Monday, April 30, 2012

salam 'alaik :)

“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku” tegas Socrates..

Ketinggian himmah dalam menuntut ilmu yang sama seperti seorang yang memerlukan udara disaat kelemasan, itulah penuntut ilmu sebenar yang diberi Allah Ar-Rushd.. Be serious in seeking knowledge, krn ilmu Allah hanya dikurniakan pada yang benar-benar serious!! 
 
-azamhusniqaradhawi-

Wednesday, April 25, 2012

Walau hanya sebutir nasi..

Assalamualaikum :)

Sementara dalam kepala masih ingat tentang cerita syeikh izzudin masa kelas talaqqi haritu tentang Wali Allah,meh sini saya ceritakan sebagai bed-time story ! yeay !~

Ada seorang anak murid Habib Omar, memang "awesome" tahap kewaliannya. Hatinya suci sangat kesan dari amalan ilmu ilmu tasawwuf  sehinggakan, beliau mampu nampak orang orang yang berdosa dengan seburuk-buruk keadaan. for example, kalau orang tu berzina, dia akan nampak muka orang tu seperti khinzir. Apatah lagi dosa dosa yang lain. kerana apa? ya, kerana para wali Allah ini sangat mulia, Allah buka hijab mereka samada mata, telinga mahupun hati sehingga mampu melihat rahsia-rahsia Allah. Memang wujud manusia seperti ini. tapi, tak semua orang mampu bertahan dengan keadaan seperti itu. Anak murid Habib Omar ni ter"siksa" lalu Habib Omar menyuruhnya hisap rokok agar menutup sedikit kewaliannya. ( dalam situasi ini, merokok dikira harus ) bagi menyembunyikan kewalian itu. Setelah itu, barulah dia tidak lagi mampu melihat orang orang yang berdosa.

Maka, wahai cik adik manis penulis, apa kaitannya dengan tajuk ?

Syeikh Izzudin pesan, jangan sesuka hati berdengki dengan orang lain di muka bumi ini. Jangan nak sakiti orang sesuka hati sebab, andai kata kita ter 'menyakiti' para para wali Allah ni, awak tahu apa hukumnya ?

Allah isyhtihar perang bagi sesiapa yang menyakiti para wali-Nya di muka bumi ini.

Begitu juga dengan makanan. Andai kata sebutir nasir jatuh dari pinggan kita ke lantai, maka, tiup dan seandainya tak memudaratkan, sila makan. terdapat berkat pada setiap rezeki Allah..

Itu sahaja. moga beroleh manfaat :)

ASSALAMUALAIKUM !

Saturday, April 21, 2012

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum :)

Subhanallah ^__________^ What a wonderful day!

pukul 7 lebih pagi tadi pergi masjid tabuan dengan Nisa', aten, tasnim, wa. As usual, tasnim setia menjadi driver saya dan dan dan this is my first time ikut kelas talaqqi ! Rasa nak call ibu and tell her how happy, how lucky i am today. Allah sedarkan saya pagi tadi dan takdirkan saya untuk bertemu Ustaz Syed/Syeikh Izzudin . I dont know what his name actually is (jangan tiru perangai macamni. we should KNOW WELL our tuan guru.)This is my first time walaupun dah lama Kak wani ajak cuma biasalah, nama pun student Asasi..busy memanjang

i arrived there around 7.58 and masuk satu ruangan di luar masjid macam tertutup sedikit sesuai untuk pengajian pengajian umum. Suasananya lebih kurang macam gambar kat atas tu. cuma yang beza, muslimin duduk depan dan muslimat bahagian belakang. Dan sudah tentu, lelaki lagi sedikit dari wanita. ehemm. Nature.

Ok, teruskan dengan isi dan ulasan kelas talaqqi tadi. 

