Thursday, March 28, 2013

biar depan manusia tampak kuat seolah tak terkesan dengan fitnah dunia.
tampak heartless kerana tak sama menangisi kesulitan yang bertimpa.
tampak terlalu berani bersendirian mencari secebis ilmu seolah tak takut kejahatan manusia.

cukuplah ALLAH tempat mengadu.
cukuplah ALLAH menyaksikan tumpahnya air mata.
cukuplah ALLAH sebaik-baik penjaga.

cukuplah segala galanya dengan DIA.

Bukan Dia tak tahu apa yang awak rasa. Bukan Dia sengaja uji awak sedemikian rupa.

tapi tanpa sedar, saat keseorangan itulah pergantungan dengan Dia semakin mantap.

bukan tak usaha. sudah. tapi, inilah saat untuk merasakan ALLAH lebih berhak ke atas kita.

bukan tak takut. cuba sebut mana perempuan yang berani bersendirian begitu. tiada. perasaan takut walaupun sekelumit tetap ada.

pernah mengerti apa yang terjadi sebelum menunding jari?

belajar untuk fahami situasi sebelum menjustifikasi.

ku mohon!

Wednesday, March 6, 2013

alhamdulillah. masuk bulan yang ke 5 setengah. Taktau nak khabarkan bagaimana keadaan di sini. memang seringkali harus mengaplikasi konsep musibah sabar redha. lebih2 lagi dengan manusia di sini. insya'allah bila balik malaysia nanti dah reti bersyukur dan pandai aplikasi ikhtiar hidup pulak. well cantik kan aturan yang Dia create. Hikmah itu di mana mana selagi kita berfikir dan cuba memahami aturanNya.

Last saturday saya jumpa ustaz engku omar untuk settlekan urusan ngaji dan ustaz terus tanya nanti nak khatam dengan syeikh apa.

"syeikh jamal boleh tak ustaz?"

"minta maafla. syeikh jamal tak boleh. saya hantar dia ke malaysia. petang esok pukul 5 flight dia."

ya. ujian untuk saya.

syeikh jamal merupakan syeikh yang paling banyak jam kredit dengan saya. beliau tak garang, suka buat soal jawab tajwid dan suka tanya pasal malaysia. memang syeikh yang superb walaupun agak syadid dalam hukum tajwid. orang syadid memang selalunya superb kan? 

entah. tiba tiba air mata laju je mengalir masa balik rumah. kenapa tak perasan lansung yang sebenarnya dia banyak tanya pasal malaysia sebab nak pindah malaysia? sedih. sebab dia pernah offer untuk khatam dengan dia dalam masa terdekat tapi tengah busy jadi saya konklusikan sebagai bukan rezeki saya untuk khatam dengan syeikh jamal. he is too kind. like a father. dan lebih sayu bila teringat: 

" haaza hukmu eh?"
" assifr mustadiir. hazf waslan wa waqfan"
" enti kuwaiss giddan. man ta'allamuki haaza?"
" syeikh jamal"
" ud'u hu"
"allahu yubaarik fiihi"
" fi yaumil qiamah, allah sa yas'al 'an haaza. ud'u lii" 
" insya'allah"

ya. kalau teringat memang mengalir air mata. bukan sekadar untuk dapatkan sanad tapi beliau seorang pendidik. berapa banyak dia record suara supaya diri ini ulang ulang dengar dan berlatih sebut huruf qalqalah tafkhim dan tarkiq. tebal nipis kena jaga ya farahin. 

allah ambil syeikh jamal sebelum saya sempat khatam dengan dia. tapi bersyukur sebab pernah diberi peluang belajar dengan orang yang hebat macam beliau. 

thats enough. semoga allah memberkati dan merahmati semua insan yang bergelar gurudan pendidik