Tuesday, August 30, 2011

Ya Allah dakaplah hatinya agar dia tidak pernah rasa ingin meninggalkanMu 
walaupun dia ditinggalkan sekalian makhluk . 
Kau bersihkan hatinya walaupun disekelilingnya dipenuhi coretan hitam maksiat . 
Kau sertailah langkahnya agar dia dituntun ke jalanMu
walaupun hidupnya ditaburi duri2 yang menyakitkan . 
Peliharalah dirinya sebaik mungkin kerana engkaulah sebaik baik Pemelihara . 

dalam banyak banyak mesej hari raya yang aku terima , yang ini paling meruntun hati . terima kasih atas doamu sahabat . kelak diri ini juga sentiasa mendoakan kalian semua . amin ya Rabb :) 

harini hari raya kedua . 2 Syawal 1432H bersamaan 31 Agustus 2011 . syukur alhamdulillah masih diberikan oxygen free. Bila kenangkan tutorial yang tak siap lagi rasa takmau balik UNIMAS tapi apakan daya hari hari terus berlalu dan time doesnt wait . so get moving . 

Biah . apa biah tu ? bukan rabiah adawiyah . Biah bermaksud persekitaran atau mungkin kita biasa dengar / baca term " biah solehah " yang bermksud persekitaran yang solehah @ baik .. sejujurnya aku katakan , biah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi sesorang . any objection ? terpulang kerana ini adalah opini aku dan disokong dengan pemerhatian sepanjang tumbesaran .

mungkin terlalu awal untuk aku katakan bahawa persekitaran di Unimas meransang perubahan ramai makhluk. tapi setelah hampir 3 bulan aku di sana , aku dapat rasa benda yang aku tak rasa sebelum ini sama ada ukhuwwah mahupun tarbiyah . secara logik, jika hati sesorang tidak pernah disentuh dengan tarbiyah , memang tidak teringin untuk ambil tahu apa itu islah , apa itu ustaziatul alam , apa itu ghazwul fikri . Bila dah ikut tarbiyah itu barulah kita sedar banyaknya yang salah selama ini . adat yang bercanggah dengan syariat tak usah cerita , lambakan jarum suntik musuh kita , pemikiran yang didoktrinkan dengan segala yang bertentangan . Banyak !

yang menjadi masalah ialah jemaah mana yang kita pilih . sebenarnya tidak salah untuk memilih mana mana jemaah asalkan bertepatan dengan garisan syariat dan tidak melanggar hukumNya . cuma , ingin saya katakan di sini bahawa janganlah kerana perpecahan mana mana jemaah dunia mahupun jemaah yang khusus dek idea yang berbeza atau ketidakpuashatian terhadap pemerintah , umat Islam berpecah . usah terlalu fokus kepada perbezaan kita andai itu boleh mencarik isi isi kesatuan ummah . kita ingin memperjuangkan agama Allah bukan memperjuangkan nama nama jemaah . lalu , fokuskan kepada musuh utama kita iaitu musuh musuh islam .

itu yang ingin aku fokuskan . 

perkara sampingan tentang biah ; aku tahu semua orang sedang dan memang patut memperjuangkan yang Hak dan menolak yang Batil . Persekitaran di universiti alhamdulillah dipenuhi dengan manusia manusia yang memperjuangkan yang Hak iaitu "no couple before akad.Nikah connecting people" . menurut kebanyakan senior degree , mereka berkahwin pada 2nd or 3rd year degree . memang aku respect kerana yela , benda baik . cuma yang cukup merunsingkan aku ialah , biah tersebut mampu mempengaruhi aku . lagi lagi bila di Facebook golongan2 yang sangat peka kepada masalah remaja dan mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi @ golongan alim-berilmu tentang islamic studies ni sering memberikan kata kata seperti 







 seterusnya , ini yang berlaku pada wall asasi






errr , no comment at all .



Saturday, August 27, 2011

the first and last


insyaAllah tahun ni memang last melalui Ramadhan sebagai student PPPUniMas..

majlis khatam Quran 18.8.11

W0010/3

yang atas ni pula gambar groupmates aku seramai 114 semuanya . ramai kannn . tapi yang aku sangat respect mereka ialah  masing masing mampu mengawal diri daripada menjadi hyper eventhough ketika lecture . hyper in other means is " dah la tak faham lecture tapi bising " .. Alhamdulillah and the most impressible thing is dah berapa kali quizzes and tests , W0010/3 always lead among other 'hayat-ians' . semoga kekal istiqamah dengan result macamtu dan terus mengharumkan nama hayat 3 . mereka semua sangat sangat pandai . a few of us are JPA holders . no doubt lah kannn :)




selamat menghabiskan baki 2 hari ini dengan benda yang bermanfaat dan berfaedah . hoho ~












Thursday, August 18, 2011

pengasih

aku baru dapat ilmu pengasih . caranya begini ;

hadiahkan bacaan kau kepada ROH si dia dengan tujuan melembutkan hati beliau . 


surah Tahaa ayat 1-7 . 