FEQAH
MUAMALAT - Pajak Gadai 

saya tak pasti guna kitab apa. Tak sempat nak belek belek kitab kak wani because it's look alike terjemahan tapi still dalam tulisan jawi. alright, straight to the point :

1) Tempat kita letak barang gadai itu mestilah ada orang yang layak menguruskan harta dan bukan pada ahliatu tasarruf [orang yang takde keahlian menguruskan harta]
2) Wasi (pemegang wasiat) yang dilantik oleh pemerintah takde hak gadai harta2 orang (esp. anak yatim / org gila). Tidak boleh terima gadai untuk kedua-duanya. Kerana, takut hutang gadaian itu tidak terbayar, maka nanti akan rosak harta anak yatim itu.
3) kalau dari segi tanah, wasi boleh jual segala hasil2 dalam ladang tu (EX: buah2) dengan syarat, tidak mengurangkan nilai barang amanah.
4) Dari segi kenderaan, wasi boleh gunakan kenderaan tersebut tp, makesure andaikata ada kecacatan yang segaja (dah tahu motorsikal takleh angkut kayu balak,tp still bawa dan motor tu rosak, maka kena ganti)
5) Bab macamni perlu ada saksi untuk elak perbalahan.
6) kalau bukan sebab kecuaian kita sendiri, tak perlu ganti.
7) takleh ambil manfaat barang gadaian melainkan dengan izin.

TASAWWUF
Kitab Al-Hikam karya Ibn Athoillah

MUQADDIMAH
1) terpaksa solat tp niat memang semata mata kerana Allah - dari segi rukunnya sah. dari segi tasawwuf tidak sah. ( tasawwuf - ilmu penyucian hati )
2) Memadai dengan 1 taubat, Allah ampunkan segala dosa. dengan sayarat : taubat nasuha [Imam Nawawi]
3) Menolak kemudaratan lebih diutamakan dari sedikit manfaat yang ada.

TAJUK : Semua Takdir Kejadian Mengandungi Rahmat (farahin, sila terasa)
1) kalau taknak keluarkan zakat (org2 kedekut), jangan cakap " kenapa aku perlu bagi zakat ? Ni harta aku, hasil usaha penat lelah aku, buat apa nak share dengan diorang? " itu namanya kufur nikmat. Na'uzubillah. 
2) semasa pendengaran saya, ustaz ada sebut tentang kufur riddah, kufur millah. nanti nak search apa makna dia. 
3) Ibn Athoillah : barangsiapa yang sangka terlepas nikmat kurnia Allah disebabkan bala ujian, itu adalah disebabkan kurangnya iman / mata hati tak dapat lihat (buta) tentang rahmat Allah.
4) Jangan tuduh macam macam kat Allah bila Dia takdir sesuatu kat kita. Bahkan, ucaplah "segala puji bagi Allah atas setiap takdirnya ke atas ku"
5) syukur, bukan hanya dengan mulut. perbuatan pun sama.
6) Ada hikmah ke, takde hikmah ke sesuatu benda yang terjadi tu, bukan urusan makhluk.
7) Yakin, apa pun takdir, ada hikmahnya. (sangka baik dengan Allah) . belajar untuk tidak sedih dengan takdir buruk Allah
8) kerana, setiap ujian yang diberi, Allah angkat darjat .
9) SIAPA SIAPA YANG BERKEINGINAN UNTUK MEMBELI IPAD TU / YANG DAH SEDIA ADA IPAD : berapa ramai yang sihat dengan iPad awak tu? berapa ramai yang tak sesat dengan adanya iPad tu? jangan jadi hamba kepada teknologi. (farahin, sila terasa lagi)
10) "jangan kamu khuatirkan perjalanan itu, yg sepatutnya dibimbangkan ialah penguasaan hawa nafsu ke atas kamu " (au kama qaal) 
11) it means, kalau dah buat keputusan utk kawin contohnya, tak payah nak pk berapa lama agak2 aku tahan dengan dia. Bila kamu dah buat keputusan, berazam, tawakkal!. jalan je..!
12) Nafsu boleh ditambat dengan ilmu & sifat sifat mahmudah. so, kalau dah tau, cari benteng.
13) Kalau buat kebaikan, jangan merasa terlalu berjasa.
14) Ada seorang anak murid Habib Umar-tahap wali sangat tinggi hingga boleh nampak orang2 yang berdosa..contohnya, org yang berzina, dia nampak muka org tu macam khinzir. yang tu, dia suruh hisap rokok untuk menutup kewalian. (nanti ada masa saya cerita dalam post akan datang)
15) Sape yang menyakiti wali2 Allah, (penyimpan rahsia & amanah Allah), Allah isytihar perang.
16) sebabtu, jangan hasad dengki, buruk sangka dengan makhluk Allah..kita tak tau kalau2 kita ada menyakiti wali2 Allah ni
17) Penyucian keyakinan. Cari !
18) jangan persoalkan cepat / lambat. Kena beradab dengan Allah bila berdoa. Akan tetapi, desaklah dirimu untuk cepat laksanakan tuntutan Allah.

