Sunday, January 30, 2011

safe them ya Allah ;

Assalamualaikum ~~

20 : 21 p.m. sunday . 30th Jan 2011
fon berbunyi . ada message . oh iman syamilla . read .

" salam paen,tgk berita x ?? kwn2 mesir kau pe cte ? "
maafkan saya iman sebab tk reply message tu . lagipun saya taktahu keadaan mereka bgaimana memandangkan internet connection di turn off . bukan sahaja internet malah segala phone connection disekat . rasanya mereka selamat kot . InsyaAllah . ayat nak sedapkan hati konon - konon tak de pape berlaku . tenang .
.
.
.
.
.


21 : 14 p.m. sunday . 30th jan 2011
fon berbunyi . ada message . nad_nenek . read

" slm'alaikum.doakan shbt2 kta d mesir,(esp student msia d sana ) . 
penduduk di sana akn buat demonstrasi besar2an ,
lbh 1 juta mnusia akn trn ke tahrir square di cairo
(dan jg ngri2 lain) utk mnjtuhkn pmrnthn kuku besi husni mobarak .
sgl cmmunication ke luar mesir dputuskan ,
tmsuk internet, fb,telefon oleh krajaan mesir utk elakkn kmunikasi dgn org mesir.
mohon doa kslmtn&plindungn saudara semuslim
&ikhwanul muslimin dr Allah swt. Takbir !! "

aiseymen . ni lagi buat cuak aku . nenek niii . orang baru nak tenangkan diri bajet cool tiba - tiba rasa sedih . rasa macam dapat berita perang kat palestin . serius .
.
.
.
.
.


22 : 05 p.m. sunday . 30th jan 2011
fon berbunyi . ada message . zaty . read

" paen , tau pe2 sal dmnstrasi kat mesir 2 x ?sok ke ? "

budak kicik ni punnnnnn . aku rase takde papelah kot kat student mlaysia , InsyaAllah sebab amaran dah dikeluarkan jgn sertai dmnstrasi tuh . lagipun pihak embassy malaysia tak mungkin lepas tangan dekat student malaysia kan . trust them ye . insyaAllah takde pape . bawak mengucap . kita kirim doa sahaja . jom angkat tangan dan doa same - same ;)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah..

Sesungguhnya aku mengharapkan agar Kau permudahkan perjalanan kami yang panjang ini ya Allah. Kau selamatkan kami dari malapetaka, serta kecelakaan dan kemurkaan dek kerana kejahilan dan kelalaian kami.

Ya Allah..

Kau lembutkan hati saudara-saudara kami supaya dapat bersama-sama dengan kami dalam melangkah jalan yang penuh liku ini. Perkuatkan ikatan antara hati-hati kami, agar kami teguh bak binaan yang kukuh dan tersusun rapi.

Ya Allah..

Permudahkan kami dalam kami menuju matlamat yang benar ini. Dan berikan kekuatan kepada kami supaya kami mampu menghadapi segala musibah dan ujian yang Kau berikan kepada kami.

Sesungguhnya...

Kaulah yang memegang hati-hati kami, maka kau peliharalah hati-hati ini Ya Allah!

~ aminn ya Robb ~

andai ini kata - kata terakhir dari saya ;

 abnaa' un - Nil :
arif , sushi sama , aiman syamin , nad , izzat , manz ,
dan sapa - sapa yang saya kenal , 
take care .



salam 'alaik ~

Friday, January 28, 2011

the latest one ..

How the Egyptian Government Turned Off the Internet

It seems the stuff of fantasy, or a really bad techno-thriller from the mid-90s: an embattled government turning off the Internet in an attempt to silence pro-democracy protesters. But that's exactly what happened in Egypt yesterday at 22:34 GMT when the country's four major Internet providers abruptly cut off web access to nearly 80 million customers. The move came days after the government blocked access to social networking websites, including Twitter and Facebook. How was the complete shutdown achieved, and what are the larger implications of the move? A variety of voices weighed in.




farahinkata : no wonder why korang tak online . sabarlah ye ;)

protests in Egypt .

