahin, time doesnt wait. banyak benda lagi penting. dan jangka masa nak bertemu Dia dah semakin hampir tapi bekal apa yang awak bawa nak jumpa Dia?

farahin.
ada masanya kita perlu fikir yang kita ni ada kelebihan dan ada kekurangan. orang yang reti bersyukur dan positif merasakan kekurangan tu satu anugerah allah buat dia. dan orang sekeliling dia yang akan melengkapi kekurangan tu. semua orang ada kekurangan. bukan awak sorang je. rendah diri perlu ada tapi berpada pada.

farahin.
buang trauma tu. semua orang ada kisah silam yang pahit tapi yang membezakan adalah bagaimana kita atasi perasaan trauma selepas itu. susah. tapi allah nilai usaha sayang. usaha awak. jadikan kisah silam tu catalyst untuk trigger balik usaha. bukan jadikan trauma yang menghantui semata.

farahin.
manusia sekeliling ni ramai. tapi ingat allah lebih berkuasa. gantung hati pada Dia.

farahin.
setiap sesuatu yang dibina tak kekal lama. percayalah. melainkan semua yang digantung pada Dia. awak, allah nilai usaha. selagi masanya belum tiba usaha sebaik mungkin. natijahnya serah pada Dia. itu semua bukan penghalang malah cuba awak fikir baik baik yang sebenarnya allah nak bagi pahala lebih pada awak. awak sedar tak awak dah tahap mana sekarang? awak ingat kata kata ustaz zul? ada sebab allah hantar ujian itu kepada awak. orang lain mungkin disuap. tapi awak cari sendiri. bersyukurlah farahin. bersyukur! ada ganjaran disebalik semua usaha awak. teruskan doa sebab hati manusia allah yang pegang. manusia lain tak rasa kemanisan usaha awak melainkan diri awak sendiri. doa semoga allah hntar orang yang kuat bersama awak.

farahin.
terus cari kekuatan. teruslah. jangan pernah berhenti. hati manusia allah yang pegang. mohon ditetapkan hati pada jalan yang benar. allah pandang awak. allah pandang usaha awak. allah pandang hati awak. meski perit, allah beli diri awak. jual beli tu allah ganti di sana kelak. tidakkah itu yang terbaik?

farahin.
ingat ibu ayah.

farahin.
ingat amanah pada bahu.

farahin.
bangkitlah. masa semakin hampir.

Sunday, April 7, 2013

semakin hampir semakin diuji.

semakin hampir semakin diuji.

allah.allah.allah!

kereta yang bersih tak sentiasa bersih.
manusia yang baik tak semestinya sentiasa baik.
ingat, syaitan sentiasa hasut kita kerana ada sesuatu yang berharga dia nak rampas daripada kita. kita ada sesuatu. ya kita ada barang berharga.

simpan. jaga. baiki!