I think that's all. Sesi soal jawab nanti saya tulis untuk next post. semoga bermanfaat. Salam 'alaik :)

Thursday, April 19, 2012

Kenapa Allah bagi kita buat dosa?

Allah lebih suka orang yang berbuat dosa kembali padaNya untuk bertaubat, berbanding dengan orang yang lansung tidak berbuat dosa. 

BUKAN BERMAKNA KITA KENA BUAT DOSA BANYAK-BANYAK. 

Allah suka hamba yang taat dan patuh. On the same time, takde manusia yang sempurna. Maka kasih sayangnya bertambah pada hamba yang sedaya upaya untuk taat, tapi kadangkala tergelincir juga. Inilah golongan yang bangkit semula..

Hanya mereka yang pernah berdosa dapat merasakan betapa NIKMATNYA TAUBAT ITU. Hanya mereka yang pernah melakukan noda, akan menghargai betapa kasihnya Allah padanya usai dia memohon keampunan dariNya. Ketahuilah, ketika itu sahajalah dosa menjadi sesuatu yang indah..

So, kita diberi pilihan untuk berbuat dosa semata mata supaya kita boleh menyesali keingkaran kita itu dan kemudian kembali padaNya. Dan sebenarnya Allah lebih sayang pada mereka yang sedaya upaya untuk taat dan patuh padaNya..

Once again, kita hanyalah manusia yang tidak ma'sum seperti Nabi. Kadangkala tersilap langkah. Namun, segeralah bertaubat andai sedar akan dosa itu. Malaikat maut datang tak tunggu kita dah bertaubat ke belum.

~ tazkirah Ustaz Asyrof ~
~ masjid UNIMAS ~
~ 18 / 4 / 2012 ~

Tuesday, April 17, 2012

Whatever i wrote here, it reflects myself

makanya adalah sangat menakutkan jika saya perkatakan tetapi saya tidak buat.

tapi, saya bukan menulis untuk siapa-siapa. saya menulis sebagai peringatan buat diri. Yet, just like what I always say, it revealed to myself. Not to correct others. Sekali saya cakap untuk kalian, beribu kali peringatan tu buat saya dahulu. Oleh sebab itu, saya berasa kurang senang untuk menasihati orang MELAINKAN sekadar berkongsi ilmu dan bercerita. got it? I dont even like to say ANYTHING when u ask me to give an advice.

adakah kelihatan seperti seorang yang tak bermanfaat kalau kita tak mampu beri nasihat pada orang lain ?

I think NO. NEVER. sebab, kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan. percayalah. Syaitan akan membisikkan was-was. so, apa yang boleh saya bantu? hanyalah dengan sedikit kata-kata semangat atau cerita yang lebih kurang macamtu. well, someone close enough with me knows me well and how much i love to make a story telling. -_____- . Semoga Allah juga sentiasa memperingatkan saya dan membuatkan saya lebih bersemangat. Aminnn ya rabb =]

Jangan malu untuk berkata "tak tahu" 

Sebab, itu adalah suatu permulaan yang baik untuk kita tambah ilmu disebabkan tak tahu. Nampak macam tak pandai rupanya dia ni. Asalkan kita tak memandai mandai nak keluarkan hukum / fatwa. Biar nampak tak berapa nak pandai pada pandangan makhluk. Sebab lasttttt sekali nanti kita akan berdiri berhadapan dengan Dia, bukan makhluk tersebut.

