syadidnya wanita itu..
Kenapa sesetengah wanita dikatakan syadid macam besi keluli atau kepala tukul??? Kerana:
1- ada wanita yg syadid dalam memilih jodohnya sehingga calon suaminya
wajib berkopiah, berjubah, jalan tunduk ke bumi sehingga terlanggar dua
ekor himar tepi jalan, atau jalan pejam mata sehingga tak jumpa pintu
bas dan tremko.
2- ada wanita yg syadid dalam menjaga penampilan dirinya sehingga nak bermesyuarat pun sembunyi2 seolah2 ikhwah2 yg hadir itu memasang niat utk melihat, seterusnya melamarnya sebagai isteri...wiwitttt.
3- ada wanita yg syadid dalam menjaga identiti dirinya sehingga nak
tepon pun tak boleh, nak bincang pun lg tak boleh, nak gambar utk buat
name tag tak boleh2 walaupun diminta oleh YDP utk urusan rasmi kerajaan,
nak tanya nama utk sebarang urusan pun haram haram haram seolah2
terzahirnya nama itu berdosa besar seumpama zina.
4- ada wanita
yg syadid dalam menjaga mukanya yg merangkumi hidung, pipi, dahi,
lesung pipit, bulu mata, mata, dan lidahnya sehingga ceramah kat depan
pun tak boleh berdalilkan hujjah bid'ah dholalah "jasad wanita itu aurat
walaupun dah ditutup seluruh badannya dgn guni beras".
5- ada
wanita yg syadid dalam menjaga maruah dirinya sehingga mana2 lelaki yg
cuba mendekatinya melalui pelbagai cara seumpama telefon, chat, teguran,
surat dll akan dibalas dgn tendangan padu maut yg menyebabkan lelaki2
tadi maut dalam sekelip mata, termasuk yg menjadi mangsa ialah lelaki2
yg cuba menyelamatkannya drpd menjadi andartua seumpama dinasour dan
nenek kebayan bersenjatakan penyapu terbang.
Penyelesaian kpd
permasalahan di atas ialah jd lah manusia bercirikan wasotiyah, atau dgn
kata lain jd lah manusia yg mempunyai hubungan baik dgn alam sekitar
sementara prinsip asal arahan Tuhan tetap diperjuangkan. Wallhu 'alam.
-via Ubat-ubatan Tradisional Mesir
-----------------------------------------------------
Assalamualaikum :D
i've read this on fb. teringat masa meeting a.j.k muslimat jawatankuasa *dotdotdot* dengan MT Muslimin dulu. pernah saya kata kepada muslimin tersebut yang beliau 'agak' syadid. lantas beliau tanya, syadid dari segi apa? saya cakap dari segi pergaulan. beliau senyum dan angguk.
beberapa minggu/bulan selepas itu, dalam meeting MT, beliau berkata kepada saya "sebenarnya syadid tu, bergantung pada tahap tarbiyyah yang diterima. contohnya macam pakai cincin. so, terpulang kepada tarbiyyah yang diterima asalkan tidak bertentangan dengan syarak"
( lebih kurang macamtu la maksud dia. dah tak ingat sangat)
benda begini mengundang pelbagai spekulasi. Terpulang kepada anda untuk menilai.
sekian,
Islah Nafsak, wad'u ghairak :)