26 January 2011

15 000 Berdemo Di Tahrir Jatuhkan Mubarak


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 15,000 penunjuk perasaan Mesir menyertai protes digelar ‘Hari Kebangkitan’ ala Tunisia, sebahagiannya membaling batu dan memanjat trak polis selain bertempur dengan anggota keselamatan di tengah ibu negara bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak menamatkan pemerintahan sejak 30 tahun lalu.

Anggota polis bertindak balas dengan melepaskan meriam air selain menggunakan cotar dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan melaungkan ‘Jatuhkan Mubarak’ selain menuntut pembasmian kemiskinan, rasuah, pengangguran dan salah laku polis.

Bantahan itu awalnya bermula dengan aman, protes terbesar di Mesir sejak bertahun-tahun lalu selepas anggota polis berhati-hati sejajar dengan strategi kerajaan mengelak imej agensi keselamatan terus tercemar kerana dibayangi tuduhan bertindak seperti samseng.

Ketika penunjuk perasaan membawa bendera Mesir dan Tunisia memenuhi dataran Tahrir, anggota keselamatan mengubah taktik dan bantahan bertukar menjadi ganas.
Perkembangan itu dianggap sesuai dengan sambutan ‘Hari Polis’ yang berlangsung semalam, kata pemerhati. Ada penunjuk perasaan menyerbu trak meriam air, membuka pintu pemandu dan mengarahkannya keluar.

Orang lain membaling batu dan mengheret penghadang besi manakala anggota keselamatan memukul pembantah dengan cotar kerana cuba merempuh hadangan.
Ada penunjuk perasaan terhuyung hayang terhidu gas pemedih mata, ada yang batuk dan menutup mata dengan skaf.

Ada juga yang berlumuran darah. Seorang lelaki pula pengsan. Anggota polis mengheret beberapa daripada pembantah ke luar kawasan itu selain memecahkan kaca mata seorang wartawan dan merampas kameranya.

Pada ketika tertentu, pembantah mendapat kelebihan apabila memaksa sebaris anggota polis pencegah rusuhan lari selepas dihujani batu.

Seorang penunjuk perasaan juga menaiki sebuah kereta bomba dan memandunya dari situ.

“Saya mahu anak saya yang berusia tiga tahun membesar secara bermaruah dan mencari kerja seperti juga presiden,” kata Eid Attallah, 50, yang bekerja sebagai pemandu. – AP



alfu syukran ya Ibnu Ir Fadzil  :)

Wednesday, January 19, 2011

cerita panas !

assalamualaikum .

amboi tajuk nak yang hot saje . padahal entry tak semenggah . tapi serius weh kali ini post aku memang betul - betul bakal menarik perhatian kau . aku harap kau teruskan pembacaan sebab benda penting dan kali ini i tell u memang ilmiah punya post . ( kes dah kena perli )

ennahar dah sanadrus syaik gadid .

TIPS MENGETAHUI M/S AL-QURAN MENGIKUT JUZUK .

al-quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diwahyukan kepada nabi Muhammad secara mutawatir  melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab dan merupakan suatu ibadah jika membacanya . dimulai dengan surah Al-fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas .

ambik kau tu pengertian Al-quran menurut buku teks AQS f4 . masih utuh di ingatan . Alhamdulillah .

harini saya akan mengajar kamu bagaimana untuk mengetahui m/s al-quran mengikut juzuk . Ianya menggunakan kaedah matematik dan usah gelabah bukan add maths tapi maths mod sahaja . tak perlukan calculator saintifik .

sediakan al-quran di sisi .

okeng dah sedia ?

contohla kita nak tahu m/s juzuk 5 .

5 - 1 = 4

4 x 2 = 8

letak no. 2 pada belakang hasil darab

82 

cuba kau bukak quran dan check .