" kalau 'jalan kerja' kamu ni senang tanpa ada mehnah/tribulasi, there might be something problem with your 'jalan kerja'. Remember that ! "

[semestinya ayat tersebut telah saya edit sedikit atas sebab ingatan yg kureeng peka]

cukuplah buat harini. Ini semua hasil tazkirah mr. english saya tadi. Tamat kelas english pergi jumpa dia and ask for something actually. Tiba tiba masuk bab ini. Alhamdulillah. masih ada lagi manusia macamni di sini.

Friday, April 13, 2012

Ana Kheir minhu !

ini merupakan post pantas lagi menyentap zassss zassss zaassss . Eh hangit .


Pernah sekali kitorang menuju untuk solat asar, tiba-tiba kawan aku ni buat lawak 'zaman jahiliyah',

Perlu ke nak solat ni? Kalau aku nak tinggalkan takpe ke?

     Aku pun melayan 'lawak jahiliyahnya',


Setiap hari solat 5 waktu tak pernah tinggal. Pahala mesti dah bertimbun-timbun. Kalau tinggal solat asar kali ni, dosa dia taklah sebanyak pahala solat-solat fardhu kita yang sebelum ni. Jom la balik. Gi tidur petang lagi bagus
.

       Heh. Aku tau. Mengundang gila jawapan ni walaupun bernada lawak. Kemudian mamat tu balas seolah-olah seperti baru dapat hidayah,

 
Ish ish ish kau ni. Iblis dulu kuat beribadah, hanya kerana sekali tu je tak sujud, terus Allah sesatkan dia sampai sekarang. Berapa banyak pulak sujud yang kau tak buat kalau tinggalkan solat asar?

     Zasss. Tak tau nak balas apa dah. Haha. Well, this is sooooo true. Bayangkan seorang ustaz, alim ulama', muslim scholars, murabbi@naqib, presiden ngo islam etc., yang kuat beribadah dan kita tau dia ni memang orang kata tahap wali dah, sama sahaja mereka ini seperti iblis (pada pandangan makhluq) suatu ketika dahulu, tetapi hanya kerana satu sujud, terus Allah sesatkan iblis sampai hari kiamat. Apa masalah dia?
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ ۖ أَسْتَكْبَرْ‌تَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِي

Allah berfirman: "Hai iblis,
apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?"


قَالَ أَنَا خَيْرٌ‌ مِّنْهُ ۖ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ‌ وَخَلَقْتَهُ مِن طِين


Iblis berkata: "
Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah".

[Sad (38): 75-76]

     Penyakit ana khoirun minhu  (aku lebih baik daripadanya). Atau bahasa yang lebih mudah,



E.G.O 





andai ianya mudah...

Kalau lah penghijrahan itu mudah dan singkat, pasti ramai yang menjadi baik dan istiqamah..

Namun, hakikatnya bukan begitu..

Untuk merubah diri dan meninggalkan maksiat yang sudah benar-benar sebati dalam jiwa memerlukan jihad yang tersangat hebat..

Ketahuilah, penghijrahan itu panjang, payah dan penuh dugaan, kerana Allah mahu memberikan sesuatu yang sangat mahal..

Mohonlah kekuatan daripada Allah, yakinlah, Allah akan menguatkan kita dengan kekuatan yang kita tidak sangka-sangka..

Allah memilih hambaNya yang ikhlas, untuk diberi redha dan syurgaNya..

Maka, apalah sangat kesusahan yang diberikan berbanding hadiah yang telah dijanjikan oleh Allah?

Thursday, April 12, 2012

Hati.Heart.Qalb.

