tiba-tiba teringat pasal syal / rida'. jadi, sementara masih ingat beberapa fungsi rida' ni, boleh la tulis sikit sebagai pengetahuan buat yang baru nak kenal atau untuk diri ini refresh.
1) letak di bahu (sunnah )
sama ada lipat dua dan letak pada salah satu bahagian bahu atau buka lipatan secara memanjang dan sangkut pada leher atau lilit ke. ikut la nak pakai dan gayakan macamana pun tapi kalau waktu solat selalunya ustaz kata macamtulah dan memang selalu tengok orang pakai dua gaya macamtu sahaja melainkan waktu sejuk dia jadi fungsi lain juga.
2) sebagai sejadah
3) kadang-kadang boleh jadi selimut sebab rida' yamani ni sangatlah besar. memang boleh tutup habis satu badan.
4) kalau sejuk, boleh lilit rida' tu kat badan (ala, macam makcik kat ofis selalu buat tu. tapi mostly orang guna pashmina / shawl kan? walau apapun, rida' lebih best.
5) cara di yaman, selalunya kalau nak elak lenguh kaki masa belajar, lilit dan ikat rida' tu pada kaki. mesti tak dapat bayangkan macamana kan? first step duduk bersila, then duduk macam peluk kaki tu ke badan, then ikat la rida' tu keliling pinggang. lepastu boleh muraja'ah sambil makan kuaci. okay, bab makan kuaci tu ustaz yang cakap. bukan saya yang tambah. haha
6) selain itu, kalau style yang belajar pondok, duduk bersila 3-4 jam satu sesi. sehari ada 3/4 kelas. memang confirm kaki berbirat. (dah rasa =D ) lebam jugakla kaki even though duduk dua minggu cuma. alahai manja nya! so, bagi mengelakkan kekejangan atau kesakitan kaki, maka molek juga anda lapik sebagai alas. tapi, jangan jadikan ini sebagai alasan. belajar tetap belajar! priority. kalau nak kerusi empuk je baik duduk rumah.
7) sebagai objek sempadan masa solat. letak kat depan bukan dengan cara melintang tapi memanjang. tapi agak-agak la panjang yang sepatutnya. takdela kalau rida' tu 1.5M, kamu letak memanjanggggg macamtu. dengan kadar ruangan yang perlu untuk sujud.
dan mungkin ada lagi fungsi lain yang saya lupa. oh, buat pakai shawl untuk raya? haha entah. and i also have one. very nice. kaler hitam. sama dengan kak huda and kak shima.
orang panggil shawl kan? we called it as syal (tak sure asal bahasa apa. tapi ustaz sebut macamtu la). Benda lebih kurang je. selalunya muslimin yang pakai.
till then. mohon maaf atas segala kekurangan. assalamualaikum