*kita kena ingat , yang pegang hati manusia adalah Dia . kalau kita nak minta apa apa dari seseorang pun , lebih baik berdoa kepada Dia supaya lembutkan hati beliau . Allah yang pegang hati manusia kerana itu ciptaan Dia. 


wallahu a'lam . 


pesanan penaja


Wednesday, August 17, 2011

Allah Maha Penyayang .

tadi masa nak pergi masjid aku nampak dia dengan dia . aku terkedu .


Alfu syukran ya Rabbi . kau tunjukkan aku perkara sebenar . 


Aku hanya menjaga untuk yang berterusan menjaga . Ya Haafiz . Maha Menjaga .


selagi kau tak sampai tahap itu , kau takkan rasa manisnya kurma . ibarat orang yang tak puasa , diberi sebiji kurma semasa iftar , terasa nikmat tak ? tak . sebab kau dah makan nasi ayam penyet , teh c special bersama manok lantas dimanakah terletak kemanisan kurma itu ? kalau kau puasa dengan sebenar benar puasa


aku mula menyedari kepalsuan yang hakiki . ouchh pedih . tapi kepedihan dunia itu tak sepedih kepedihan akhirat .



headshot

tadi exam biology 50 MCQ 5 essays 2 1/2 hours . dewan santapan . (exam hall bukan bersantap ye)


aku nampak mr. ridhwan usha jawapan aku . eh , bila masa dia jadi invigilator exam hall aku ? ye , dia nak usha kesalahan aku .

mr. ridhwan : eh , no. satu dah salah .


mek cuak gilak . soalan no.1 MCQ ke no.1 essay yang mek salah buat . aduhhh -.- mr. ridhwan , jangan tegur bha lain kali . !


pening kepala nak betulkan yang mana satu last-last tukar jawapan MCQ . sebab aku memang tak baca pasal bapa bapa biology . tajuk tu bosan . dah tu nak tukar jawapan mende ? tak tau mane yang betul . ye , kita gunakan kemahiran menembak disitu . penat menembak aku harini .


keluar dewan :



aku : jawapan no. 1 apa ?

aina : D - galen yang discover function of kidney using an ape .


SEINFINITI KESYUKURAN DIPANJATKAN KEHADRAT ILAHI



mr. ridhwan , terima kasih . hehe :) 

v('',)v


Sunday, August 14, 2011

aduh

dah masuk fasa kedua . G2 . fasa DNA condensed bagi melihatkan chromatid dgn lebih jelas setelah replicate








dah masuk fasa kedua . maghfirah . fasa dimana jelas kelihatan siapa diri kau setelah syaitan diikat dan hanya ada engkau dengan nafsu berperang . kalau berjaya , thawab kau replicate berganda ganda . 






1st time buat analogi sendiri sebelum ini memang giat memplagiat .

ucap tahniah sikit :) 


Monday, August 8, 2011

bangun

aku sedar ilmu aku dari dulu memang tak sampai setitik air pun . lagi lagi bab agama .


Aku terasa geram bila ada orang cuba ubah hukum yang pada dasarnya telah termaktub dalam Al-quran . Rasa perlu dicantas hujah kau , nak potong apa kau cakap . emosi


tapi bila aku nak cantas apa kau cakap , aku sendiri tak hafal matan hadis tersebut malah aku tak ingat taraf hadis tersebut sebaliknya hanya ingat terjemahannya . kau rasa akan kukuh ke hujjah kau farahin ?


Allah , bantu hambaMu yang lemah , dhaif lagi hina ini . Berikan aku cara yang lembut untuk menawan hati mereka .





Bila terasa diri diuji , baru sedar nak kutip balik ilmu zaman sekolah menengah , al-quran sunnah , syariah . hafal ayat-ayat quran . hafal matan hadis sebaik mungkin .




Terima kasih Allah uji aku dengan perkara sebegini . disebalik itu , aku merasakan bahawa kau menyuruh aku mencari ilmu agama walau aku tercampak di sebuah universiti yang memang takde lansung subjek agama . semoga ini menjadi tarbiyah di Bulan Ramadhan . 


Sunday, August 7, 2011

" NIAT TAK MENGHALALKAN CARA "

please note that .



kalau taknak kena fitnah , jangan menyumbang ke arah fitnah .



tahniah kepada kalian yang menyahut seruan untuk menjaga aurat di bulan Ramadhan . semoga berterusan . aminn Ya robb :)





i love you for the sake of Allah !

The Prophet (peace be upon him) said: “If someone loves his brother, then he should tell him.” [Sunan al-Tirmidhî]

Once when the Prophet (peace be upon him) was with someone, a man passed by and said: “O Messenger of Allah, I love that person.”

The Prophet (peace be upon him) asked: “Have you told him?”

He replied: “No.”

The Prophet (peace be upon him) said: “Then do so.”

So the man went to the other and said: “I love you for the sake of Allah.”

The other replied: “May He love you for whose sake you love me.” [Sunan Abî Dâwûd]

Tuesday, August 2, 2011

mr. deedat lecturer maths saya :)

klik untuk tumbesaran berganda








bukan sahaja students malah lecturer turut belajar memahami . arigato !