Tuesday, August 30, 2011

Ya Allah dakaplah hatinya agar dia tidak pernah rasa ingin meninggalkanMu 
walaupun dia ditinggalkan sekalian makhluk . 
Kau bersihkan hatinya walaupun disekelilingnya dipenuhi coretan hitam maksiat . 
Kau sertailah langkahnya agar dia dituntun ke jalanMu
walaupun hidupnya ditaburi duri2 yang menyakitkan . 
Peliharalah dirinya sebaik mungkin kerana engkaulah sebaik baik Pemelihara . 

dalam banyak banyak mesej hari raya yang aku terima , yang ini paling meruntun hati . terima kasih atas doamu sahabat . kelak diri ini juga sentiasa mendoakan kalian semua . amin ya Rabb :) 

harini hari raya kedua . 2 Syawal 1432H bersamaan 31 Agustus 2011 . syukur alhamdulillah masih diberikan oxygen free. Bila kenangkan tutorial yang tak siap lagi rasa takmau balik UNIMAS tapi apakan daya hari hari terus berlalu dan time doesnt wait . so get moving . 

Biah . apa biah tu ? bukan rabiah adawiyah . Biah bermaksud persekitaran atau mungkin kita biasa dengar / baca term " biah solehah " yang bermksud persekitaran yang solehah @ baik .. sejujurnya aku katakan , biah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi sesorang . any objection ? terpulang kerana ini adalah opini aku dan disokong dengan pemerhatian sepanjang tumbesaran .

mungkin terlalu awal untuk aku katakan bahawa persekitaran di Unimas meransang perubahan ramai makhluk. tapi setelah hampir 3 bulan aku di sana , aku dapat rasa benda yang aku tak rasa sebelum ini sama ada ukhuwwah mahupun tarbiyah . secara logik, jika hati sesorang tidak pernah disentuh dengan tarbiyah , memang tidak teringin untuk ambil tahu apa itu islah , apa itu ustaziatul alam , apa itu ghazwul fikri . Bila dah ikut tarbiyah itu barulah kita sedar banyaknya yang salah selama ini . adat yang bercanggah dengan syariat tak usah cerita , lambakan jarum suntik musuh kita , pemikiran yang didoktrinkan dengan segala yang bertentangan . Banyak !

yang menjadi masalah ialah jemaah mana yang kita pilih . sebenarnya tidak salah untuk memilih mana mana jemaah asalkan bertepatan dengan garisan syariat dan tidak melanggar hukumNya . cuma , ingin saya katakan di sini bahawa janganlah kerana perpecahan mana mana jemaah dunia mahupun jemaah yang khusus dek idea yang berbeza atau ketidakpuashatian terhadap pemerintah , umat Islam berpecah . usah terlalu fokus kepada perbezaan kita andai itu boleh mencarik isi isi kesatuan ummah . kita ingin memperjuangkan agama Allah bukan memperjuangkan nama nama jemaah . lalu , fokuskan kepada musuh utama kita iaitu musuh musuh islam .

itu yang ingin aku fokuskan . 

perkara sampingan tentang biah ; aku tahu semua orang sedang dan memang patut memperjuangkan yang Hak dan menolak yang Batil . Persekitaran di universiti alhamdulillah dipenuhi dengan manusia manusia yang memperjuangkan yang Hak iaitu "no couple before akad.Nikah connecting people" . menurut kebanyakan senior degree , mereka berkahwin pada 2nd or 3rd year degree . memang aku respect kerana yela , benda baik . cuma yang cukup merunsingkan aku ialah , biah tersebut mampu mempengaruhi aku . lagi lagi bila di Facebook golongan2 yang sangat peka kepada masalah remaja dan mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi @ golongan alim-berilmu tentang islamic studies ni sering memberikan kata kata seperti 







 seterusnya , ini yang berlaku pada wall asasi






errr , no comment at all .