Thursday, June 12, 2014

Cita Cita Saya!~

Manusia berubah, apabila Allah menakdirkan mereka berubah.

Kita, hanya mampu berdoa, dan mengajak mereka kepada perubahan.

Allah takkan hukum kita kalau mereka masih lagi dalam dosa dan kemaksiatan.

Kita jangan lupa, amal itu dikira pada pengakhirannya. Barangkali waktu sekarang dia seorang yang amat teruk, tapi di akhir hayatnya kematian dia merupakan kematian terbaik.

Yang penting, kita harus mendoakan tanpa putus asa. Walaupun kita sakit hati melihat kejahilan dan keburukan yang mereka lakukan. Berdoa, jika meneguri mereka tidak memberi kesan.

Ingat, hati itu Allah yang pegang.

Jangan bandingkan diri mereka dengan sesiapa. Jangan bandingkan diri kita dengan sesiapa!

Allah yang menakdirkan kita hidup dengan mereka. Tentu Allah mahu kita menambah pahala dengan berusaha membantu mereka.

Tidakkah kau mahu mendapat syurga tertinggi dengan usahamu itu?

Ingatlah, orang paling jahat menentang Rasulullah adalah ahli keluarganya sendiri. Orang yang paling dekat dengan baginda turut tidak mengucapkan syahadah. Bayangkan betapa remuknya hati Rasulullah berbanding dengan kita.

Sekarang ini, bertenanglah, tarik nafas. Dan yakinlah, bahawa setiap orang yang hadir di dalam hidupmu, pasti ada ketentuan Allah terhadap dirimu. Hanya kamu harus sabar dan terus berharap sesuatu yang terbaik dari Allah.

-------
 
Aku pandang wajah mereka. Satu demi satu.
 
Kita seronok bercakap cakap, begurau senda, beramah mesra harini, tapi kat 'sana' nanti, dapat tak kita macamni lagi?
 
Hampir setiap hari ulang benda yang sama. Aku gusar, aku ke yang masih 'kotor' dengan dosa sehingga apa yang ku sampaikan tak kena lansung pada hati? Orang cakap, kalau kata kata kita dari hati, akan sampai juga kepada hati mereka yang mendengar. Mungkin hati aku masih belum cukup ikhlas mengajak kerana Dia T_T
 
Aku punya satu impian dan aku buka rahsia impian paling besar aku yang selama ni aku simpan. Moga kalau ada yang terbaca mampu mendoakan.
 
Aku teringin sangat nak solat Jemaah dengan "mereka" yang aku sebutkan di atas sebelum aku bertemu Tuhan atau salah seorang daripada "mereka" pergi bertemu Tuhan.

Aku jeles (Ghibtoh) dengan apa yang kawan kawan aku cerita sejak dulu lagi. Aku pun nak rasa apa yang mereka rasa. Nak rasa perasaan masa sama sama 'cakap' dengan Allah. Boleh kan?
 
Perkenankan wahai Tuhan ~