Wednesday, April 25, 2012

Walau hanya sebutir nasi..

Assalamualaikum :)

Sementara dalam kepala masih ingat tentang cerita syeikh izzudin masa kelas talaqqi haritu tentang Wali Allah,meh sini saya ceritakan sebagai bed-time story ! yeay !~

Ada seorang anak murid Habib Omar, memang "awesome" tahap kewaliannya. Hatinya suci sangat kesan dari amalan ilmu ilmu tasawwuf  sehinggakan, beliau mampu nampak orang orang yang berdosa dengan seburuk-buruk keadaan. for example, kalau orang tu berzina, dia akan nampak muka orang tu seperti khinzir. Apatah lagi dosa dosa yang lain. kerana apa? ya, kerana para wali Allah ini sangat mulia, Allah buka hijab mereka samada mata, telinga mahupun hati sehingga mampu melihat rahsia-rahsia Allah. Memang wujud manusia seperti ini. tapi, tak semua orang mampu bertahan dengan keadaan seperti itu. Anak murid Habib Omar ni ter"siksa" lalu Habib Omar menyuruhnya hisap rokok agar menutup sedikit kewaliannya. ( dalam situasi ini, merokok dikira harus ) bagi menyembunyikan kewalian itu. Setelah itu, barulah dia tidak lagi mampu melihat orang orang yang berdosa.

Maka, wahai cik adik manis penulis, apa kaitannya dengan tajuk ?

Syeikh Izzudin pesan, jangan sesuka hati berdengki dengan orang lain di muka bumi ini. Jangan nak sakiti orang sesuka hati sebab, andai kata kita ter 'menyakiti' para para wali Allah ni, awak tahu apa hukumnya ?

Allah isyhtihar perang bagi sesiapa yang menyakiti para wali-Nya di muka bumi ini.

Begitu juga dengan makanan. Andai kata sebutir nasir jatuh dari pinggan kita ke lantai, maka, tiup dan seandainya tak memudaratkan, sila makan. terdapat berkat pada setiap rezeki Allah..

Itu sahaja. moga beroleh manfaat :)

ASSALAMUALAIKUM !