PERHATIAN : sila guna Al-quran sebenar dan bukan tafsir sebab kadang - kadang tafsir ada yang lain - lain mukasurat . tapi tafsir aku betul je . in case lah kan . aku cakap je .

okay nak lagi ?

kita try juzuk 24 pula .

24 - 1 = 23

23 x 2 = 46

tambah no. 2 pada belakang hasil darab .

462 .

mudah kan ?

share la post ini dengan kawan - kawan dan sedare mare sepupu sepapat . supaya ilmu kita semakin hari semakin bertambah . I.Allah .

notakaki : thanks kepada ummi . saya tolong share sahaja .
( '',)


wallahu 'alam ;)

Tuesday, January 18, 2011

awak ,saya rindu awak ;)

" kau igt tak dugong guling-guling kat surau
sambil buat iklan nk minum kopi jantan ? "
- fatin syahirah -

saya rindu awak .
kenangan kita zaman sekolah sentiasa bermain
di ruang legar mata saya .


kita rapat sejak f1 sebab sama dorm
kemudian terpisah masa f2 sebab lain blok
dan f3 tak berape rapat sebab entah
f4 dah rapat sebab jumlah kita makin sikit
lagipun awak penolong saya
eh maksud saya penolong kelas saya :)p
f5 lagiiii rapat
sebab sama kelas dan selalu membebel sama-sama
bila ada probs saya selalu meyendeng kat awak
sebab awak selalu bg semangat kat saya.

" fatin boleh "

slogan awak kan ?

 awak selalu nasihat benda yang positif dekat saya.
even benda tu memang negatif skalipun
 you're the kind of friend who always sees the bright side of things
ALLAH uji saya sehari sebelum tamat sekolah .
dan awak pujuk saya sebab saya terlalu sedih
sedih sangat sangat sangat
awak tahu saya sedih
lantas awak dan dayana send msg 
walaupun duduk hanya sejengkal cuma

" paen , jgn r sedey..ada hikmahnya . nanti ko blh suro ank ko msk _ _ .
ala ti ko mesti dpt msk u nye r .
relaks r ye . tenangkan diri ye . dari mummy and r10 "




fatin syahirah rosnan ;

i would like to say a bunch of thanks for all your kindness .
nothing much to say .
i love youuuu sooooo much .
sometimes love is hurt and i know loving you as my friend
is not that hurt 
but what i got is smile and happiness along my journey in 18
i miss your big hug .
seriously , i miss you and i love you .
kalau ada jodoh , kita jumpa ok !


ada hikmah fb saya kena hack .

walaupun tak msg dekat henset , kita msg kat fb kan ?

.

who will be next ?

to be continued....

Sunday, January 16, 2011

awak terpikirkan saya ? saya pun..

 salam ;)


iman syamilla: kamu....
dr.farahin_bio: ?
iman syamilla: sy ter pikirkn kamu..
iman syamilla: smase ternmpk..
dr.farahin_bio: ?
iman syamilla: digestive biscuit..
dr.farahin_bio: hahahah
iman syamilla: lalu sy mmbelinya...
dr.farahin_bio: takpe simpan kenangan tu ok.
iman syamilla: dan..
dr.farahin_bio: haha
dr.farahin_bio: dan ?
iman syamilla: onyang den kato..
dr.farahin_bio: hmmm
iman syamilla: sodap ...mano kau boli kueh ni syomin??
dr.farahin_bio: hahahaha
dr.farahin_bio: boleh la aku jd duta biskut ni nanti
dr.farahin_bio: haha
iman syamilla: yeh,,
iman syamilla: hahahah,,

ym aku dan iman beberapa ketika yang lalu ..

sebebnarnya zaman sekolah menengah aku memang hard up gila dengan diet diet . kau tak percaya ? tanya kawan - kawan aku . biskut digestive bukan aku ambil atas dasar aku mengalami constipation ke apa cuma dia adalah fibre jadi amat molek untuk digestive system kau .
tak usah berimaginasi terlalu tinggi aku sediakan gambar biskut ini :

serious weh sedap . carik di pasaran .

