Wednesday, August 22, 2012

persoalan Eidulfitri 1433H

Alhamdulillah tsummal hamdulillah !

Eidulfitri 1433H Allah memberi peluang buat diri pulang ke sabak bernam selepas solat raya dan bersalam salam dengan saudara mara side ayah di N9. Perjalanan yang sepatutnya 4 jam jadi 6 jam sebab jammed. Oh mai, kenapa semua balik pagi raya termasuk diri ini? sighh -.- 

OTW from N9 to damansara takde probs but nak ke sabak bernam memang jammed teruk. guna highway guthrie tak jammed lagi tapi bila sampai kuala selangor, alahai, Allah memang ingin menguji sejauh mana keberkesanan tarbiyyah ramadhan. Jammed teruk ditambah dengan panas, memang ramai yang patah balik. so, daripada merungut, it is better to read something yang boleh menenangkan atau lebih baik diam. lebih tak tahan bila tengok-tengok sebab jammed tu adalah perayaan kaum dotdotdot sempena pembukaan tempat ibadat mereka yang baru. kereta penuh parking tepi jalan so, daripada 3 lane jadi 2 lane. kalau highway takpe lagi, ni jalan tepi rumah orang. fasobrun jamil ! 

rupanya, Allah nak hadiahkan sesuatu yang luar biasa pada hari raya kali ini. 

tahu tak betapa seronoknya bila Allah takdirkan semua adik beradik side ibu balik beraya tahun ni kecuali pak usu? Ibu ada 13 orang adik beradik. bayangkan betapa ramainya dalam rumah. kalau dah biasa jumpa takde lah seronok sangat macamni tapi disebabkan ada yang berbelas tahun tak jumpa, tu yang jadi luar biasa. kalau bergurau senda, rasa bergegar rumah. kesian orang sebelah, heh.

ya, saya ada sepupu-sepupu yang hampir berbelas tahun tak jumpa bukan sebab duduk overseas ke apa cuma, entahla. mungkin sebab bila dia balik kampung, saya berada di tempat lain, and vice versa. amboi, mengalahkan orang duduk overseas. sarcasm. dah la memang selalu balik. sarcasm lagi. sampai opah pun tak cam muka eh ni anak siapa nak datang beraya padahal cucu sendiri. atok pulak, dah salam dengan dia siap cium pipi segala tiba tiba tengah makan beliau bersuara eh mana cucu atok yang belajar kat sarawak tu? tak balik ke?  mengalir air mata syawal.

raya kali ini barulah jumpa sebahagian yang tak pernah jumpa berbelas tahun. ada lagi yang tak jumpa raya tahun ini mungkin boleh cukupkan istilah berpuluh tahun pulak tak jumpa. haihh. sejujurnya, kalau ditakdirkan allah terserempak dengan sepupu2 ni tengah jalan, memang tak kenal. yela, dulu masa jumpa time kecik kecik gigi pun tak habis tumbuh lagi. bila jumpa sekarang, nahhh, dah jadi mak/bapak orang pun. kawen memang dijemput tapi malangnya diri ini sentiasa sibuk mengalahkan YB. okay, alasan lagi padahal memang ada habit tak suka pergi kenduri kawin.

Timbul satu perasaan yang sukar diungkap. seronok? mungkin..sedih? ada la jugak.. miserable. bila fikir fikir kenapa, baru teringat, oh ye la ini hadiah sebelum berangkat. kenapa bila dah nak pergi baru semua orang muncul? alhamdulillah. allah bagi kesempatan walaupun sebentar. dan haruslah ada sesi bergambar supaya opah dan atok takkan lupa lagi diri ini. oleh itu, akan dihantar seberapa banyak keping gambar yang mungkin agar wajah cucu kesayangan ini sentiasa di hati mereka. 

persoalannya, siapakah sebenarnya yang jarang menunjukkan muka pada kaum keluarga mengalahkan orang duduk overseas? sarcasm.

that's my Eidulfitri 1433H story. Alhamdulillah tsummal hamdulillah. seronok!