Oh Alhamdulillah natijah dah keluar. Hadiah buat ibu ayah sekali lagi.
Cuma aku tak bersedia untuk jawab bila ditanya tentang cita², tentang kerjaya. Ibu ayah faham soal ni lantas ia tidak perlu dibangkitkan tapi bila ditanya oleh orang aku jadi kelu.
Benar. Bagi aku yang pernah melalui 'turn-up' dalam hidup, aku dah tak mahu fikir. Pertama, cita² dulunya pernah terkubur. Kedua, aku berlumba lumba mengejar cita² yang belum tentu hak aku. Kerana cita² itu belum tentu datang dari diri tapi dari faktor sekeliling.
Jadi, seperti saranan motivator, waktu belajar ini eksplorasi diri anda sebaik mungkin. Kau belum tentu kenal potensi diri kau sebenarnya. Jadi, apa perlu kita buat ? Jumjumjum
1. Niat belajar untuk memberi sebaik² khidmat buat ummat
2. Kenali potensi diri
3. Mohon Allah tempatkan pada Bidang dan Tempat yang terbaik buat diri
Dengar sini aku beritahu.
Jangan pandang orang lain. Kau punya jalan, mereka punya jalan. Pesan aku, 'jalanlah seiring Tuhan' di mana pun kau berada. Kau tak perlu berlumba dengan mereka untuk dapat tempat di hati manusia kerana kau akan penat, kau takkan pernah puas.
Walau seisi dunia membencimu, buatlah demi Redha-Nya :)