Alhamdulillah. Pertemuan yang Allah aturkan. Semoga pertemuan yang dirahmati dan perpisahannya pula dibebaskan dari segala dosa. Allah Allah Allah. Syukurnya Allah pertemukan orang yang benar benar ikhlas begitu.
Tak perlu menjadi seorang bapa untuk merasa kasih kepada seorang anak, cukuplah menjadi seorang manusia yang berperasaan.
Beliau bersungguh benar mahu menolong. Menelefon, mesej, bagi idea sedang beliau sendiri dalam kesempitan masa untuk berangkat ke tanah suci. Semoga pemergiannya dan kepulangannya nanti dalam keadaan yang baik, mendapat haji yang mabrur, usaha yang diberkati, dosa yang diampunkan dan perniagaan yang tidak akan rugi.
Pesanan beliau agar sentiasa berzikir. Al-waqiah, Al-Mulk, yaasin, ayat manzil, al-ma'thurat dan dalam keadaan yang senyap sembunyi beliau menyuruh agar banyakkan solat sunat taubat. Allahhh
semoga Allah berkati dan rahmati segala usaha beliau.
Menangis. mengenangkan manusia itu. Tegarnya menghancurkan dalam memberi kebaikan? Semoga Allah beri hidayah.
Saya dan kamu dan kita semua.