Friday, April 13, 2012

andai ianya mudah...

Kalau lah penghijrahan itu mudah dan singkat, pasti ramai yang menjadi baik dan istiqamah..

Namun, hakikatnya bukan begitu..

Untuk merubah diri dan meninggalkan maksiat yang sudah benar-benar sebati dalam jiwa memerlukan jihad yang tersangat hebat..

Ketahuilah, penghijrahan itu panjang, payah dan penuh dugaan, kerana Allah mahu memberikan sesuatu yang sangat mahal..

Mohonlah kekuatan daripada Allah, yakinlah, Allah akan menguatkan kita dengan kekuatan yang kita tidak sangka-sangka..

Allah memilih hambaNya yang ikhlas, untuk diberi redha dan syurgaNya..

Maka, apalah sangat kesusahan yang diberikan berbanding hadiah yang telah dijanjikan oleh Allah?