Subhanallah ^__________^ What a wonderful day!
pukul 7 lebih pagi tadi pergi masjid tabuan dengan Nisa', aten, tasnim, wa. As usual, tasnim setia menjadi driver saya dan dan dan this is my first time ikut kelas talaqqi ! Rasa nak call ibu and tell her how happy, how lucky i am today. Allah sedarkan saya pagi tadi dan takdirkan saya untuk bertemu Ustaz Syed/Syeikh Izzudin . I dont know what his name actually is (jangan tiru perangai macamni. we should KNOW WELL our tuan guru.)This is my first time walaupun dah lama Kak wani ajak cuma biasalah, nama pun student Asasi..busy memanjang
i arrived there around 7.58 and masuk satu ruangan di luar masjid macam tertutup sedikit sesuai untuk pengajian pengajian umum. Suasananya lebih kurang macam gambar kat atas tu. cuma yang beza, muslimin duduk depan dan muslimat bahagian belakang. Dan sudah tentu, lelaki lagi sedikit dari wanita. ehemm. Nature.
Ok, teruskan dengan isi dan ulasan kelas talaqqi tadi.
FEQAH
MUAMALAT - Pajak Gadai
saya tak pasti guna kitab apa. Tak sempat nak belek belek kitab kak wani because it's look alike terjemahan tapi still dalam tulisan jawi. alright, straight to the point :
1) Tempat kita letak barang gadai itu mestilah ada orang yang layak menguruskan harta dan bukan pada ahliatu tasarruf [orang yang takde keahlian menguruskan harta]
2) Wasi (pemegang wasiat) yang dilantik oleh pemerintah takde hak gadai harta2 orang (esp. anak yatim / org gila). Tidak boleh terima gadai untuk kedua-duanya. Kerana, takut hutang gadaian itu tidak terbayar, maka nanti akan rosak harta anak yatim itu.
3) kalau dari segi tanah, wasi boleh jual segala hasil2 dalam ladang tu (EX: buah2) dengan syarat, tidak mengurangkan nilai barang amanah.
4) Dari segi kenderaan, wasi boleh gunakan kenderaan tersebut tp, makesure andaikata ada kecacatan yang segaja (dah tahu motorsikal takleh angkut kayu balak,tp still bawa dan motor tu rosak, maka kena ganti)
5) Bab macamni perlu ada saksi untuk elak perbalahan.
6) kalau bukan sebab kecuaian kita sendiri, tak perlu ganti.
7) takleh ambil manfaat barang gadaian melainkan dengan izin.
TASAWWUF
Kitab Al-Hikam karya Ibn Athoillah
MUQADDIMAH
1) terpaksa solat tp niat memang semata mata kerana Allah - dari segi rukunnya sah. dari segi tasawwuf tidak sah. ( tasawwuf - ilmu penyucian hati )
2) Memadai dengan 1 taubat, Allah ampunkan segala dosa. dengan sayarat : taubat nasuha [Imam Nawawi]
3) Menolak kemudaratan lebih diutamakan dari sedikit manfaat yang ada.
TAJUK : Semua Takdir Kejadian Mengandungi Rahmat (farahin, sila terasa)
1) kalau taknak keluarkan zakat (org2 kedekut), jangan cakap " kenapa aku perlu bagi zakat ? Ni harta aku, hasil usaha penat lelah aku, buat apa nak share dengan diorang? " itu namanya kufur nikmat. Na'uzubillah.
2) semasa pendengaran saya, ustaz ada sebut tentang kufur riddah, kufur millah. nanti nak search apa makna dia.
3) Ibn Athoillah : barangsiapa yang sangka terlepas nikmat kurnia Allah disebabkan bala ujian, itu adalah disebabkan kurangnya iman / mata hati tak dapat lihat (buta) tentang rahmat Allah.
4) Jangan tuduh macam macam kat Allah bila Dia takdir sesuatu kat kita. Bahkan, ucaplah "segala puji bagi Allah atas setiap takdirnya ke atas ku"
5) syukur, bukan hanya dengan mulut. perbuatan pun sama.
6) Ada hikmah ke, takde hikmah ke sesuatu benda yang terjadi tu, bukan urusan makhluk.
7) Yakin, apa pun takdir, ada hikmahnya. (sangka baik dengan Allah) . belajar untuk tidak sedih dengan takdir buruk Allah
8) kerana, setiap ujian yang diberi, Allah angkat darjat .
9) SIAPA SIAPA YANG BERKEINGINAN UNTUK MEMBELI IPAD TU / YANG DAH SEDIA ADA IPAD : berapa ramai yang sihat dengan iPad awak tu? berapa ramai yang tak sesat dengan adanya iPad tu? jangan jadi hamba kepada teknologi. (farahin, sila terasa lagi)
10) "jangan kamu khuatirkan perjalanan itu, yg sepatutnya dibimbangkan ialah penguasaan hawa nafsu ke atas kamu " (au kama qaal)
11) it means, kalau dah buat keputusan utk kawin contohnya, tak payah nak pk berapa lama agak2 aku tahan dengan dia. Bila kamu dah buat keputusan, berazam, tawakkal!. jalan je..!
12) Nafsu boleh ditambat dengan ilmu & sifat sifat mahmudah. so, kalau dah tau, cari benteng.
13) Kalau buat kebaikan, jangan merasa terlalu berjasa.
14) Ada seorang anak murid Habib Umar-tahap wali sangat tinggi hingga boleh nampak orang2 yang berdosa..contohnya, org yang berzina, dia nampak muka org tu macam khinzir. yang tu, dia suruh hisap rokok untuk menutup kewalian. (nanti ada masa saya cerita dalam post akan datang)
15) Sape yang menyakiti wali2 Allah, (penyimpan rahsia & amanah Allah), Allah isytihar perang.
16) sebabtu, jangan hasad dengki, buruk sangka dengan makhluk Allah..kita tak tau kalau2 kita ada menyakiti wali2 Allah ni
17) Penyucian keyakinan. Cari !
18) jangan persoalkan cepat / lambat. Kena beradab dengan Allah bila berdoa. Akan tetapi, desaklah dirimu untuk cepat laksanakan tuntutan Allah.
I think that's all. Sesi soal jawab nanti saya tulis untuk next post. semoga bermanfaat. Salam 'alaik :)
