Alhamdulillah tsummalhamdulillah, akhirnya pada 11 Mei 2012 saya telah bergelar sebagai ex-student asasi unimas 2nd batch. Kalau nak cerita segala kenangan di bumi sarawak, allahumma, banyaknya perit dan manis. Setahun ini benar benar mengajar saya walaupun hanya bergelar setahun jagung sebagai pelajar pra-U. Allah sentiasa bagi yang terbaik buat hambanya tahu? tapi, kenapa kita suka buat keputusan sendiri? letak kepercayaan kepada diri sendiri? Bukan ke yang cipta kita lebih arif tentang ciptaannya? Cukup terbaik yang Dia bagi buat kita.
Macam macam benda yang dipelajari saat tersadai di bumi borneo ini. tak sama dengan semenanjung walaupun subset dalam malaysia juga. Why?
1. Suasana janggal dengan perwatakan diri seorang yang benar benar faham Islam. Islam kembali dagang.
2. tarbiyyah di bumi kenyalang. Eh, apa D&T tu?
3. ukhuwwah fillah bukan hanya siulan di bibir.
4. 4 flat. medic. 4 flat. medic. 4 flat. medic.
5. hujung minggu, KUCHING, here I come.
Antara kita ada
peristiwa yang menjadi kenangan namun , tak bermaksud kita harus mengagungkan
kenangan itu . jadikan ia memori untuk diri sendiri . biarkan ia menjadi
khazanah yang berharga atau mungkin dipupus masa . biarlah . biarlah tuhan yang
menentukan . tidak berhubung bukan bermaksud putus . Berenggang tak bererti
benci . bersahabat kerana Allah adalah ingatan seorang teman terhadap teman yang lain di saat doanya dihampar. ikatan atas dasar tauhidullah tak pernah putus malah, terus sampai ke syurga ! insya;Allah, bertemu lagi di syurga Nya =]