When it comes to 'soal hati' macam2 anda boleh tafsir. But, one thing I can say ;
selalu berdoa agar Allah bersihkan dan sihatkan hati kita
Sebab, soal hati ni, antara kita dan Allah je yg tahu. manusia lain kita boleh bagitau but, tak 100% kan. Whatever you say, whatever you feel, whatever data yg anda nak process, bergantung pada hati. Tapi, kalau hati kita 'sakit' , nak ubat guane ?
saya tahu ! (dah tau amalkan ye penulis)
![]() |
| penulis dah cakap maka penulis kena buat |
hemm, dulu saya tak faham kenapa ada hadis tentang hati tu. ala yang mula dengan
" innal halaalan baiyyinun "
ingat lagi sik? kalau tak ingat, guna la khidmat syeikh google ni. herm, jadi, bila dah melalui fasa ujian ini, maka saya baru faham apa maksud hadis tersebut.
Sejujurnya fizikal saya akan lemah keseluruhannya bila : SAYA MENGALAMI "SAKIT HATI"
padahal, hati tu yang kering sebenarnya, tapi, effect sampai luar dan segalanya. Jadi, pakat-pakatlah ambil ubat hati ini agar hati kita sentiasa juga dijaga rapi.
Oh ya, lagisatu, teringat kata-kata seorang sahabat :
" kalau kita letak hati kita pada manusia, manusia tu akan hancurkan macam hempas gelas. Tapi, kalau kita LETAK HATI PADA ALLAH, Insya'Allah Dia akan jaga dan takkan pernah kecewa. "
" kalau kita letak hati kita pada manusia, manusia tu akan hancurkan macam hempas gelas. Tapi, kalau kita LETAK HATI PADA ALLAH, Insya'Allah Dia akan jaga dan takkan pernah kecewa. "
maksud sahabat saya ni ialah , bila kita letak harapan kita pada manusia, manusia akan hancurkan harapan kita. Percayalah. Tapi, kalau harapan kita, hati kita hanya letak pada Allah, kita sekali-kali takkan pernah kecewa. Sebab kita tahu tu ujian Allah, jadi kita redha. Contohnya macam kita harap sangat kawan kita bagi kerjasama dalam program yang kita buat akan datang ni, tapi, dia busy, so dia tak dapat penuhi harapan kita. Manusia yang normal akan terdetik rasa kecewa. Tapi, kalau masa tu iman kita alhamdulillah, kita takkan kecewa dengan sikap dia yang macamtu. Guane nak cakap eh ? senang citer kalau hati tu pada Allah je dalam setiap perkara, even terjadi benda buruk pun, kita masih nampak kebaikannnya.
Hikmah itu ibarat barang orang beriman yang tercicir. sapa jumpa, jangan lupa untuk kutip ! :)
Setiap yg beriman tu, apa pun yang berlaku padanya, Dia akan tetap tenang. got it ? I talk to myself. please.
Nampak tak betapa sukarnya nak jaga hati. Sekarang saya tahu bahawa benda paling sukar kita nak control ialah
HATI
allahumma ya muqallibal qulub,
Tsabbit qalbi 'ala deenik,
Wa 'ala tho'atik,
Wa 'ala fii sabiili da'watik.
aminnn ya rabb
