Nasihat dari Ust Ibn Batoota al-Jawsiy yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih muda belia.
*****************
Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas,
cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi
sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi *bukan mahram,
tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.
Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat
maut baga kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!
Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh
untuk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh
dan benda-benda leleh yang lain.
"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"
Walaupun (di fb) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat.
Tapi bila cuit sikit, dah tergedik-gedik !
Ngurat sikit, dah sangkut !
Ajak couple sikit, terus setuju !
Lepas tu, putus cinta, meleleh leleh !
Ada masalah sikit, doa nak mati !
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia !
Exam failed, kata taknak hidup lagi !
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu !
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram !
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh
Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah,
Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis,
Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian.
Tapi apa kalian kenal siapa mereka?
Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka?
Ikut sikap dan akhlak mereka?
Memang akal kalian senipis rambut,
tapi kalian bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur,
untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki,
jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan,
jangan kapel free free macam bohsia, jangan dok bermanja dengan
lelaki macam perempuan tiada harga.
Nabi S.A.W telah bersabda mafhumnya (au kama qaal) ;
jika seorang lelaki mendapat seorang wanita solehah sebagai isteri,
maka separuh agamanya telah sempurna
Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?
p/s : okay, ini sangat pedas tapi meninggalkan kesan. terbaikkk :) farahin mungkin perlu extra focus pada phrase
suhu sekitar 48 degree. :P