Salam 'alaik :)
I just got back from Bukit Berangan . I will write the chronology here :
14-10-2011 after Maghrib
seorang pakcik yang tidak dikenali jemput di masjid . Hanya najwa yang kenal sebab ahli halaqah beliau . About 15 minutes to be there . Masa pakcik tu buka gate utama rumah penginapan , terus tanya najwa siapa pakcik yang drive kitorang ni ? Baik sangat . Dan sebenarnya beliau ialah Prof sulaiman . ex-Timbalan Naib Cansellor Unimas . Wallahi , kitorang berempat dalam kereta tu terkejut sangat . Prof ke ? Sembang selamber je panggil pakcik .Sepanjang perjalanan dari gate rumah ke rumah yang sebenar agak jauh dan terdapat tasik yang SANGAT BESAR sebagai tempat menangkap ikan . Seriously , Allah mengurniakan beliau harta yang banyak . After that , prof tinggalkan kami kat rumah penginapan tu and najwa yang lead kitorang untuk masuk after a few minutes , along and akh wan sampai . Masuk rumah dari pintu dapur.. okay , dapur pun sangat besar . rumah siapa ni weh ? Kenapa tidak berpenghuni ? Wa ajak masuk hall , bukak lampu hall , Ya Rabbi , ni rumah ke Galeri lobi hotel ? dan ya , aku dah tau siapa tuan empunya rumah ni . Timbalan Dekan Unimas dulu . Sekarang dah pindah semenanjung sebab dapat tawaran jadi dekan kat U ape ntah . Beliau waqafkan rumah tu untuk kegiatan agama such as halaqah . Ok, plan untuk naik solat kat atas sebelum ikhwah lain sampai . dalam kegiatan halaqah kalini, *takperlu aku bagitahu under apa* kitorang tak guna nama "ikhwah" atau "akhawat" , tapi kitorang guna panggilan "sahabat" dengan "sahb1ah" dengan harapan mereka dan kami akan menjadi sehebat para sahabat dan para isteri2 nabi .
Naik atas, kau boleh bayangkan keadaan bilik2 dia umpama , [bilik di dalam bilik]..kau masuk satu bilik ni macam dorm, panjang gile lepastu almari baju ada 5-6. feeling taknak balik Unimas dah. setelah melalui beberapa proses pengiraan, aku menyimpulkan rumah ni ada 7 bilik air. after solat isyak, sahabat lain dah sampai, dr.sakinah dan kak hidayah pun sampai so,bermulalah aktiviti masak memasak tapi bukan untuk malam ya,untuk perap ayam for BBQ esok. prepare bahan segala then along pun sampai bawa makanan utk malam tu so makan and dengar pengisian sikit dari ustaz asyraf dan cikgu *lupa nama zauj dr.sakinah
after that,semua naik tidur kecuali dr.sakinah,aten, aku and wa sebab nak buat kek batik. lepas mempadatkan kek batik segala,baru naik tidur padahal projek IT tak siap edit lagi...:(
15-10-2011 subuh
sepatutnya ada qiam tapi taktahu ada ke tak sebab kitorang sahibah bangun lambat so sahabat dah pergi surau dulu and buat pengisian kat sana. so,kitorang prepare breakfast untuk pagi tuh terus pergi main badminton. tapi sahabat pergi main bola and tetiba bola tuh masuk dalam tasik. Alang alang menyeluk pekasam, diorang terus tangkap ikan kat tasik ~~ ikan keli , talapia and so on . sangat BESAR dan sangat BANYAK. kemudian , terus breakfast and ada pengisian main kenal2 antara sahabat and sahb1ah. tujuan, sekurang2nya kau kenal jika ada urusan ngn diorang sebab kat unimas tuh tak kenal satu sama lain pun.
kek batik tuuuu sahabat dengan tak rasa segan terus minta minta pinggan seterusnya. sangat sedap kata mereka . Oh memangla , kitorang baca ayat pengasih masa masak . HAHA*tipu**tipu* ayat pengasih pun dari Al-quran tau . So, terus masak untuk tengahari , sahbiah ada yang syahid seketika . sahabat pula semua pergi bbq dan diorang siap dulu la kann.tak aci sebab diorang ramai . So, lepas zohor semua pulang Unimas =D.
conclusion, sangat best dan 24jam hanya full dengan aktiviti memasak . first time aku masak utk tengahari tu sensorang untuk satu lauk . cuak gak tapi main campak campak je . tak sedap nasib la. hahaha . tapi alhamdulillah , ada orang puji . kuang3 . puji depan depan tanpa tahu siapa tuan empunya badan .