Friday, September 12, 2014

The 5 Love Languages (Dr. Gary Chapman) - versi Muharikah

Ada 5 bahasa cinta:
1) Kata-kata
2) Khidmat / servis
3) Hadiah
4) Sentuhan Fizikal
5) Kualiti Masa

Kita perlu mengetahui bahasa cinta orang yang kita kasihi dan luahkan dengan cara tersebut.

Ada orang suka dipeluk
Ada orang suka dapat hadiah
ada orang suka kata bunga-bunga
ada orang suka jika dia dibantu
ada orang nakkan kita spend masa kita dengan dia.

Fahamilah mereka yang disayangi itu. Lain kasih sayang yang dipinta pasangan, anak-anak dan juga orang tua kita. Santunilah mereka dengan bahasa cinta yang menyentuh hati mereka.

Dan jika orang tidak memberikan kita cinta mengikut bahasa cinta kita, jangan marah! Teruskan memberitahu bahasa cinta bagaimana yang paling kita sukai.

Ini termasuklah antara anak murid dan guru, pekerja dan majikan , murabbi dan anak usrahnya serta lain-lain lagi.
***
 
" Kakak ni, ibu tengok la kan, tak pandai nak balas kasih sayang orang. Tak pandai nak tunjuk rasa sayang tu "
 
" Hmm. Hmm. Alaa taktau la nak buat macamana."
 
" Ambil berat pasal orang. Tanya khabar pun dah cukup sebagai tanda ingatan kita kat orang. Jangan masa susah / perlukan bantuan baru nak contact orang. Orang tak mengharap hadiah / apa balasan. Cukup sekadar ambil berat, tanda sayang juga tu. Jangan ego sangat kakak "
 
" Fuhhfuhfuhh. Ego? Okay. Okay. " (tapi macam susah jugak tu, desis hati)
 
 
***
 


Dalam dunia ni, aku terlalu banyak terima kasih sayang orang rupanya, tapi aku lupa untuk memberi kasih sayang.
 
Aku suka semua 5 bahasa kasih sayang tu ! Mulai saat ini, berubah okay. Berubah. (senangnye tulis berubah tu. Tapi nak buat? hmmmm) Mula dengan kenalpasti sikap dan orang tu suka jenis bahasa yang mana. Nak mula dengan siapa? Manusia dalam rumah ni dulu.
 
#3daysoflovelanguages.
 
Nanti kita update 3 hari pertama ni dulu okay ? All the best Farahin! :) Demi Allah. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.