Thursday, July 19, 2012

Redeem post 6# Daurah Pondok Baitul Qurra'

Alhamdulillah. Allah menggerakkan hati ini ke suatu tempat yang memang barakah insya'Allah. duduk di sana selama 2 minggu 4-18 julai but ive extended for a day sebab adal hal yang tak dapat dielakkan. kalau nak cerita satu persatu ilmu dan pengalaman yang dapat di sana, masya-Allah, memang tak tertulis. dan semestinya, sedih juga ketika nak melangkah keluar dari tempat barakah tu. bukan saya sorang je kot rasa macamtu. setiap yang datang pasti rasa begitu sama ada kerana ukhuwwah, ataupun pengalaman dan ilmu yang dapat kat sana membuatkan kami berasa berat hati. semoga allah melindungi tempat itu dan pelajar-pelajarnya serta para tuan guru di sana. insya'Allah :)

for the 1st time to be there mestilah cuak jugak sebab persekitaran macamtu saya tak pernah lalui. saya sekolah sekular, jadi tentulah berbeza suasana, adab dan cara belajar. tapi, dengan tujuan dan niat yang satu, saya teruskan juga. alhamdulillah sanagat sangat seronok dapat jumpa dan berkenalan dengan kakak-kakak yang dari macam-macam universiti. ya, saya dengan sharifah je pelajar daurah paling kecil. i mean pada kadar usia. kalau tengok muka dan perangai orang tak sangka kitorang 19 tahun. T___T.  takpe, maturity on the face shows the maturity of our thinking. -.- tapi, student pondok tu ada je paling kecil umur 15 dan paling tua, 19. sebaya. :)

ada orang suruh share ilmu yang saya dapat di sana. sejujurnya, ingin saya memohon 1000 kemaafan terlebih dahulu kerana saya bukanalah seorang yang faqih dan boleh menangkap dan mengutip segala mutiara ilmu yang keluar dari mulut para ustaz. lagipun, ilmu yang diajar dan kitab yang digunakan memerlukan syarah dari seorang guru. saya risau jika saya tersalah faham dan tersalah tulis. lagi-lagi ilmu tauhid yang perlu berguru dan tidak boleh hanya membaca kitab. by the way, kami telah khatam 3 kitab semasa di sana. kharidatul bahiyyah (kitab tauhid dan tasawwuf) - ustaz zul, safiinatun naja (kitab feqah) - ustaz shauqi, dan mau'izatul hasanah (kitab dakwah) - ustaz zul. memang mantap. rasa tak mampu nak dhobid semua yang keluar dari mulut ustaz. rugi. rugi. T___T

apa yang istimewanya sampai saya taknak balik?

1) ilmu - allahu rabbi, macam macam ilmu dapat di sana. hatta ilmu memasak sekalipun saya dapat grab dari student pondok dan kakak-kakak U. ilmu yang keluar dari mulut ustaz lagi la. tolong la, rasa nak menangis masa ustaz zul dah habiskan kitab tauhid tu masa first week. sebab, dalam ustaz syarah kitab tu, mesti terselit nasihat. mesti terselit kata-kata yang menenangkan hati. tu baru first week. 2nd week jadual dah agak pack sebab nak khatam kitab safiinatun naja dgn kitab dakwah pulak. jadual kelas : 9 pagi sampai zohor. 2 petang sampai asar. 9 malam sampai kul 12/1 pagi. pack tapi best. sebab kita belajar pasal diri kita, ibadah kita, aqidah kita. belajar feqah dengan ustaz shauqi. mantap. seriously. anak murid habib umar masa di yaman. pernah mengajar kat rumah negeri2 masa belajar di mesir. memang femes la ustaz ni kat mesir bagi sesape yang rajin g belajar.

2) ulama' - dapat mendekati dan mengenali para habaib, masyaikh, ulama di samping melahirkan ulama' muda. Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk kami bertemu dengan syeikhuna, syeikh nuruddin. tak dapat nak gambarkan perasaan bila ustaz zul cakap hujung minggu ni syeikh datang pondok. dapat sediakan makanan untuk syeikh dan tabarrukan dengan salam dengan isteri syeikh. allah, seronok sangat.

3) suasana - suasana yang sangat2 tenang. betul, tempat tu memang berkat. buktinya, habib umar takkan datang ke sesuatu tempat melainkan dia akan solat dahulu untuk betul2 yakin layak ke nak pergi tempat tu. lagipun, dengan usaha setiap pelajar dan ustaz yang menjaga suasana. bagi saya, memang benar, keadaan macamtu mampu menjaga hati. maksudnya, inisiatif yang setiap orang perlu ambil tu memberi impak yang besar. di tambah dengan adab dengan guru..masyaAllah. terkejut tengok adab mereka yang betul-betul mantap. yang kita ni? haihh. plus, suka dengan bau kat sanaaaaa :D sampaikan saya beli 'ud syeikhah, wisol dengan shall bagi membawa suasana pondok tu balik rumah. elegen sungguh. sampai kat rumah terus calit ud syeikhah dalam bilik. ambil mood pondok dan amalkan ratib dan wirid yang ustaz ijazahkan.

4) qasidah - bestttttt. lagi-lagi masa diorang buat maulid. maulid kan tak semestinya nak sambut bila tarikh maulid je. so, sabtu malam ahad takde kelas, diorang buat. Muslimat ni dengar di sebalik pintu je. tapi, masa 2nd last kelas dengan ustaz shauqi pun ada qasidah (ya hanana & solatun bissalamil mubin) . final class dengan ustaz shauqi kitorang buat qasidah muhammadiyah. nanti saya upload video insya'Allah.

5) Ukhuwwah - walaupun baru kenal, tak sampai sehari pun, dah boleh keluar semua rahsia peribadi, bluetooth hati ke hati. entah, mungkin ini yang dikatakan ikatan atas dasar tauhidullah. tak mampu nak ungkap macamana rasa.

err, panjang pulak. cont later insya'Allah. cuma, saya ingin menjelaskan sesuatu. kalau boleh, jangan guna perkataan "salam 'alaik" (sy selalu guna) sebab yg selalu guna perkataan tu orang syiah. diorang buang "as" kat perkataan salam. better dan sunnah bagi secara penuh, assalamualaikum. sekian.