'Aku tidak mampu menjadi solehah kerana keluargaku tidak soleh!'
tapi, kataku pada mereka:
'punyai ibu bapa soleh dan solehah bukan syarat baru kita layak menjadi soleh dan solehah, itu semua hanya anugerah. hakikatnya semua bermula dari dalam diri juga. kefahaman, kesedaran dan kemahuan itu jauh lebih penting dalam memandu hati kepada penghijrahan ke arah soleh dan solehah. kerana semuanya bermula dari hati yang benar-benar mahu, bukan hati yang tandus malah terpaksa pula untuk mahu.'
ketahuilah, segala amalan itu bergantung kepada niat yang bersungguh-sungguh dalam hatimu.
salam mujahadah wahai teman-teman