Salam 'Alaik :)

When it comes to 'soal hati' macam2 anda boleh tafsir. But, one thing I can say ;

selalu berdoa agar Allah bersihkan dan sihatkan hati kita
Sebab, soal hati ni, antara kita dan Allah je yg tahu. manusia lain kita boleh bagitau but, tak 100% kan. Whatever you say, whatever you feel, whatever data yg anda nak process, bergantung pada hati. Tapi, kalau hati kita 'sakit' , nak ubat guane ? 
saya tahu ! (dah tau amalkan ye penulis)
penulis dah cakap maka penulis kena buat
hemm, dulu saya tak faham kenapa ada hadis tentang hati tu. ala yang mula dengan 

" innal halaalan baiyyinun " 

ingat lagi sik? kalau tak ingat, guna la khidmat syeikh google ni. herm, jadi, bila dah melalui fasa ujian ini, maka saya baru faham apa maksud hadis tersebut. 

Sejujurnya fizikal saya akan lemah keseluruhannya bila : SAYA MENGALAMI "SAKIT HATI"

padahal, hati tu yang kering sebenarnya, tapi, effect sampai luar dan segalanya. Jadi, pakat-pakatlah ambil ubat hati ini agar hati kita sentiasa juga dijaga rapi. 

Oh ya, lagisatu, teringat kata-kata seorang sahabat :

" kalau kita letak hati kita pada manusia, manusia tu akan hancurkan macam hempas gelas. Tapi, kalau kita LETAK HATI PADA ALLAH, Insya'Allah Dia akan jaga dan takkan pernah kecewa. "

maksud sahabat saya ni ialah , bila kita letak harapan kita pada manusia, manusia akan hancurkan harapan kita. Percayalah. Tapi, kalau harapan kita, hati kita hanya letak pada Allah, kita sekali-kali takkan pernah kecewa. Sebab kita tahu tu ujian Allah, jadi kita redha. Contohnya macam kita harap sangat kawan kita bagi kerjasama dalam program yang kita buat akan datang ni, tapi, dia busy, so dia tak dapat penuhi harapan kita. Manusia yang normal akan terdetik rasa kecewa. Tapi, kalau masa tu iman kita alhamdulillah, kita takkan kecewa dengan sikap dia yang macamtu. Guane nak cakap eh ? senang citer kalau hati tu pada Allah je dalam setiap perkara, even terjadi benda buruk pun, kita masih nampak kebaikannnya. 

Hikmah itu ibarat barang orang beriman yang tercicir. sapa jumpa, jangan lupa untuk kutip ! :)

Setiap yg beriman tu, apa pun yang berlaku padanya, Dia akan tetap tenang. got it ? I talk to myself. please.

Nampak tak betapa sukarnya nak jaga hati. Sekarang saya tahu bahawa benda paling sukar kita nak control ialah 

HATI 
allahumma ya muqallibal qulub,
Tsabbit qalbi 'ala deenik,
Wa 'ala tho'atik,
Wa 'ala fii sabiili da'watik.
aminnn ya rabb 

Monday, April 2, 2012

peluang dan ruang

Saya terlalu penat berlawan dengan diri sendiri.
Melawan diri untuk awak dan kalian
agar ukhuwwah ini tetap utuh


tapi, 
harus saya akui bahawa saya tidak kuat
untuk terus dalam keadaan ini
maafkan saya andai ada yang terluka
diri ini ingin mencicip luka sendiri terlebih dahulu
yang kelihatannya kian parah, kian dalam


bukan untuk tidak terus bersama
tapi, ingin memberi ruang seluas-luasnya
buat hati yang punya urusan dengan pemilikNya
yang saya lebih yakin urusannya lebih sulit dan perlukan masa


saya tidak minta untuk dimengerti, tetapi 
meminta untuk diberi ruang dan peluang untuk bersendiri
agar diri,hati dan iman dapat melalui terapi
yang kiranya hanya saya yang mampu mengerti


-11.15 p.m-
- room sweet room-