Sunday, July 22, 2012

sesi soal jawab 2 # purdah

kelas ustaz zul

"ustaz, boleh ke kalau mak ayah dia tak kasi dia pakai purdah. tapi, bila dia pergi mesir contohnya dia pakai, tanpa pengetahuan mak ayah dia. macamana ustaz? boleh ke?

"pakai purdah tu sunat. dengar kata mak ayah tu wajib. tak boleh pakai kalau mak ayah tak kasi. tapi, kalau kita di mesir contohnya, sekarang ni makin sosial, ikhtilat pun teruk, takpe pakai untuk jaga diri walaupun tanpa pengetahuan mak ayah. atas dasar untuk jaga diri. tapi kat kat malaysia kalau dah balik tak payah pakai. macam isteri ustaz. kat mesir dulu ustaz suruh dia pakai tapi bila balik malaysia ustaz suruh buka sebab time tu masyarakat tak boleh terima lagi orang berpurdah ni. jadi, ustaz taknak sebab purdah tu orang taknak datang belajar dengan ustazah. kepentingan dakwah perlu dijaga." 

kelas ustaz shauqi

1.) "ustaz, boleh ke kalau pakai purdah kat mesir je? kat malaysia tak pakai pun"

"boleh. takde masalah. purdah tu sunat. tapi jatuh wajib kalau sampai keluar nak sidai baju pun ada ajnabi intai.
"al-'aadatul muhakkamah" - kebiasaan (Adat) memberikan sesuatu hukum

pakaian kat sana pun kena jaga. kalau kat malaysia ni baju kurung yang bunga-bunga kaler merah tu tak dikira tabarruj. tapi, kalau kamu duduk di yaman pakai baju macamtu, dikira tabarruj sebab muslimat di sana pakai serba hitam je biasanya. kalau kamu pakai kat sana silap silap ada yang jadikan baju kurung kamu tu jadi shall nanti. hati-hati. " okay, ini serious ustaz buat lawak.

2.) ustaz, macamana dengan orang yang pakai purdah sampai dibuang ayah sebab tak terima anak pakai purdah.

"wajib dia ikut cakap ayah dia. sebenarnya, mak ayah kita ni bukan apa, dia taknak tengok kita kejap buka, kejap pakai. depan sedara ni boleh buka purdah, depan sedara ni pulak tak buka purdah. jadi dia rimas. tu aje. gembirakan hati mak ayah selagi bukan hal yang bertentangan dengan syara'.

Orang yang pakai purdah ni ada 3 jenis. 

1. pakai sebab sunnah (kerana Allah)
2. pakai sebab nak tutup muka yang tak cantik kononnya
3. pakai sebab nak digelar solehah

jadi, yang diterima hanya golongan yg pertama. golongan yang kedua tu ibarat merendah2kan ciptaan allah. na'uzubillah min zaalik. jadi, yang berpurdah ni, kena sucikan balik hati dan niat kamu pakai purdah."

wallahu a'lam bissowab