Thursday, August 28, 2014

Raya tahun lepas

" Raya tahun depan balik lagi tak? "

" Taknak balik. Nak rasa raya kat 'sana' pulak. Kalau balik pun lagi beberapa hari nak raya (konon) nak raya dengan kawan "

" laaa kenapa pulak taknak balik? Kan ibu ayah ada kat sini. Awak ada mak ayah lagi, buat apa nak raya dengan kawann " kata nenek sedara sambil merah mata

Ibu diam kat sebelah.

-------

Tersentap.

Lain kali mulut tu, buka bila perlu je. Kadang² kita memang cakap jujur tapi dah lukakan hati orang tanpa sedar.

Sebelum buka mulut, fikir dulu :

Kalau aku cakap lebih baik ke, diam lebih baik. Faham?

p/s : Memang kekadang nak rasa 'adventure' raya di perantauan tapi, kenangkan hati orang tua. Mak ayah mungkin faham tapi Atuk? Nenek? Selami jiwa warga emas.

Sekian.

Friday, August 15, 2014

Tahniah adik² sekelas.

بارك الله لكم وجمع بينكم في خير. بالرفاه والبنين إن شاء الله

Buat kakak (ehem) dan rakan² sebaya, kita cool je kan lepaskan adik² dulu? Bak kata sufi, kita biarkan adik² naik takhta dulu. Haha

Anyway, semoga dipermudahkan urusan mereka semua dan semoga rumah tangga yang dibina dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah.

p/s : Dah bertambah 'madame' dalam kelas. Yang kita ni? Krik krik krik. Haha

Sunday, August 10, 2014

Peluang kedua.

Kita selalu lupa tentang peluang kedua. Peluang kedua yang macamana?

Kita tengok orang yang tak tutup aurat, kita nasihat dia tapi dia masih tak berubah dengan perangai lama. Bak kata orang, dah berbuih mulut menasihat, tak berubah juga.

Macamnilah.

Sekarang kita cuba singkap masa lalu kita sikit. Masa kita belum 'berubah' macam sekarang. Masa kita dalam kejahilan dulu. Tapi kalau takde zaman 'jahiliyyah' , Alhamdulillah lah.

Contohnya : Dulu masa tak kenal apa itu tarbiah (dan yang sama maksud dengannya), kita ni pemarah orangnya. Tapi sekarang dah sopan santun, toleransi, peramah lagi tuu. Kalau bukan kerana orang² sekeliling yang bersabar, beri nasihat, maafkan kita, rasa²nya kita jadi macam sekarang tak? Kalau bukan sebab Allah dan manusia beri peluang dan masa untuk berubah, bagaimana agaknya kita?

Beri peluang kedua pada manusia dan diri kita. Konon dah ikut tarbiah, usrah, (dan yang sama waktu dengannya) ingat, kita belum cukup sempurna. Masih ada lagi cacat cela. Kalau bukan cela dari sisi aurat, mungkin dari segi perangai angkuh, riak, sombong. Kita memang selalu buta bila lihat kesalahan sendiri.

p/s : Tapi risau juga dengan peluang yang belum tentu sampai. Lets? ;)

Friday, August 8, 2014

" Ingat farahin, awak tak boleh makan ...... "

Aku tak minta simpati masyarakat dengan post ni, hanya nak cerita pengalaman.

Pertama : kesedaran kenapa kau perlu pantang

Kedua : beri peluang pada diri untuk ambil masa

Ketiga : beri ganjaran pada diri sendiri

**Pertama : kesedaran**
Kalau kau buat tanpa kesedaran kenapa perlunya kau dengar cakap doktor, baik hentikan. Bila kau dah tahu kenapa kau tak boleh ambil itu ini, kau akan yakin dengan apa yang kau buat.

**Kedua : ambil masa**
Seperti kau nak ubah perangai, begitu juga nak ubah tabiat makan. Mana boleh buat sekali harung, stress! Dan paling teruk, takkan kekal lama.

**Ketiga : beri ganjaran**
Aku pernah cuba control makanan selama seminggu, kalau berjaya tak langgar pantang, hujung minggu aku hadiahkan diri sendiri makanan favourite yang dah lama mengidam.

Pantang aku ni bukan disebabkan bersalin 44 hari tapi yang taktahu kesudahannya bila. Jadi, ambil masa, beri peluang pada diri sendiri untuk hidup dengan tabiat pemakanan yang lebih sihat! Hooyeah! 

Aku tak kata pantang itu stress. Ini bergantung macamana kau interpretasi arahan doktor. Sekian

Monday, August 4, 2014

Buang segala yang membebankan. Cukup tinggal hanya CintaNya.