assalam :)
Jumaat, 11 Mei 2012, jam 4:11 pm telah sempurnalah sesi pembubaran JPMU sesi 2011/2012. ya, tiba tiba kenangan dari awal sesi perlantikan dulu terlintas. Bagaimana saya kekok bila nak cakap dalam meeting dan pernah sekali ditegur kerana kurang komunikasi dengan muslimin. since kejadian itu, saya rasa perlu bagi saya untuk menjadi
pemarah peramah SEDIKIT demi urusan ini. "be professional farahin." ayat tu yang selalu saya ingatkan dalam diri bila terpaksa bekerja dengan mereka. well, thats so true bila teringat kata kata cikgu masa sekolah 18.
"bila dah masuk alam U/pekerjaan, kamu kena juga bekerja dengan lelaki"
memang. setiap kumpulan kat pre-U ni dipilih secara rambang and pasti ada kaum adam dan hawa. cuma, yang bezanya bila dalam organisasi JPMU, ermm entahlah segan nak cakap. semuanya berlatar belakang sekolah yang hebat-hebat, yang hampir semuanya sudah dididik dengan fikrah masing masing. saya ni? budak sekolah harian biasa yang dicampak dalam aliran KAA makanya adalah sedikit latar belakang bahasa arab tuh.
Oh, usrah? perkataan biasa dengar sejak sekolah dulu cuma, masanya sukehati then lama2 dah takde. Kalau nak dibandingan dengan kawan kawan JPMU yang lain, allahu akbar, kerdilnya diri ini. Tapi, dari situ saya belajar banyak benda. Dari lajnah pengurusan dan protokol, ke lajnah dakwah dan tarbiyyah, ke timbalan s/u. Dari seorang yang tak pernah buat kerja kerja S/U, saya belajar sedikit demi sedikit buat MEMORANDUM, surat mohon itu ini, kertas kerja, menguruskan program program besar, berurusan dengan pihak atasan. aiwah, sangat mencabar. baru tau betapa luluh hati bila tengok kertas kerja kena conteng padahal salah eja je pun. -,-
dan dan dan, paling penting, dari sinilah saya belajar memasak sebenarnya. masak??? iya, boleh memantapkan skill memasak anda tahu? macamana? banyak cara. ex: nanti kena pandai-pandai la take over bila kena buat hidangan untuk penceramah jemputan mahupun hadirin yang hadir ke masjid. dan, haritu kitorang pernah pergi rehlah/jaulah bermalam ke ranchan. memang takde barang memasak tapi kitorang bawa sendiri tong gas, dapur gas etc etc untuk memasak. siapa bawa? muslimin. sapa masak? turn muslimat la of course. hah, dari situlah boleh asah skill dan bakat yang terpendam tu. Best! sebab tau macamana nak masak on the spot. tak rancang lansung menu. g pasar bantai je beli ikan talapia dah tu terpinga pinga nak masak guane ikan ni? haha. menu sebenar ikan sardin je tapi sebab seronok sangat, terasa nak masak something yang adventure sikit. ye,sila gelak. adventure pende. ikan talapia je pung. ok, panjang dah melalut ni. back to topic.
11 Mei 2012, mesyuarat terakhir JPMU. ya Allah hati memang dah sayu cuma malas nak dihirau takut nanti emosi pula. agenda pertama, luahan perasaan setiap ahli. macam biasalah mohon maaf segala kesilapan terima kasih tunjuk ajar semua tu, ajak datang negeri masing dan teruskan usaha dakwah dan tarbiyyah kerana walau siapa pun kita, dimana pun kita, tugas dakwah dan tarbiyyah tak pernah hilang.
when it comes to haziq, ada satu aktiviti yang dijalankan. namanya "wasiat buat teman" . setiap booklet ada nama sahabat JPMU cuma tersorok dan setiap orang yang lain kena tulis pesana buat sahabat JPMU tersebut. buku saya bernombor 13 dan saya tak tau manusia tulis apa dalam buku tu. bila dibahagikan, saya pun baca kesemua wasiat tersebut.
1. Teruskan perjuangan di peringkat yang lebih tinggi. Insya'Allah, Allah sentiasa bersama kita.
2. Tahniah..kerana menjadi timbalan SU yang terbaik. teruskan usaha dalam menegakkan agama islam walau di mana jua anda berada. good luck!!
3. Dirimu dimulakan dengan DA'WAH & TARBIYYAH yang menjadi jalan hidupmu. Jaga kemuliaan itu, Allah akan menjagamu. Keep moving forward! you can make a difference. there r differences only YOU can make.
4. Tingkatkan keimanan.. jaga ibadat.. jaga iman.. jadi muslimah yang baik.. sayanglah kami semua =)
5. Jaga iman, jaga amal, jaga taqwa, jaga diri. semoga berjaya dunia dan akhira. Fii Mardhatillah =)
6. Tahniah T.Su.. Teruskan berjuang untuk Islam.
7. Farahin, terima kasih sebab banyak bantu saya.. mohon halalkan segala ilmu.. semoga diberkati & diredhaiNya..amin..
8. Semoga terus berada dalam dakwah dan tarbiah.. ^_^
9. Senyum sokmo !!! (^_^)
10. Bagus, kerja anti alhamdulillah elok,
cuma
11. Pi Mesir ! Lek lok..Engat kitorang tau ! =)
12. =) Allah bersama kamu !
lepastu, ada sesi kenangan dengan bagi bagi name card JPMU tapi, ingatkan guna kertas kitar semula ja sebab belakang kertas tu ada contengan yang tak difahami. at last, dia kata, cuba cantum semua ikut no. masing2. no. saya 13. then, bila cantum..nak tengok jadi apa ??
 |
| saya punya yang ada huruf HA bulat tu. special. hehe. |
 |
| asas ukhuwwah. masjid asas ukhuwwah. ehh teringat jaulah. |
nak tahu haziq cakap apa masa benda ni dah settle and dah nampak tulisan ALLAH tu?
"ini maksudnya ikatan persahabatan kita atas dasar tauhidullah. kalau tak de salah seorang dari kita, ikatan ini tak lengkap, tak bermakna. dan ingatlah, walau di mana pun kita berada, tegakkanlah kalimah ini. Juga, jangan pernah rasa keseorangan untuk tegakkan kalimah ini kerana, kita masih lagi ada 17 orang lakukan benda yang serupa."
Allahu rabbi!
sedih. terharu. gembira. benar, ikatan "ukhuwwah fillah" itu, bukan sekadar ucapan, tapi lahir dari asas tauhidullah dan fikrah yang sama walau dalam jemaah yang berbeza. Awak ISMA, dia IKRAM, mereka HALUAN, namun, tujuan kita tetap sama. mewujudkan ustaziatul alam. TAKBIR!
pada hari tersebut, diakhiri dengan ucapan pembubaran pengerusi yang sangat beremosi nampaknya dan juga wida' untuk muslimin. dan, jamuan yang disponsor muslimin buat semua sahabat JPMU.
wallahu a'lam