Tuesday, May 22, 2012

Bilis tersangkut, jerung terlepas

Debate PTPTN nampaknya berjalan dengan agak matang malam tadi di samping ada perlian sinis sinis manja sesama pendebat. Jika anda menyangka saya akan komen tentang saudara Rafizi bersama fakta@auta beliau dan yb KJ dengan angka berpuluhan ribu billion bersama putar belit cerita beliau anda silap. Sebab nampak sangat yang sorang tu incompetent in debating. orang tanya lain, jawab lain. Ehh. Lepastu tadi terbaca tentang moderator yang kononnya pro-pembangkang. katanya pernah bersama menggubal buku jingga bersama DSAI. haha. Nasiblah. Kalau dah melangkah ke bidang politik ni memang begitu. Ada saja mulut mulut atas angin begini nak condemn.

Why should I concern of this situation?

Ye, sebab isunya semalam adalah PENDIDIKAN. Sejujurnya dulu saya BENCI dengan situasi politik kotor Malaysia tapi, bila isu yang dibangkitkan ialah hala tuju pendidikan negara, siapa lagi yang perlu concern selain ahli politik gila kuasa dan ahli ekonomi gila harta kalau bukan para pelajar itu sendiri? Mungkin sebelum ini ketika saya di alam persekolahan, masalah politik bukan secawan teh saya (my cup of tea). Sekarang saya tak noob macam dulu lagi yang membiarkan siapa pun yang memimpin. Saya punya hak (walaupun lagi 3 tahun akan datang). tapi, kalau saya tak ambil peduli isu begini, terlaksanakah amanah itu dengan sebaik mungkin? Kalau dah sorang salahkan dia begini, sorang lagi fitnah dia ni begini, eh, kotor tahu? jijik! perangai macam budak belum akil baligh.

Benarlah, kita akan lebih menghayati isu tu kalau berkaitan dengan kita. So, sebagai mahasiswa/ pre-mahasiswa, kita ada hak dan kita ada kuasa. awak tahu peranan mahasiswa selain belajar? mahasiswa punya kuasa corak negara. Negara China punya sejarah kebangkitan mahasiswa. Tanah Melayu? takkan nak tunggu dan lihat sahaja orang gila kuasa perkotak katikkan kita? You know what, Sempena PRU dekat Mesir, azhari pun ditangguhkan exam sebab syabab mereka punya kuasa yang sungguh berkuasa untuk menentukan kerajaan mereka. so,what we have to do now is, berbalik kepada 2 sumber hukum utama. Awak akan rasa betapa perlunya awak dan apa peranan awak. Membaca dan mengkaji. Bukan hanya dengar dan lihat sedang diri tiada pendirian. Jangan buta hati bila disogok. 

membaca, kunyah dan hadam sampai lunyai. Mahasiswa itu sendiri perlu kepada perubahan. Jangan hanya lemau dengan isu cinta. Banyak lagi tanggungjawab kita belum selesai. Kita kena ingat, antara benda yang di soal di akhirat kelak ialah, 

USIA MUDA MU, bagaimana engkau habiskan (gunakan)?

Sekali lagi saya ingatkan, ini adalah peringatan buat diri sendiri. andai anda rasa saya tujukan buat anda, perli anda, rasa itu wujud dari diri yang masih punya rasa dan iman. Alhamdulillah. saya hanya menulis buat peringatan diri sendiri. berjuta juta kali saya ulang, peringatan ini buat saya. kalau anda terasa, Alhamdulillah. 

p/s : ini jawapan saya kepada tuan empunya kata kata yang menyoal 

" tak salah kan kawan perempuan keluar dengan kawan lelaki pergi menonton wayang bersama, dengar dia nyanyi bersama dan makan bersama? sungguh tak salah kan? " 

 keluar berdua? kalau dia suami awak memang sungguh tak salah. sekian terima kasih.