2nd thing yang selalunya orang akan teringat kat aku ialah jadual makan yang aku tampal dekat dinding mahupun meja prep . gila semangat tapi musim exam memang kompom aku langgar sebab stay up late jadi perut meronta ronta minta diisi . tak sanggup berlaku zalim , jadi ku turutkan katamu wahai perut .

3rd thing is green tea . kan aku dah kata aku gila diet . jadi bila rasa bersalah makan banyak aku terus bancuh setiap malam sebelum tidur 1 sachet dalam mug TANPA GULA . pahit maung ku telan jua sebab kata nak kurus . tapi , tak kurus-kurus gak aku tengok . besides, green tea ni bagus untuk pengaliran darah dan dapat mengelakkan Al-zheimer . insyaAllah biiznillah :)

wajib ada dalam locker .

sukakan cekelak tetapi takut gemuk ? try ini ..

kit kat green tea . 


Thursday, January 13, 2011

..

ustaz : so what makes us think we will be able to say ' La ilaha illalah ' so easily before we die ?

ustaz : now i guarantee you can say it a million times if you want and everyone thinks they will be able to say it.

ustaz : so,test yourself.what rolls out of your tongue so easily ?

ustaz : when you drop something and it breaks what is the first thing in your tongue ?

ustaz : do you say bismillah ? alhamdulillah ? la ilaha illallah ?

ustaz : or do you start damning things because something happened or something broke ?

ustaz : so if in this dunia , while you are 100% awake and conscious,the first thing that rolls out of your tongue is something bad ,

ustaz : what makes you think you will be able to say ' La ilaha illallah ' on your deathbed ?





lagi sentap .


Wednesday, January 12, 2011

tazkirah maghrib :)

salam ;)

sebenarnya hidup ini memang tak selalu indah dan langit tak sentiasa cerah. mehnah dan tribulasi sentiasa datang silih berganti. but life must go on ye puan-puan.

haa dah macam pidato pulak.

bila seseorang yang kita sendiri tak sure siapa , anak siapa , keluarga siapa datang dalam hidup dan tiba-tiba beri tazkirah maghrib memang patut diberi pujian ikhlas.

tazkirah maghrib harini tidak dispesifikkan tajuknya kerana disampaikan seiring dengan keperluan semasa .

"barangsiapa yang dalam hatinya ada perasaan Riak@takabbur@bangga diri walaupun sebesar zarah maka tidak layak ia memasuki syurga."

ada lagi..

"ALLAH bg nikmat utk senyum tuh senyumla.. tp jgn slh tmpat senyum.."

nak lagi ? adaaa..

" tadi kan cakap nk jad seorang yg penyabar. itu br jer cubaan dari manusia.. belum dugaan dari ALLAH lagi.. "

eh ada lagi..

"ALLAH nk uji dr pelbagai cara.. mungkin sy nh sbg jalan dia jer nk uji awak.mungkin pasnih ada yg lg besor"

ini yang semalam-semalam

"sekurang2nya dengar ceramah dpt pahala kan. tgk kartun tuh dpt pahala x? "

" tgk katun tuh lagha jer. dengar quran ker faedahla gak "

"apabila kita tengok muka org berilmu itu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat "

okeh.habis dah point penting aku highlight kan.

siapa kata tak pedih ? menikam sampai ulu hati jantung artery hempedu liver segala. namun , 


"bersyukur jika ada orang tegur kesalahan kita.
itu tandanya ALLAH masih sayang kita"

"DIA datangkan manusia tegur kita
supaya kita tak teruskan kesalahan kita"

"amar ma'ruf nahi munkar sesama kalian"

- ustazah zubaidah -

memang pedas .