Monday, June 18, 2012

Anugerah seorang lelaki dari Allah =]

Assalamualaikum :)

It's 1 a.m already and im not sleep yet of course. Kalau dah tidur takkan boleh taip macamni. tak boleh tidur sebab ada sorang lelaki buat saya menangis kerana saya rindu beliau. Jarak yang memisahkan kami.

Saya rindu lelaki yang memang tak sempurna tu. Bagi saya, kalau kita sibuk mencari kesempurnaan sesapa pun insya'Allah takkan jumpa. Dia memang penuh dengan kekurangan tapi kalau kita hargai kelebihan dia yang sikit tu, kita akan betul-betul hargai dan faham kenapa Allah anugerahkan dia untuk kita. 

Beliau cikgu lelaki pertama saya. Beliau ajar saya menulis dalam buku kotak matematik yang besar besar tu setiap hujung minggu. Tulisan saya buruk, dia pegang tangan saya. Bila terkadang hilang sabarnya dengan tulisan saya, geram melihat saya yang terkadang mencuri tulang ketika disuruh membaca, hinggap rotan sebagai pengajaran. Namun, bila malam sedang saya lena dalam alam mimpi, beliau menyapu ubat sedangkan lukanya memang tak jelas apatah lagi sehingga berdarah. Sengaja buat-buat tak sedar tapi dalam hati terdetik "ohh, dia sayang saya". dan selalu buat-buat tidur dalam kereta walaupun dah sampai rumah supaya ada orang dukung saya bawak masuk rumah.

Beliau ustaz pertama saya. Selalu setiap malam sebelum tidur beliau ajar membaca al-fatihah dan surah lazim lain. Satu persatu huruf, ayat, sehingga saya mampu hafal. Beliau selalu suruh saya pergi ikut usrah walaupun saya tak faham apa tujuan usrah tu selain dapat hafal yaasin. Apa erti usrah? Saya tak faham apa. baru darjah 3 masa tu. 

Berkat doa dia, saya boleh lompat tahun tapi ketika itu lompat tahun telah dimansukhkan. Mana tak nya, saya tadika, tapi dia bagi latihan darjah 1. Begitulah seterusnya. Sentiasa beri lebih dari apa yang saya perlukan.

Saya semakin membesar. Sejak form 1 dimasukkan ke asrama. Kali ini beliau berperanan sebagai pendidik saya. Bukan dia mahu saya terkontang-kanting basuh baju, iron baju sendiri. tapi, dia nak saya tahu bagaimana berdiri atas kaki sendiri. Bagaimana nak hadapi tentangan fizikal, emosi apatah lagi. Saya terlalu cengeng. Saya rasa, zaman ini, dugaan semakin besar dia hadapi daripada saya yang homesick. Hampir setiap minggu tak balik dia melawat kat hostel bawak makanan sedap-sedap. Memang tak makan dah kat DM hujung minggu. Sehingga pernah sorang kawan beliau mempersoalkan "kenapa nak lawat anak tu setiap minggu? dia dah besar. pandai2 la hidup kat asrama," tapi, ayah tak pernah peduli kata orang. Bagi dia, anak perlukan perhatian. bukan sekadar duit yang dihulur hujung minggu.

Pernah sekali saya dapat MC dan kena rehat di rumah sebab demam. Kat rumah memang ada satu peti ubat. Jadi, bila nak makan ubat, tangan menggagau ubat-ubat dalam kotak tu and tetiba terpegang satu ubat. 'Kencing Manis'. Nama : Noordin Bin Ahmad. Reaksi pertama saya, menangis tersedu-sedu. Ayah sakit tapi tak pernah bagitau. Normal. Pergi klinik pun suka sorok2. Hingga menyelinap satu perasaan dalam hati 'aku kena jadi doktor. aku nak rawat ayah dengan tangan sendiri.' Darah muda, penuh dengan semangat yang berkobar-kobar. 

Tamat SPM, Allah campak saya ke sarawak, bumi tarbiyyah. Kalau dulu, ayah boleh lawat hujung minggu dan balik 2/3 minggu sekali dalam sebulan. tapi, sekarang boleh jumpa 3 bulan sekali je. Allah takdirkan, exam first sem sangat sangat teruk. Saya call ayah, menangis, kerana melalui itu sahaja yang mampu saya luahkan kekecewaan saya. Ayah marah saya menangis. Nadanya betul betul menunjukkan dia marah. Seolah-olah peluang saya tertutup rapat sedangkan banyak lagi peluang yang boleh saya usahakan. Banyak lagi exam yang perlu saya tumpukan dan bukan hanya bersedih dengan perkara yang dah lepas. Letak telefon. 5 minit kemudian, saya sudah tenang. Ayah telefon kembali. kali ini kata-kata beliau penuh dengan kata-kata semangat. dan pesanan yang sama dari dulu, "jangan diet sampai boleh rosakkan diri sendiri." 

Begitulah ayah kini. setiap kali call tak pernah sekali. mesti 2/3 kali dalam satu masa. Pernah juga saya telefon beliau pukul 12 malam hanya kerana rindukan beliau sedangkan tahu beliau sudah tidur. Tapi, beliau call kembali. Bukan esok, tetapi saat itu juga.! Subhanallah..nikmat kasih sayang ayah yang tuhan kurniakan.

Dan, saya menyedari satu perkara. Nak berkhidmat kepada ayah bukan hanya dengan tangan, bukan hanya dengan menjadi doktor tetapi dengan tembakan doa anak yang soleh. Lebih berharga buat seorang ayah sebenarnya kerana itulah yang menjadi peneman beliau di sana kelak. Jadi, buat kalian, jika anda merasakan apa perlunya anda mendidik diri dan mengislah diri? Salah satu jawapannya untuk membalas jasa ibubapa kita. Doa anak yang soleh itu menjadi peneman saat alam yang menjadi pemisah. Terima kasih tuhan kerana menyedarkan saya. 

Beliau sungguh tak hebat. Beliau banyak kekurangan. Tapi itulah ayah yang Allah beri pinjam buat saya merasakan kasih sayang manusia. Yang tak mampu menandingi kasih sayangNya. Saya tahu, suatu hari nanti Allah mungkin tarik nikmat tu dari saya (atau Allah tarik nikmat itu dari dia dulu) , namun, saya berdoa agar kami sentiasa bersedia dan menghadapinya dengan tenang. Allahu rabbi! Kuatkan kami saat menghadapi sesuatu yang berat buat kami.