Persoalan yang timbul beberapa minggu lalu sebelum study week . Ada orang cakap , selain jodoh , rezeki , ajal maut yang telah ditulis Allah untuk kita , ada lagi satu 'subjek' yang tertulis buat kita iaitu ; syurga atau neraka . Heaven or Hell .
let's see some review from Solusi edisi 37 mukasurat 11 ( Tafsir surah al-layl ayat 5-11 )
MEREKA YANG TERSASAR LALUAN
Dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ali R.A :
" ketika kami menghantar jenazah ke al-Baqi' untuk disemadikan, datang Nabi Muhammad s.a.w lalu kami duduk berdekatan. Nabi memegang tongkat kecil sambil mencungkil tanah, lantas bersabda yang bermaksud:
'Tiada seorang pun antara kalian melainkan telah ditentukan tempatnya di syurga mahupun neraka.'
Seorang bertanya :
' Ya Rasulullah , jika begitu keadaannya , maka kita serah sahaja pada ketentuan dan tidak perlu beramal ? '
Jawab Nabi s.a.w yang bermaksud :
Hendaklah kamu faham bahawa orang yang bahagia itu adalah sesiapa yang sentiasa senang dan terdorong melakukan segala amal soleh yang membawanya kepada kebahagiaan itu , sedangkan orang yang menderita ialah mereka yang cenderung untuk memilih amal perbuatan yang mencelakakan . '
~ wallahu ta'ala a'lam ~ dan Allah Ta'ala lebih mengetahui ~
