Most surely in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day there are signs for men who understand (3:190)
Friday, August 30, 2013
Egypt Review # 1
Alhamdulillah keadaan makin stabil dan selera makan pun dah semakin baik, baik dan baik :D Sekurang kurangnya takdelah merisaukan mereka berdua. Oh ya, yang dimaksudkan tentulah ibuayah buah hati pengarang jantung, ewahh.
Mengulas isu yang agak sensitif 'Kenapa nak sangat balik Mesir tu. Sambung kat sini tak boleh ke?'
Ramai yang tanya soalan sentap sebegini. Mari sini saya ceritakan kepada kamu. (inhaleee exhaleee)
Saya sukakan keadaan suatu kaum yang mementingkan ilmu meski wajah berkedut dimamah usia.
Saya rindukan alunan al-quran di mana mana hatta tengah shopping di Suq Khan el-Khalili
Saya tagih doa dan salam yang muncul dari mulut mereka walau tidak pernah beramah mesra
Saya mahu belajar bahasa dari orang yang 'mother tongue'nya begitu dan persekitaran yang membantu
Saya igin merasai suatu budaya dan panorama sebuah negara yang disebut dalam al-Quran
meskipun cuaca berbeza membuatkan kadang2 sakit
meskipun perangai orang arab yang kasar dan tak tepati janji
meskipun tanahnya berdebu berpasir
meskipun setiap kali keluar rasa takut2 je dengan ancaman manusia/haiwan
meskipun sifat sabar yang Allah uji melebihi aras kesabaran biasa
Tengok. Cantik kan aturan Allah. Kita ni kalau nak dapat sesuatu yang baik, bukannya mudah. Kita boleh rasa suasana Islam kat sana tapi Allah uji juga certain part. Walaupun begitu, semua yang bertandang pasti jatuh hati padanya. Egypt Egypt. Kuasa apa yang kau guna hingga memukau hampir setiap daripada kami ?
Baru setahun. Kalau dengar cerita sahabat-sahabat yang dah bertahun-tahun berkelana tentu lagi panjang kisahnya.
Kalau masa awal-awal datang tu, biaselah kalau kena tipu, kena tinggal tepi jalan, kena pow duit. Normal. Ade je musibah bertandang - sinonim dengan istilah musibah, sabar, redha. Kalau bangun pagi tu siap dah terfikir, 'apelah benda yang nak jadi harini '.. punyelah risau. Dan ingat, eventhough Allah tak uji kita, kadang-kadang ujian yang berlaku kat salah seorang sahabat kita pun sebagai tempias ujian buat kita. Allah nak tengok apa agaknya tindakan kita.
Antara yang paling berharga selama kat sana tentunya kalam doktur/dokturah/ustaz(professor). oh ya, kalau kat sana gelaran 'Ustaz' yang di hadapan nama lecturer ni bermaksud Professor. Ya, di sini terdapat perbezaan. Kalau masa di sarawak dulu, yang ajar asasi semuanya leturer lepasan degree. Tapi bukan di asasi al-azhar. Lecturer semuanya diambil yang berkelulusan tinggi dan tak semua lecturer adalah leturer Uni Al-Azhar. So, kat sini boleh nampak betapa ramainya orang arab ni yang berilmu tinggi. Sampaikan budak Asasi pun Prof yang ajar dan terlalu banyak orang yang berilmu tinggi sehinggakan yang bawa teksi tu pun golongan2 terpelajar (jurutera, lecturer) jadikan bawa teksi sebagai part time. Berlambak kilauan permata di sini kann :")
Antara lecturer kami Sem 1 : Dr. Saady, Dr. Aiman, Dr. Abdul wahab, Dr. Esom Farouq, Dr. Rehab Zanaty, Dr. Fateema Hendawy, Dr. Zainab Abu Najaa, Dr. I'timad, Dr. Ahmad Qadi, Ustaz Dr. Abdul Hadi Marzuq.
Sem 2 : (Dr Aiman X Dr. 'Alaa Ganeb) (Dr. Abdul Wahab X Dr. Abdul Hakam) ada pertukaran lecturer.
Apa yang bestnya nasihat mereka ni? I'll write about it later. Sekarang dah penat. Latest update Al-Azhar tak tangguh kuliah. start pengajian seperti yang dijadualkan (21/9) .
Assalamualaikum ^^,
Sunday, August 18, 2013
Alhamdulillah
Alhamdulillah atas nikmat sihat yang Allah pinjamkan lagi. Kadang² tak sedar pun betapaa nikmatnya sihat ni sehinggalah kita sakit kan.
Banyak kesalahan yang perlu dimuhasabah, banyak amalan yang perlu digandakan
Saat merasa nyawa hampir di kerongkong, Allah³. Perit rupanya.
Macamna agaknya sakaratul maut nanti.
Walau apa pun, mohon segalanya pada Dia. Yakin, Dia akan kabulkan. Jangan sombong! Kalau tak di sini, mungkin Dia ganti sebagai ganjaran di sana kelak.
What a precious moment. Allah lihatkan sakit tu sebagai satu pengajaran. Betapa banyaknya nikmat Dia yang manusia kufurkan dan jelas, pengorbanan ibubapa yang tiada galang ganti.
Dan rasa sangat hormat pada mereka yang sakit tapi masih mampu sembunyikan kesakitan dengan wajah yang ceria. Apa agaknya yang mereka titip dalam hati?
Hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa ditangisi.
- natijah dah keluar hujung ramadhan haritu. Alhamdulillah³! Hadiah buat ayahibu.
Friday, August 16, 2013
Semakin hari semakin hampir
Tidak dicepatkan mahu dilambatkan walau sesaat
Bekalan apa yang dibawa
Bagaimana agaknya pengakhirannya
Saat itu pasti
Tiada jalan lain untuk bertemuNya
Melainkan melalui jalan ini
Detik itu akan tiba
Pasti
Cukuplah zikrulmaut itu sebagai penghapus kelazatan dunia.
يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة!