sebenarnya malu nak cerita tapi sila ambil pengajaran dari kisah ini.Bukan tujuan untuk memalukan atau apa sekalipun tapi untuk renungan bersama.
Suatu hari, seorang ketua yang agak hebat pendiriannya dalam urusan agama telah berpesan kepada sekumpulan muslimat iaitu rakan rakan beliau sendiri agar menjaga diri sekiranya ketiadaan mereka . kemudian beliau turut bertanya adakah para muslimat mampu menguruskan program "muslimah day" sepanjang ketiadaan mereka ?
para muslimat hanya tergelak kerana itu adalah suatu yang tidak mustahil. program busana muslimah tidak memerlukan lelaki lelaki seperti kalian untuk menjadi model . HAHA . sila gelak . gelak lagi . ya gelak gelak.
Pagi tadi , dua orang muslimataani meng'volunteer'kan diri untuk memasak . dua orang muslimah tersebut melihat dapur gas yang diberi muslimin atas meja lalu mencuba untuk menghidupkan api . Oh , bagus boleh menyala . Kemudian terus menyediakan bahan bahan masakan seperti bawang bawang untuk dipotong . setelah merasakan perlu memasak nasi sebagai persediaan untuk memasak nasi goreng . Lantas terus menghidupkan api untuk memasak nasi . Suddenly , something bad happen .
api tak boleh menyala malah yang keluar ialah bau gas yang sangat kuat . para muslimat tersebut mulai cemas kerana bau gas terlalu kuat dan dapur gas tersebut berbunyi yang amat pelik. Lantas ditutup dan menjauhkan diri dari dapur gas tersebut. Tiba tiba ada suara cemas muslimin yang berkata
"ehh , bau gas laa . Assalamualaikum..orang sebelah , muslimat okay tak ?? "
"sebenarnye tak ok.dapur gas ni problem laa"
"kitorang masuk takpe ke ? "
"hah,okay okay."
tertanya tanya kenapa plus itu ini barulah mereka check gas lalu membetulkan kepala gas. and whatsoever.
setelah itu,muslimataani itu terus menyedari hakikat yang muslimin tersebut risau tentang keadaan semasa ketiadaan mereka untuk ke sebuyau . Urus dapur gas pun tak lepas . Memang patut dirisaukan sebab if anything happen to us , mereka juga yang bakal kehilangan tempat untuk solat jemaah. =.= bukan setakat mereka , muslimin muslimat yang lainnya juga .
p/s : sila ambil pengajaran dari kisah tersebut. Salam 'alaik :)
