aku sedar ilmu aku dari dulu memang tak sampai setitik air pun . lagi lagi bab agama .
Aku terasa geram bila ada orang cuba ubah hukum yang pada dasarnya telah termaktub dalam Al-quran . Rasa perlu dicantas hujah kau , nak potong apa kau cakap . emosi
tapi bila aku nak cantas apa kau cakap , aku sendiri tak hafal matan hadis tersebut malah aku tak ingat taraf hadis tersebut sebaliknya hanya ingat terjemahannya . kau rasa akan kukuh ke hujjah kau farahin ?
Allah , bantu hambaMu yang lemah , dhaif lagi hina ini . Berikan aku cara yang lembut untuk menawan hati mereka .
Bila terasa diri diuji , baru sedar nak kutip balik ilmu zaman sekolah menengah , al-quran sunnah , syariah . hafal ayat-ayat quran . hafal matan hadis sebaik mungkin .
Terima kasih Allah uji aku dengan perkara sebegini . disebalik itu , aku merasakan bahawa kau menyuruh aku mencari ilmu agama walau aku tercampak di sebuah universiti yang memang takde lansung subjek agama . semoga ini menjadi tarbiyah di Bulan Ramadhan .